Home

Saturday, January 1, 2011

Cherita Hari Pertama di Tahun 2011. -.-'

Hari pertama di tahun 2011 memang sedikit penat untuk aku. Cuaca sungguh terik , bertambah panas bila aku yang masih di tahap kesihatan yang separa sihat. Berpeluh sakan. Apaa yang aku buat hari ini? Banyak pulak omel aku hari ini , padahal tak sampai satu perenggan pun. *lempang* Hari ni , pergi hantar kakak aku balik kolej. Tengahari macam tu dah pergi hantar dia. Lepas tu? Pergi Mid Valley.

Boring sebenar nya nak pergi situ. Ingat nak pergi One Utama. Tapi dek kerana aku pun macam sihat tak sihat , lagi bagus pergi tempat dekat kan. Pergi Mid Valley. Cari parking hampir setengah jam. Sampai naik pening aku. Oh lupa nak cakap , pergi Mid Valley semata-mata mahu mencari beg sekolah. Adakah itu sesuatu perkara yang teringin korang baling Elmo Mata Bulat ke arah aku? Oh jangan jangan. Aku memang macam tu.

Before this lagi teruk. Sanggup meredah lautan , cewahh , bila beg sekolah dekat One Utama semata-mata nak beli Body Glove punya. Tak ke terasa nak lempang aku dengan perangai cerewet aku itu?!! Heh. Lepas tu tadi ingat nak cari Body Glove jugak.Tapi aku terus serbu Tropicana Life. Nampak macam kiyut je beg dia. Hiks. Sebenar nya mood tengah zero nak pergi merantau mencari beg sekolah baru. Jadi alang-alang dah nampak kedai beg sekolah , serbu je lah. Lepas tu kalau nampak tak cantik , tak berkenan di hati , baru lah reti cari yang lain.

Then memang nampak cantik semua beg dekat situ. Murah pulak tu. Lepas tu dapat diskaun pulak tu. Lepas tu dapat pensil box sama colour dengan beg tu pulak tu. Ewah terasa macam darjah satu pulak. HAHA. lol. Memang tak fikir lain. Fikir nak beg warna baby blue je terus. Oh aku lupa nak amik gambar memandangkan mood aku hari ini macam celaru gila. Menyampah betul. Lepas dah habis beli semua. Kitaorang terus balik. Tak sampai 15 minit okeh? First time ever pergi shopping mall dengan begitu sekejap sekali sampai rasa tak percaya meskipun dah tampar muka banyak kali. Eceh , dramatik betul lah kau Jah!

Lepas tu? Ok balik rumah. Balik rumah makan semua , tidur kejap. Aktiviti penting sebelum masuk ke sekolah. Heh.  Lepas tu , aku ajak ayah dengan Umi aku pergi WangsaWalk kejap. Oh bukan pergi karoeke. Jauh sekali ajak menonton wayang. Tapi aku ajak pergi Popular memandangkan aku tak ada lagi buku rujukan Form 5. Apa ??? Dah nak bukak sekolah baru nak cari buku? -__-' Heh Heh Heh. Bersabar je lah ye dengan perangai aku.

Lepas tu tiba-tiba Umi cakap nak pergi Giant pulak. Alahai ... aku ni kalau ikutkan memang dha fasa mood nak berdengkur dekat rumah balik. Tapi tak kan nak menggedik pulak nak suruh ayah aku hantar aku balik rumah pulak kan -___-' Mahu kena tinggal tepi jalan nanti. Heh. Lepas dah pergi Giant , terjumpa pulak kawan sekolah. Gituh tau. Lepas tu. Ni ha yang aku duduk melangut depan laptop gituh.

Kejap lagi nak buat operasi mengemas bilik. Nak kemas kasi lagi senang untuk aku belajar. Tak nak serabut serabai lagi dah. Hiks. Kalau korang tengok bilik aku confirm korang mengucap panjang bila tengok. Kikikik. Jadi dengan mood yang tengah zero ini dan masih feeling nak hapdet belog kejap lagi *pang* ... aku pun dah blank tak tahu nak tulis apa. -.-'

Tunggu je lah update aku kejaaaaaaap lagi -.-'

p/s: LIKE CHERITA EMO-TEMO di Facebook ;)   


No comments: