Home

Thursday, June 30, 2011

Back To Basic.

Minggu ni boleh tahan emo jugak. Macam-macam benda yang bersarang dalam kepala otak. Meski entry-entry sebelum ini nampak bahagia sampai hulu hati , gelak sampai tak keluar suara dan tersenyum sampai ke telinga tapi hakikat nya sebenar nya bukan. Banyak benda yang sibuk di cerna dalam kepala otak ni. Sampaikan terasa tertekan tahap melangit. Sangat tertekan.

Ikut kan hati nak omel macam-macam benda tapi rasa nya tak semua benda kalau tulis di sini orang akan faham. Apatah lagi bila kita tulis kan , kadang-kadang bila baca bunyi macam kasar tapi tak siapa tahu bila kita tulis punya lah penuh perasaan dalam taman siap sendu sendu lagi kan? Heh. Itu pasal aku sekarang malas nak menulis emo-temo sangat. Diam adalah yang terbaik buat masa sekarang. Err atau perlu ke sekarang tukar nama belog? Cherita Riang Ria? Muahahahah CHOY seribu kali! Ekekekeke.

Ehem berkaitan dengan tajuk entry ni. Lepas ni aku dah kena kembali kepada asas. Back to basic. Mungkin agak terlambat tapi never late than never right? Apa yang terlambat? Biar lah rahsia. Menggedik sungguh. Tapi sungguh idea mencurah-curah cuma aku rasa macam malas nak tulis apa-apa malam ni. Kalau tak di sebab kan sangat tertekan , maka aku update jugak belog. Maklum lah menulis terapi tekanan aku. Begitu lah kan. Sekarang ni bukan setakat tertekan tapi letih dengan keadaan sekarang ni. Haih.

Aku memang tengah malas nak tulis panjang. Entah apa pasal macam idea banyak sangat nak menulis pun macam-macam cherita tapi mak aih bila dah separuh tulis macam malas gila nak publish. Last-last jadi perkasam dalam draft aje. Padahal kan banyak betul yang nak update dalam belog ni tapi semua nya tertangguh. Aku update yang mana orang nak baca aje. Curlast kan mengikut permintaan sangat-sangat. Heh. Nak update banyak-banyak dalam satu hari aku pun takut orang cakap aku over betul update belog -.-' So cara terbaik tunggu lah mood aku ada nanti aku update cherita basi aje la. Ehiks.

Okeh , tak mahu bebel panjang-panjang. Nak letak sekeping gambar. Aku rasa sangat cantik gambar dekat bawah ni. Hehehehe. Tak tahu lah kalau mata aku je kot yang rasa cantik. Heh. Maaf kalau korang rasa aku punya entry kali ni macam entah apa-apa. Aku nak tulis macam-macam tapi dalam masa sama aku fikir macam-macam bila tulis benda ni maka jadi lah isi mengarut merapu dan meraban tak tentu hala :/


Ahad lepas.
mata aku rasa cantik pulak gambar ni , tak tahu kenapa -.-'

Sekarang tengah dalam keadaan tertekan , emosi dan penat. Tak mahu tulis panjang-panjang. Diam adalah yang terbaik. 

Terima kasih kerana sudi baca entry ini :)

Monday, June 27, 2011

Buku Sejarah Pun Nak Suruh Aaron Sign?


Aku cuba ringkas kan cherita ye. Sebab aku tak nak tulis panjang-panjang. Versi panjang tunggu lah sehari dua hari lagi. Sabtu lepas aku dengan kakak aku dapat jumpa Aaron Aziz di Curves bersempena dengan Karnival BSN. Pergi tak rancang apa-apa pun sebab plan asal memang nak pergi makan meatball dekat Ikea. Lepas tu dapat tahu Aaron ada dekat sana try lah intai-intai dan iye sekali lagi aku jumpa Aaron. 

Aku sempat bergambar dengan Aaron. Itu yang penting ye. Tak puas-puas bergambar dengan Aaron ke apa aku ni? Tak lah , dah alang-alang kan , ajak aje lah bergambar. Lagipun Aaron macam biasa dah kenal sangat muka aku. Heh. Lepas tu benda paling seronok ke , kelakar atau tak tahu nak cakap macam mana ; bila orang lain hulur novel Stanza Cinta ke , Kasih Yang Suci ke , or Ombak Rindu suruh Aaron Aziz sign ... aku pulak hulur dengan pantas nya buku NOTA SEJARAH aku untuk Aaron Aziz sign. 

