Home

Friday, January 28, 2011

TEKA TEKI : Anuar Zain tu Maher Zain ke Ijah?

Ehiks. Pukul 2 tadi , masa tengah tengok tv dengan si kenit , Awisy. Bagi mengelakkan tak nak kasi dia tengok Astro CERIA 611 bak kata Awisy , maka aku bukak channel lain. Maka aku pun bukak channel 132 , kebetulan ada tunjuk Klip Video 2011. Curlast gituew khen? 

Awisy ni memang suka tengok orang joget menari , nanti sure dia ikut balik. Itu lagi best tengok daripada tengok kartun yang Astro Ceria duk ulang tayang sampai aku boleh mimpi ngeri kalau tengok balik. Jadi mula-mula lagu ost Awan Dania , Ilusi , Adira yang nyanyi. Semangat gigih Awisy menari okeh? Haruslah kan! Pitamzz...

Lepas tu tetibe aku pun sebut eh lagu Anuar Zain la .... dan bermula lah TEKA TEKI ituew oleh budak kecil yang berusia hampir 4 tahun. 

Ijah : Eh Eh Anuar Zain la *muka teruja tgk MV terbaru dia*

Awisy : Eh Ijah , ini insyaAllah ke? *teruja jugak*

Ijah : Ek? Ehhhhhh!! Ini Anuar Zain ! Bukan Maher Zain la Awisy! *pitamz*

Awisy : Ijah ... Anuar Zain ni Maher Zain ke? *muka teruja nak tahu*

Ijah : EK? *pitamz*

Kekdahnya aku pun hampir-hampir keliru dengan soalan Awisy ituew. HAHA. Kekdahnya Awisy keliru bila aku sebut Zzain dekat belakang tu ha. Itu yang dia tanya Anuar Zain tu InsyaAllah ke Ijah? Hehehehe , maklumlah Awisy ni minat jugak la kadang-kadang dengar lagu Maher Zain tuh. Ekekekeek.



ini Anuar Zain. ceh , gaya macam korang tak pernah kenal.


ini Maher Zainn ... 25/26 Februari dia nak datang Malaysia. Buat konsert yanng besar punya dekat Stadium Melawati :D Oh aku tak pergi , jauh benor dekat Shah Alam tu. Heh , habis tu dulu buat dekat mana? Wangsa Walk? *nangis*

p/s: hep gambar maher zain tu memang aku punya cuma malas letak watermak :nangis:

Heh Heh Heh , kekdahnya nak cherita pasal gelagat Awisy yang tanya pasal Anuar Zain dengan Maher Zain tu ha. HAHA , nak gelak je okeh! Ekekeke.

No comments: