Home

Tuesday, May 31, 2011

[ReNov] Baju Melayu Hijau Serindit [2011]

Ini merupakan kali pertama aku melakukan review untuk novel bagi segmen [ReNov]. Setelah berminggu-minggu berjanji mahu melakukan review untuk novel-novel yang telah aku baca , akhir nya hari ini baru aku tunaikan. Lagipun nak kasi review untuk sebuah novel bukan mudah. Lagi mudah nak kasi habiskan novel itu daripada nak beri review-review ni. Hiks.



Kali ini aku nak kasi review untuk novel dari Kak Syud iaitu Baju Melayu Hijau Serindit. Ini kali pertama aku membeli karya Kak Syud. Ternyata langsung tidak menghampakan aku. Sungguh tidak menghampakan. Aku terbuai-buai dengan watak Pacai dan Wardah. Bagi aku watak yang Kak Syud kasi ni memang sangat sweet. Memang bila aku beli novel ni dekat KLIBF , aku dah rasa novel ini sangat menarik. Selamat betul okeh. Takut tau sebab kadang-kadang ada sesetengah novel tu cover super duper cantik , sinopsis super duper gempak bila baca , tawar hati kelam berduka terus aku baca. Tak menarik , tak faham dan tak tahu nak komen apa. Last-last habiskan duit saja beli novel itu. Heee. Novel ni novel baru. Mei 2011 baru publish tapi aku beli masa pracetak tu. Dekat KLIBF. Sekarang dah ada dah dekat kedai buku mana-mana aku rasa.

Sebab kan aku rasa kalau beri review melalui point bakal memberi korang lebih faham bagi mana-mana yang belum novel ini , maka aku nak tulis menggunakan point. Hiks.
  1. Permulaan novel yang bermula dengan pergaduhan kerana sebuah novel memang menarik. Lebih-lebih lagi apabila prasangka buruk Wardah terhadap Shrek iaitu Pacai. Ehem kenapa pulak Wardah panggil Shrek? Itu korang kena baca ;P
  2. Jalan cerita novel ni kalau ikut kan memang biasa aje tapi watak-watak yang ada dalam novel ni yang buat kasi menarik. Aihh , jatuh cinta sangat dengan watak Pacai. Ehiks. *matilaaa
  3. Meskipun permulaan pertemuaan Wardah dan Pacai tidak bermula dengan baik , tetapi dek kerana terdesak dengan keadaan Wardah telah berbaik dengan Pacai dan telah menjadikan Pacai sebagai boyfriend. Woah , kenapa pulak? Ehiks , apa lagi pergi beli novel ni then you know why :P
  4. Banyak scene menarik dan aku rasa scene paling menarik mungkin kerana Pacai sangat sweet. Haih , tak habis-habis terkinja-kinja dengan orang yang tak pernah ada dalam realiti kan? Tapi sungguh kalau sesiapa yang baca novel ni mungkin akan kata Pacai sangat sweet. Hakhakhak. Parah dah aku ni. Bayangkan dekat dengan seminggu aku bawak BMHS ni ke mana-mana tau! Curlast sangat kan?
  5. Novel ni tak ada lah terlalu sarat dengan emosi macam sedih sangat ke , merapu sangat ke , kelakar sangat ke. Nope. Just nice and secukup rasa. Ada rasa jealous, ada rasa sedih, ada rasa kelakar ,ada rasa indah ewah ewah dan secukup rasa weh.
  6. Suka dengan penulisan or apa orang cakap ye dengan theme dalam novel ni ; kalau dah jodoh tak ke mana. Sungguh tak sarat langsung and cara penulisan Kak Syud berbeza untuk kisah yang ala-ala kalau dah jodoh ni. Thumbs Up!
  7. Bagi aku penulisan Kak Syud yang santai membuatkan aku sangat senang dengan novel ini. Tak terlalu berat , bahasa tidak terlalu sarat dan senang untuk menjiwai. 
  8. Aku bagi 5 bintang untuk novel ini. Muahahaha sebab nya aku suka watak Pacai dan Wardah kot. Jadi aku tak ada masalah untuk kasi 5 bintang terus. Hikhik.
thumbs up untuk Baju Melayu Hijau Serindit :D

Senang cherita , novel Baju Melayu Hijau Serindit memang santai dan menyeronok kan untuk di baca. Lagipun murah uols , RM 17 aje pun. Cherita dia pun menarik. Tapi lain orang lain citarasa nya kan. Bagi aku , novel Kak Syud , sudah menepati citarasa aku. Harus pergi borong novel-novel Kak Syud yang lain lepas ni. Aku beli BMHS ni time dekat Pesta Buku jadi sempat jumpa dia dan ambil tandatangan Kak Syud. Hiks. Oh ini nak quote pasal sinopsis novel BMHS.

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah 
L

Huuu , memang novel ni tentang dah jodoh tak ke mana pun. Memang menarik dan suka bila Pacai kuat menyakat Wardah. Suka tengok scene-scene di mana bila Wardah kata tak suka dengan Pacai tapi bila the end dah hilang semua baru dia sedar macam mana sayang nya dia pada Pacai. Ehem. Tak tahu kenapa aku memang suka la dengan novel ni. Haish. Dasyat sungguh. Rasa-rasa nya ramai peminat Kak Syud pun "jatuhcinta" dengan watak Pacai. Hakhak. Tapi rasa-rasa nya bila korang baca sinopsis dia dah boleh agak kot kenapa tiba-tiba Pacai jadi BF Wardah kan? Hiks. 

dengan Kak Syud :)
Macam aku cakap tadi , tak rugi kalau korang beli novel ni. Novel ni tak ada lah sarat dengan emosi macam sesetengah novel lain. Tapi secukup rasa dah. Apasal aku rasa aku macam asyik ulang ayat sama. Duhh. Maaf kalau review aku tak menarik. Aku nak jugak tulis meski idea dah tak ada ni. Makin tertangguh , makin tak tahu bila aku nak post pasal review novel ni. Cuba la beli novel ni , memang menarik dan tertarik dengan perangai sweet pacai. Hek hek hek. Matilaaa *petir*

Rasa nya sudah tiada apa-apa lagi untuk di review kan. Cuba lah beli. Novel ni kalau baca masa lapang memang menarik. Haha , tak habis-habis peromot okeh. Hiks. Kalau nak tahu keseluruhan kisah nya jangan lupa beli novel ni. Dapat kan di kedai buku atau boleh beli online di JemariSeni.com :)

Terima kasih sebab baca entry ni :)

2 comments:

syud said...

salam faizah,
terima kasih untuk review. dan salam kenal ya :)

-syud

Ijah EmoTemo said...

kak syud >> wslm kak syud :) sama-sama dan tahniah buat ijah jatuh cinta dgn pacai hikhikhik matilaa. ekeke.

salam kenal juga :)