Oh na na , memang kerja gila sikit. Sebab masa tu aku memang bawak buku nota sejarah sebab nak baca dalam LRT kan. Heh , sekali datang idea gila rasa nak meraung kejap. Erk.



Good Luck For Ur SPM.
Aaron Aziz.
Kau Hado?
*matilaa*

Sebenar nya Kak Fieza hampir pitamz tengok aksi aku kasi buku Sejarah tu. Siap kecoh dekat orang sekeliling : Budak ni SPM Candidates. Hamboii Kak Fieza perlu ke nak kecoh dekat semua orang? Hahahaha. Punya gigih aku tolak Aaron ke dalam sikit sebab tak nak orang nampak buku apa aku kasi sekalii Kak Fieza pergi kecoh dekat semua orang. Choyy!! Hahahahah.

Pasti nya Aaron blur mula-mula siap gelak terkejut ye. Aku pun buat muka sengih tak tahu malu lah kan? Tak kan nak menangis kot. Ekekekek. Lepas tu Aaron sign aje dekat buku aku tu ha. Aku terus tersenyum lebar ye. Tapi aku pun ala-ala pikir jugak sekarang , gigih sangat kan suruh Aaron sign dekat buku tu? Tapi tak salah kan , ala-ala pencetus semangat nak belajar untuk SPM ni yuols. Haruslah buat koleksi sampai tua tunjuk dekat anak cucu ye. *matilaa. Retis-retis jugak , lagha-lagha jugak , SPM jangan lupa pulak. *nangishensaf*


masa ni Aaron dah tergelak sebab Kak Fieza cakap 
: Aaron posing puhlease dengan buku tu.
Aaron ala-ala jawab : Posing? 

Itu yang muka macam tergelak tu :P
Bukan macam ye tapi dah memang tergelak masa tu. Tak pasal-pasal riuh kejap masa suruh Aaron posing dengan buku tu hahaha :P


muka tahan gelak. hahah.

Hiks. Itu aje nak cherita dekat sini. Untuk gambar-gambar lain tentang event Karnival BSN ni aku tak berani janji bila aku nak tepek sini. Sekadar gambar ini aje ye dulu. Oh ya kredit gambar-gambar cantik meletopz dari Kak Fieza @ Colmar. Heheheh , kalau ikut gambar aku memang kelabu asap ye , blur tak pasal-pasal sebab nya aku tersalah setting kamera. Hanjj betul kamera tu ye. CHOYY.

Macam terpanjang pulak entry ni kan? Jangan pulak cakap aku ni tegar Aaron Aziz ke tergila-gila kan Aaron ke atau sama waktu dengan nya ke apa ye. Aku just minat biasa-biasa aje and nanti lah aku cherita panjang lagi tentang event ni dan benda-benda lain ni. Malas nak tulis sekarang. Aku bukan apa , tak semua orang suka dengan apa yang kita tulis. Aku tulis ni sebagai tanda kenangan yang nak di titipkan di dalam belog aje. Tapi belum tentu orang anggap sama macam yang aku niat kan itu kan? Dah kebetulan aje semua ni. Tak rancang pun. Memang yang kita tidak rancang itu lagi best daripada yang rancang tau :P


thank you Aaron Aziz untuk minggu yang ketiga kita berjumpa.
:)

So , nanti kan lah ye cherita event ni bila aku rajin nanti. Aku bukan tak nak update selalu tapi kekangan masa dan macam aku tulis di atas tu tak semua orang suka dengan apa yang kita tulis. Aku tak nak orang muak baca cherita tentang artis dan jumpa Aaron Aziz selalu ni ha. Aku sekadar nak berkongsi gambar aje. Nanti kalau aku rajin aku update petang karang. Tapi kalau tak tunggu lah bila masa aku free nanti.

Sebelum aku terus membebel tak tentu hala dan tanpa arah tujuan baik aku berhenti menulis. Ekekekek. Nanti aku puji melambung Aaron ada pulak yang muntah tepi laptop tu kang. Tak pasal-pasal nak salah kan aku pulak. Ish ish. Kalau suka baca , tapi kalau tak suka tak payah baca. Senang bukan? :)

Weekend lepas korang pergi mana?Ada buat aktiviti menarik tak? Hiks.

