Home

Thursday, October 25, 2012

Kabhi Kushi Kabhi Gham

Kekdahnya , tiba-tiba saja Jijah buat tajuk begini kan? Tak , bukan saja-saja tak tentu hala. Ini pasal semalam aku pun turut terjebak menonton Kabhi Kushi Kabhi Gham dekat TV2. Memang mula-mula aku tengok dekat TV2. Tapi tengok info katanya habis pukul 2 pagi. Mak oiiii , kenapa tak habiskan pukul 5 pagi terus kan? Boleh kita bersahur berjemaah dengan tangisan yang berjela-jela itu khen uols? Eh!

Jadi aku tengok separuh jalan dekat tv. Lepas itu aku sambung tengok dekat laptop aku. Lagipun ada copy cerita tu dalam laptop. Katanya kan? Lagipun aku malas nak duduk dekat ruang tamu seorang diri semata-mata nak melayan Kabhi Kushi Kabhi Gham dengan tangisan yang mengalahkan orang putus cinta itu. Aku terus tengok dekat laptop sambil layan Twitter katanya. Bila tengok Twitter dah boleh agak rerakan aku mesti ramai yang layan Kabhi Kushi Kabhi Gham itu. 



Tak pepasal pi printscreen bagai kan?

kikikikiki. eh jap sob sob sob.

sedih tau!


Mesti dah agak mesti ramai yang akan menitis-nitis airmata layan Kabhi Kushi Kabhi Gham tu. Aku sendiri pun meski tengok dekat laptop pun bukan main lagi nangis tersedu sedan mengalahkan orang putus cinta katanya. Memang kalau tak menangis tak sah kalau tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham ni tau. Berapa kali tengok , berapa kali menangis pun dah tak tahu kekdahnya kan? Ekekekek.

Katanya. Sebenarnya saja update pasal benda alah ni. Lagipun aku tahu mesti ramai yang sudah pulang ke kampung , mungkin dah berada di kampung atau mungkin kejap lagi baru nak pulang ke kampung untuk perayaan AidilAdha ni kan? Apa-apa pun kepada yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya menuju ke destinasi korang. Mungkin juga ada yang tidak pulang ke kampung seperti Jijah yang dah memang semua ahli kelorga ada dekat KL saja kan , pun berhati-hati di jalan raya. Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua pembaca Cherita Emo-Temo! 

Last but not least. Tidak ada kaitan sama ada Kabhi Kushi Kabhi Gham atau AidilAdha. Biasalah Jijah. 


Dah Tulis. Gambar Tak Ada Kena Mengena.

Tetibe terasa nak feeling Diva tengok gambar ni. 

HAHA. 

OKBYE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

14 comments:

nurul_anwar said...

Biasalah jijah..divapora khen harus kelaut sokmo cita lain tetibe gambo lain khen..tikamm mek

Dr K said...

Salam Aidiladha buat Ijah...

Wah wah wah...bergambar dgn abg aaron ajis yeerrrrr....:P

Anonymous said...

hehe!

sitiezahim said...

salam aidiladha jijah...
hehe akak tak minat SRK tapi citer tu mmg sedih kan...sedih tgk mak dia, sedih tgk adik dia masa mula2 jumpa abang dia..sob sob sob...nyampah tgk bapak dia citer tu...huhu

tiefazatie said...

wah..nangis..abe aaron!hee

Myra Jay said...

Jijah saja tau, nak gak selit bergambar dengan hero malaya tu, jeles tau..hehee :)


MJ tegok KKKG smpai kul 1 je, tak tahan mata nak melayan, 10x tengok pun tak jemu :D

Ijah EmoTemo said...

kak nuyu --- wakakakakakaka!!! terkejut gegirl nengok kak nuyu mengomen sini...wakakaka... heiii tikammm balik...erkkkk hahaha...

Ijah EmoTemo said...

Daddy Ziyyad -- U too Daddy Ziyyad!
Hehehe gambar lama aje tu heheheh

Ijah EmoTemo said...

Rapunzel -- :)

Ijah EmoTemo said...

kak sitie -- hihihi ijah nk kata minat SRK biasa-biasa aje kot. tp mmg cerita tu klu tgk tak nangis tak sah! hehehe... kan menyampah sgt dgn ayah nya hehehe

Ijah EmoTemo said...

ifa -- alamak ifa...jgn nangis hhehe

Ijah EmoTemo said...

myra -- hehehe... mmg saja pun letak ekekek..tp tu gambar lama.. rilek-rilek okes ekekek...

ijah pun pukul 11.30 dh cabut naik atas sbnrnya ekekek.. tgk dkt laptop je lps tu haha... yups mmg tak pernah nk jemu heheh

eyndayusoff said...

Dulu minat betoi kat SRK tu... :-D

tiefazatie said...

hye lalink!hee