Home

Tuesday, February 15, 2011

Jalan-Jalan , Rosak , Makan & Nuffnang

Sorotan hari ini ; macam-macam benda yang terjadi dan macam-macam benda yang di alami. Iye semalam dah janji nak berpantang ; aku bukan kata hari ini nak start ; tapi esok. Hari ini memang nak update puas-puas. Hmm. Pagi tadi aku pergi hantar kakak aku dekat kolej. Then pergi ke Ara Damansara sebab mak aku nak pergi jumpa nenek saudara aku dekat sana. Hehe. So means ; pergi rumah sepupu mak aku lah kan. Then duduk situ dalam sejam dua , kitaorang pergi ke lain pulak.




Destinasi seterus nya ; pergi ke Kampung Tunku ; PJ. Heh. Pergi ke situ sebab mak aku nak pergi tengok cucu , mak saudara mak aku , means nenek saudara aku lah. Hari tu diorang buat Cukur Jambul kitaorang tak boleh attend ; hadiah dah beli. Jadi itu yang kitaorang pergi situ. Kebetulan beli Gown Baby ; jadi takut pulak kalau lambat kasi kan? Tehehehe. Baby tu nama Nur Hafeesa or something like that lah. Aku pun ingat-ingat lupa. Sempat pegang baby tu. Tapi cuak jugak sebab baby tu baru 3 bulan. Kepala baby tu still lembut kan , takut je kalau tersalah pegang memang naya woo. Heheh. Comel je Hafeesa siap ketawa dengan senyum lagi. Teehee.


comel Hafeesa.

Ok then feeling nak makan Nasi Arab. Aiseh. Bila pergi dekat tempat yang di tuju , kedai tu dah tutup lah pulak. Alamak , Ayah ada hal pulak petang tadi. Jadi cepat-cepat balik rumah dengan feeling hampa yu. Aiseh men. Then lepas Asar Ayah call cakap nak pergi beli tak Nasi Arab? Heh , terus lah aku pergi bersiap-siap nak pergi beli. Malas nak makan dekat kedai sebab dah nak Maghrib aku beli. Hoh. Aku beli dekat kedai , alamak tak ingat nama. Dekat Kampung Pandan. Nak beli Lamb Mandy , tapi dah habis. Maka beli lah Chicken Mandy. Sedap jugak! Harga pun murah ; RM 20 je pun. Nasi punya lah banyak , Ayam punya lah besar sampai aku pun tak habis nak makan. Heh. Sumpah sedappp!


chicken mandy yang lazat.

Kemudian pergi ke Carefour sebab aku nak pergi beli Earphone. Aku beli je yang mana-mana then terus bayar sebab dah Maghrib time tu. Membebel pulak Ayah aku kalau tengok aku lama-lama dekat Carefour. Heh. Then terus balik. Bila balik ; aku pening gila macam mana nak bukak Earphone tu punya kotak. Haih , ambil gunting. The end , ambil gunting ; tergunting wire Earphone , maka rosak! Shitta! -.- Melayang 20 hinggit aku wehhhhhhhhhhh. Mana aku tak geram dan stress. Sudah lah earphone yang mahal beratus aku punya rosak -.- Hmmm , tak ada rezeki tapi still geram weh.

Then bila bukak belog , ada seorang blogger's tanya aku dekat ENTRY SENYUM aku yang previously. MissYayang tanya pasal macam mana aku boleh dapat CTR Bonus. Tehehehe. Sebenar nya dik ; untuk CTR Bonus itu untuk sesiapa bloggers yang dapat Buffered Earning. Buffered Earning pulak macam mana nak dapat? Ok itu pihak Nuffnang yang tentukan blog kita layak atau tidak dan sesuai semua tu. Bila ada Buffered Earning atau BE ini ; ia akan memudahkan kita mengumpul duit lebih banyak dan cepat. Nilai nya bergerak lebih pantas dan besar berbanding dengan ikelan biasa. Jadi melalui BE itu jugak kita dapat CTR Bonus. Tehehe. Er , faham tak? Harap-harap faham eh. Kalau tak faham , jangan malu-malu tanya ye :)

Ok , rasanya tak ada apa lagi nak update. So bye korang :)

6 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ya ampun terlioq tengok nasik arab itew...lama giler ahkak x makan :((

Yayang Ramli said...

oh gitu. Thanks sis ;)

Nor Moscow said...

Ara damansara dekat2 area Flora Damansara ke? Dkt ikea tu?

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu : hehehe , ai ni pun sejak dua menjak ni pun baru makan nasi arab. hehe. :)

Ijah EmoTemo said...

missyayang : alright :) tak faham apa2 ty je k :) insyaAllah if ijah boleh jawab ; ijah try jawab ye :)

Ijah EmoTemo said...

nor moscow : hye sis :) oh ara damansara ni dia dkt dgn pj / shah alam. rasa nya tak dkt sgt dgn ikea tu. ijah pun tak sure. hehe