Terima kasih sudi baca entry ni :)

Friday, June 24, 2011

Oreo Daddy Dunk With Aaron Aziz & Family

Phew. Setelah nak masuk seminggu baru betul-betul ada masa lapang nak menulis pasal event yang aku attend last week tu kan. Event apa? Alah buat-buat lupa pulak ler tuew. Tengok tajuk pun mesti tahu event apa. Ingat lagi tak dengan entry INI dengan INI ? Kalau entry sebelum ini cuma gambar sekeping dan tak cherita apa-apa pun. Tapi kali ini aku akan cherita dengan lebih lanjut lah ye. Harap bertabah lah ye kalau korang rasa nak juling mata gambar punya lah banyak. Kalau ikut kan banyak lagi ini pun dah habis daya aku ambik yang antara cantik paling cantik lah gambar nya walaupun biasa sajork kan? Hade ku kesah? Gituew teringin nak makan pelempang ye? Hahahah.

Okeh. Minggu lepas aku telah pergi ke event Oreo Daddy Dunk bersama kawan-kawan aku ; Kak Fieza , Ekah dan Atie. Macam-macam acara yang di adakan sepanjang berada di situ. Ada game bersama Aaron Aziz itu sudah pasti , ada hadiah yang menarik untuk di menangi , ada tawaran hebat beli biskut oreo sebanyak 4 jenis akan dapat 2 biji gelas berbentuk oreo dan sehelai baju. Aku tak beli pun sampai 4 jenis cuma sempat lah aku ambik sejenis yang perisa baru tu , blueberry ke apa entah , memang sedap wehh. Rugi pulak tak beli byk-byk. Heh.

Jadi nya , Aaron Aziz and family sampai ke event tu dalam pukul 1.30. Ramai sungguh orang ye , maklumlah fenomena Seth Tan yang menyebabkan ramai yang terangau-angau nak berjumpa dengan Aaron Aziz kan. Aku pun dah alang-alang kan pergi aje lah. Memang meriah sangat suasana nya dan sangat sesak sampai susah nak bernafas. Semua berebut nak duduk depan nak menatap kulit licin bang Aaron hakhakhak. Pasti nya event ini adalah bersempena Sambutan Hari Ayah dan pasti nya juga isteri Aaron Aziz , Diyana Halik dan anak-anak Danish , Dwi dan Dahlia pun ada sekali. 

kereta Aaron Aziz ye.
credit picture : Kak Fieza

Aaron Aziz dan Dahlia

keadaan sangat lengang ye mula-mula.
lepas tu ... phewww

Bagi aku event ni menarik dan menyeronok kan sebab Aaron Aziz pun sporting tahap habisan dan aku pun enjoy je tengok. Cuma yang tak seronok nya pihak organiser dan ada sesetengah fan yang jenis tak reti nak menyabo. Tahu lah awak tu minat dengan Aaron Aziz but tak perlu lah sampai tak boleh nak menyabo masa nak beratur nak ambil gambar dan autograf tu ye. Pergh , stress aku masa tu. Lepas tu terus pergi dekat wife Aaron , Sis Diyana yang sangat friendly okeh. Sempat berborak dan bergambar. Anak-anak Aaron pun sama ramah macam mak dia. Mintak posing ambik gambar sekejap je posing terus. Hahah. 

Aaron naik stage terus melalak kaum-kaum Hawa ye. 




Uhhu sebenar nya kan kalau nak cherita pun tak ada apa pun nak di cherita kan sebab event ni ada game , ada part autograf bergambar saja. Tak ada lah part nak buat benda-benda lain ke apa kan. Tapi memang seronok. Cuma satu aje lah , panas tak menahan. Terus bau sardin ye badan ni ha. Adeh deh deh. Masa beratur untuk bergambar punya lah panjang ye. Ada dua sesi. Aku tak join pun untuk sesi pertama , cuma pergi berborak dengan Sis Diyana saja masa tu sambil melayan karenah anak-anak Aaron. Hahahah , masa tu memang tak kuasa nak pergi beratur ye.





