Home

Thursday, December 23, 2010

Sejuk itu Nikmat.

Pagi ni sangat sejuk.Tapi tak lena langsung untuk tidur.Macam-macam benda yang aku fikir sampai kan semalam tidur pukul 5 pagi dan bangun pukul 7.30 pagi? WHAAAT? Kenapa aku tak hargai kesejukkan di pagi hari memandangkan lagi seminggu je lagi sekolah nak bukak kan? Haihhh.

Entahlah. Pagi tadi ramai betul yang kecoh kepoh masuk dalam bilik aku macam nak ajak berborak.Sekali nak amik apa je pun dalam bilik aku. Sengaja cari pasal. Mujur mood aku pagi tadi hanya nak mengamuk dalam hati tapi last-last tak mengamuk pun.Nak mengamuk pun tak ada mood okeh? Motif sangat! Kikikikik. Lagi satu hal macam nak tidur pun terasa malas.Tapi sekarang dah start pening-pening lalat. Cehhh. Lepas tu mata dah start terasa pedih dan terkebil-kebil.Aiseh.Padahal kan , aku jugak yang cari pasal berfikir sampai lebam , tu yang susah nak tidur. Bukan nya reti nak semayang tahajjud ke , semayang tobat ke kan -__-' Sibuk terkebil-kebil pandang dinding putih dekat bilik aku tu ha. Hehhh.

Lepas tu baru terfikir bilik tak kemas lagi.Sekolah dah nak bukak.Buku latihan untuk form 5 tak beli apa pun lagi.Lepas tu apa lagi noks?Haa , buku teks yang dapat this year pun tak letak dalam rak apa pun lagi.Aiyark! Motif sangat kan? Alat tulis pun tak beli lagi. Huwaaa. Lepastu sekarang baru terkedek-kedek macam itik nak ulangkaji semua kan?Kalau tak asyik main-main je kan?Seriyesli aku macam berdebar menghadapi tahun hadapan.Entah apa kejadah pun aku tak tahu. T_T Boleh tak jangan cuba berperasaan macam baru pertama kali menghadapi peperiksaan besar ? -______-'

Ok relax relax. Taaaaaarik Nafass.... lepaaaasss kentut. Erk! Choyy ,tak senonoh betul perempuan ni kan T_T Erk! Ekekekekek. Tetapi sesungguhnya setiap kejadian ada hikmah nya.Semalam ada benda terjadi sebelum tidur , lantas kepala otak pening memikir sehingga terlewat tidur pada pukul 5 PAGI. AGAIN : 5 PAGI. Then otak macam tak boleh nak cerna elok sampai tak boleh tidur langsung sehingga lambat gila aku tidur.Huwaaa , menyesal sangat.Sebab hari ni hendak pergi jumpa kawan. Mahu aku tersengguk berdengkur kejap lagi khen? Kiikikikik.

Ok lah Ok lah ... walaupun agak ralat tidak menikmati tidur pagi yang sangat sejuk ni.But yeah, it's ok la. Tetap dapat menikmati pagi yang sungguh sejuk ini tapi tak ada lah tahap menggigil khen.Kekekekeek. So , nak pergi kemas barang. Hampeh , satu hape pun tak kemas lagi.Kejap lagi kelam kabut nak bersiap semua kan?  Tehehehe. 

Oh ya , hari ni tak akan ada sesi belogwaking.Apa-apa pun sila tinggalkan jejak korang di chatbox ye.Nanti aku datang singgah balik esok xD Byeeee xD



8 comments:

::cikjuju::◕‿◕ said...

sejuk mengundang seleseme...

Ijah EmoTemo said...

halo cik juju :D
tehehehe. tu lah. sejuk sgt boleh selsema. tp slmt xda smpi tahap mcm tu. teheheh xD

miloaiskurangmanis said...

kentut pun nak tulis gak ker????
kejis hoccay!

hak hak hak

Hanisah Safian said...

samelah! kat sini sejok macam antartika oh! *oke,malampau* :P

Ijah EmoTemo said...

kaka milo : ngahahahah... harus tulis detail.kikikik ;P

Ijah EmoTemo said...

hanisah : tehehehe. tp mmg sejuk gila kan?? hahaha. smpi rasa nk beku. teheheh xD

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

cold make me lazy...
ijah kena try winter kat cini *@_-*

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu : teehee! yeah itu satu lagi masalah kalau sejuk sgt. hiks! nk buat kerja pun xmenjadi. syok lagi tidur. kikiki :P

ohh entah macam mana winter punya rasa T_T