Home

Friday, August 10, 2012

Iklan Raya Bernas Yang Menyentuh Perasaan

Semalam semasa tengah sibuk melihat timeline di Facebook dan juga di Twitter , ternampak ada orang berkongsi satu link berkaitan iklan Raya. Aku rasa aku tahu iklan apa , ada tertengok di tv semalam tapi tengok sekejap sahaja. Jadi aku pun tengok kembali di Youtube. Oh rupanya iklan dari Bernas. Biasanya bila iklan Raya kalau tak ada yang kasi aku tertumpah airmata tidak sah kan? Jarang sekali iklan Raya yang tidak sedih tapi yang penting ada mesej penting dalam iklan tu. Itu aku suka. 

Bila buka sahaja Youtube , tengok durasi masa 7 minit. Lama juga tu. Baru 1 minit iklan itu dilihat, ada airmata yang jatuh dari tubir mata Jijah. Ahh , panasnya rasa mata ini. Ahh, hati menjerit kesedihan. Over memang over tapi itu yang Jijah rasa. Hati tersentuh. Hati terasa disayat dengan kepiluan tiba-tiba. Ada insan yang lebih banyak diluar sana yang kekurangan dari segala serbi. Pilu hati tiba-tiba. Tambahan hati memang tengah sedih dengan macam-macam perkara. Bila menonton dan melihat iklan itu hati bertambah sedih tapi ada rasa kudus dan insaf dalam hati.

Memang hati cuma mampu berkata...

"...ada insan lain yang jauh lebih susah dari aku.."

"...ada insan lain yang kekurangan kasih sayang.."

dan air mata terus melucur jatuh tanpa rasa malu. oh sedih!

Aku tak sangka aku boleh begitu emosi melihat iklan Raya Bernas. Tak sangka sebenarnya. Mesej dalam iklan itu juga menarik perhatian aku. Persahabatan. Kasih Sayang. Aku memang sudah sedia maklum sangat emosi. Bila tengok benda-benda yang kekonon ada persamaan dengan kehidupan aku , memang aku lagi emosi. Sedih. Aku tak tahu korang sudah tengok atau belum. Kalau yang belum tengok , meh aku kasi tengok. Memang meruntun perasaan dan sedih. Atau hanya aku yang tergedik-gedik nak sedih sayu sayat bagai? T___T


:'(

Aku tengok lagi , aku menangis lagi. Tapi tangisan yang mensyukuri dengan nikmat hidup yang aku dapat. Aku sedar apa sahaja kepayahan yang aku dapat, ada mereka yang lebih susah. Mungkin mereka ada segala-galanya tetapi mereka kekurangan kasih sayang dan mereka juga tidak memiliki fizikal yang sempurna serta tidak sihat tubuh badan. Sedangkan aku? Alhamdulillah , masih lagi berpeluang merasai kasih sayang dari ibubapa aku dan masih juga lagi sihat tubuh badan. 

Kadang-kadang kita terlepas pandang apa yang kita ada. Sebaliknya kita memandang apa yang orang lain ada. Oh dunia! Lepas ini diri akan berjanji dan terus berjanji untuk mensyukuri dengan apa sahaja yang ada. Please Ijah , you can do it! Tetibe kan?! T__T 

Tetibe kelu otak nak memikir ayat. Mampooo tetibe kelu otak?! Over sangat. Tak ada benda lagi nak ditulis sebab tetibe hati pun jadi sebak balik terkenang iklan itu. Siap save dalam netbook. Heh. Last but not least, selagi kita masih ada ibubapa , sayangi mereka. Syukur dengan kurniaan yang tidak ternilai itu. Ini note to self juga. Ingat dalam hati , ada mereka yang dambakan kasih sayang ibubapa tetapi nasib mereka kurang baik. Jadi kita yang masih mempunyai semua itu , sayangi mereka dengan sebagaimana mereka menyayangi kita. Am I Right? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

4 comments:

Myra Jay said...

MJ tengok iklan ni pun sedih jugak, tak sedar airmata mengalir di pipi.... huhuu

Hanis MY said...

Uwa mmg menangis la hukhuk yes jijah u can do it

Ijah EmoTemo said...

myra -- sedihkan?! sobs..

Ijah EmoTemo said...

kak hanis -- sedih sgt kan! :(