Oh ya lepas tu kan ternampak seseorang yang aku kenal. Ehiks seorang blogger jugak dan aku pun terus snap gambar dia ye sebab dia pun join game yang event ni adakan. Curlast lah! Hee nampak Kak Ina KL main game yang susun-susun cawan kertas sampai tinggi. Pheww mencabar jugak game tu. Hampir-hampir nak masuk ye tapi sebab badan dah lemau jadi malas ekekekeke. Choy sangat alasan khen? Hahahaha.




Hmm nak cherita apa lagi ye? Kenapa aku macam tak ada idea nak menulis ni? Tak apa lah aku kasi korang jamu mata puas-puas lah kan. Ekekekek. Kalau ikut kan dekat dengan 300++ amik gambar masa event ni. Tapi kau gilaaaa nak letak sini sampai 300++ gambar Aaron Aziz semua ni? Mahu ada yang menghanjing aku nanti kang. Muehehehehe. Aku share yang mana aku rasa okay je lah kan. Ekekekek.

Aku suka event ari tu sebab Aaron Aziz sangat sporting. Suka tengok dia melayan anak-anak dia ye. Comel sangat Dahlia. Bila Aaron ambik dia mesti dia tepuk tangan. Sangat comel ye. Dwi dengan Danish pun friendly jugak jadi boleh lah berborak kejap dengan anak-anak ye sambil menanti nak jumpa bapak nya. Ekekeke. Aku memang terus memintak pertolongan wife Aaron ye sebab event tu sampai pukul 5 dan aku tak nampak langsung surut nya orang beratur. Fuhh menguji keimanan.


masa ni semua pakat kamera depan muka aku ye. haha.


aaron tengah makan biskut oreo ye.

Diyana Halik :)

Aaron tengah gelak kan orang. Ceh haha.

Oh ya ada satu game tu , game kena letak biskut oreo dekat atas dahi then kena masuk kan dalam mulut , masa tu memang gamat. Itu yang Aaron sampai terduduk gelak tu. Hamboii. Sekali semua suruh dia hahahahah terus Aaron membebel ye. Keh keh keh. Dia pun tak berjaya ye. Terus semua semangat gelak kan Aaron ye. Keh keh keh. 



Lepas tu anak-anak Aaron ada kasi KAD bersempena Father's Day. Sweet sangat masa ni sebab Aaron terus cium pipi anak-anak dia. Hiks. Masa ni cuma ada Danish dengan Dwi je sebab Dahlia dah tidur rasa nya lagipun keadaan sangat panas ye. Mesti tak selesa budak-budak kecik. Sedang kan aku pun dah bau sardin pun dah merungut sakan kan. Apatah lagi budak-budak kecik ye. 


Happy Family

Sis Diyana

kad ucapan dari Danish and Dwi

Uhhu. Okeh lepas sesi kedua bergambar semua baru aku pergi beratur ye. Huuuu , mencungap nak tunggu turn aku untuk naik atas pentas. Phew sakit hati terus ye bila part ni. Adeh. Aku bengang dengan pihak organiser nya yang nak marah-marah tak tentu hala dan yang tak kasi aku ambik gambar dengan bang Aaron guna kamera aku -_____________-'

Bengang tahap ulu hati ye. Oh ya , ehem Aaron masih ingat aku ye. Ngeh ngeh , haruslah kan dah siap terbalik kan meja , jatuhkan handphone , terhantuk kepala mahu nya dia tak ingat budak ni? Bila nampak aku terus cakap : oh yang jumpa dekat shooting kampung tu kan? Ngeh ngeh. Boleh pulak aku banyak mulut ye masa ni. Macam-macam benda borak sampai pihak organiser dah menjeling dekat aku ye. Heh , kesah hape aku. Aaron pun pelik jugak bila aku tak boleh guna kamera aku , just guna kamera kawan aku. Dia cakap dah suntuk masa la hape la. Hmmm. 




aksi Dwi ye bila di suruh bergambar. heh heh heh.

Lepas tu terus aku mencari kembali sis Diyana ye sebab nak mintak amik gambar lagi sekali. Keh keh menggunakan kabel sungguh kan? Hade aku kesah. Penat-penat aku tunggu sekali gambar dengan kamera sendiri tak ada. Mahu aku rasa nak terbalik kan meja jugak kang. Hahah mahu terkejut Aaron aku buat lagi sekali. CHOYYY. Tapi selamat sis Diyana tolong ye , terus dia heret aku atas stage tu keh keh. Aaron terkejut lah pulak sebab aku kan tengah tak puas hati tak dapat bergambar dengan dia bagai. Ngehehehe , lepas tu dapat amik gambar tapi tapi macam gambar yang entry sebelum ni la. ADESS.

GAMBAR TAK CANTIK. TUDUNG SENGET. Selamat kawan aku amik cantik cuma tudung aje lah yang buat aku nak nangis hentak-hentak kaki. HUISH. 

thank you Sis Diyana Halik :)




my daddy is a rock.
my daddy is awesome.
I LOVE AARON AZIZ.

cute kan baju diorang? :)


Oh ya sis Diyana jugak tolong aku dan kawan-kawan aku kasi novel Kasih Yang Suci dekat Aaron Aziz untuk sign. Aku kan tengah malas nak beratur mula-mula. Jadi sis Diyana kasi lah dulu dekat Aaron. Punya lah sakan kitaorang happy sampai aku , kak fieza dgn ekah menjerit Yeay sampai Aaron pun pandang balik sebut yeay jugak , muahahaha. Terus semua orang pandang ye. Hehehehehe. 

Hiks , terima kasih sangat-sangat dekat sis Diyana yang sangat sporting and baik untuk tolong semua ni. Memang tak di nafikan Diyana Halik sangat friendly ye. Ajak berborak pun okay je. Tak ada pun kekwat ke , sombong atau hape. Muehehehe.


wajah gembira ye. hiks.

Dahlia yang baru bangun tidur.
comeeeel nya diaaa.



 Dwi sakan menari tau.
Shuffle lagi tu. 
Hiks.

Rasa nya dah tak ada apa benda lagi nak di cherita kan. Maklum lah benda minggu lepas banyak yang aku ala-ala ingat lupa. Eceh macam korang nak sangat baca kan? Silap-silap pandang gambar sajork kan? Nangiss!! Hahahahah , overall event ni memang best dengan sikap sporing Aaron Aziz and family cuma yeah organiser majlis yang sangat hmm hmmm malas nak menyebut ye. Heh. Ehem ada ke bloggers yang pergi event ni hari tu?

Pheww habis jugaaaak menulis dan meletak gambar. Keh keh , selamat menjamu mata ye. Erkhiks.

Terima kasih baca entry ni :)


Thursday, June 23, 2011

Menulis Terapi Tekanan ?

Kali ini bukan nak bercherita pasal artis lagi ya kawan-kawan. Nanti-nanti aje lah aku update pasal Oreo Daddy Dunk with Aaron Aziz. Kalau asyik bercherita pasal artis memanjang kang orang ingat ini web Oh Bulan ke , Oh Bintang ke mahupun Oh Cahaya segala. Nanti muak pulak orang yang membaca. Padahal dah bagitahu kan awal-awal , tak suka tak payah baca. Tak payah nak komplen hu ha hu ha. Tapi nak buat macam mana kan , manusia macam-macam peel. Lagi aku melayan lagi menyakitkan jiwa aje nanti. Tak ke naya nanti?


Nak bercherita pasal diri sendiri , kadang-kadang bila tak ada gambar , mood nak bercherita tak ada. Bila ada gambar baru seronok nak bercherita. Ala-ala Karangan Barpandu yang kasi gambar , rajah macam itu lah khen. Seronok aje nak menulis walaupun cuma merapu merepek. Eheh. Aku tahu ada yang tak suka aku merepek tapi maaf lah menulis dengan cara begini salah satu terapi tekanan aku. Nak pergi shopping melempiaskan nafsu bershopping bukan nya mampu kan? Nak pergi makan sampai puas , nanti bila nampak aku makin bulat mula lah mulut masing-masing macam berat badan 20 kg , padahal kau pun sama je bulat. Nak pergi tidur sampai pitamz nanti cakap benda lain pulak. Tak puas hati sungguh.

makan memang antara terapi terbaik untuk tekanan.
tapi kalau berat kau naik jangan nak tertekan pulak. duhh.

Maka cara terbaik dengan menulis di dalam blog. Benda percuma yang tak perlu bayar apa-apa dan rasa nya aku tak ganggu siapa-siapa. Tapi maaf lah andai tanpa sedar aku telah tulis yang buat kau terguris hati , paru-paru dengan jantung kau. Tak sengaja. Kalau aku sengaja memang aku pun sengaja cari bala. Tak payah lah nak sakit hati dengan tulisan aku. Tak payah nak cakap menulis dalam blog adalah lagha ke apa. Bukan nya aku bercherita hal lucah ke atau mengutuk orang tak tentu hala. Entahlah , susah jugak bila menulis di dalam blog ni. Kita sekadar nak beritahu benda yang kita makan , kita suka tapi lain pulak di cernakan di kepala otak orang lain. 

Sekarang nak menulis pun rasa terbatas. Bukan terbatas dengan masa. Tetapi terbatas dengan benda lain. Aku tak faham entah kenapa mereka-mereka yang tak suka baca belog aku ni tapi boleh tahu ye setiap inci apa yang aku tulis. Sebab kalau aku , kalau dah benci dekat orang tu , aku tak akan jenguk , melihat ataupun mengambil tahu apa yang mereka buat melainkan tak sengaja tertengok. Iyelah buat apa kita nak tengok dan baca serta ambil tahu dengan orang yang kita benci? Nanti buat makin sakit hati sahaja dan Syaitan pun semakin suka lah dapat meng-api-api kan kita kan? Aduh. Tapi biasa nya manusia zaman sekarang makin benci makin nak ambil tahu. Buat apa lah macam tu. Bak kata kawan baik aku , Kak Seri Siantan , buang karan saja nak fikir-fikir negatif semua tu. Banyak lagi benda-benda di atas dunia ni yang lagi penting untuk di laku kan. Haa , benda yang dekat akhirat pun banyak juga yang nak kena buat. Entah cukup entah tidak amalan kita ni kan? Aku bercakap untuk diri aku. Aku sedar aku bukan baik mana. Aku sedar aku pun bukan nya bagus mana nak bercakap benda ini tapi bukan ke pesan memesan itu sesuatu yang di galak kan?

Tapi biasa lah manusia. Bila kita cuba menasihati semua di kata nya perasan bagus , perasan pandai ataupun perasan bijak. Eh kalau kita yang tak perasan semua itu siapa lagi mahu perasan? Ngahahaha. Entah lah , nak tulis panjang-panjang ada pulak yang muntah. Hailah. Nak menyampah dengan aku menulis ni nak buat apa lah? Aku bukan nya Cik Epal yang sekali dapat 1k 2k tetiap bulan dengan Nuffnang ataupun RedMummy ke apa kan? Lain lah diorang tu menulis menulis duit pun hade dapat jugak. Aku ni duit Nuffnang pun ciput aje lagi pun tapi syukur lah dengan rezeki tu. Tak mampu dapat banyak , dapat dengan apa yang ada tu pun dah syukur. Tak pasal-pasal aku membebel tak tentu hala kan? Haih.

makan cokelat pun terapi tekanan jugak.
apahal semua gambar makanan ni.
grgg

Ehem , cuma nak beritahu sahaja lah kan yang menulis memang terapi tekanan aku. Jadi jangan salah sangka kalau aku asyik update belog. Lagipun bukan nya aku tulis hal peribadi sangat sebab tak semua benda kita boleh kongsi. Bukan semua orang boleh terima dengan tulisan kita. Bukan semua orang boleh faham dengan keadaan kita. Kadang-kadang tulisan pun boleh membuat percakaran dan salah faham. Biasa lah , bila sebut lain bunyi nya bila baca lain pulak bunyi nya. Aku harap setiap tulisan aku , setiap gambar yang aku letak di dalam belog ini jangan ada yang salah faham dan tak puas hati. Kalau ada yang tak puas hati beritahu aku. Aku ada kasi CONTACT ME tu kan? Bagitahu aje. Aku tak suka nak bergaduh tak puas hati tak tentu hala ni.

Haih , tak larat nak tulis panjang-panjang lagi. Maaf kan aku kalau aku pernah menulis yang bikin hati kau marah dan sentapz tak tentu hala. Lagipun kita ni manusia biasa tak terlepas dari membuat kesalahan. Bak kata Seth Tan pada Nora Elena ; setiap orang yang bersalah berhak di beri peluang kedua. Dan kenapa kita perlu ego untuk tidak memberi orang lain peluang kedua meskipun dia berhak? Erghh , ada jugak aku makin membebel makin panjang kang. Jadi , korang kalau tertekan buat apa? Dan terapi paling terbaik sekali di atas muka bumi ini ialah dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. :)

Terima kasih baca entry ini :)