Home

Saturday, November 24, 2012

Masalah Datang Lagi?

Sekali lagi terasa nak terguling-guling dek kerana masalah datang lagi. Selalu hanya akan terguling-guling bila menonton Adam Dan Hawa semata-mata. Tapi kali ini nak tak nak terguling-guling juga dek kerana masalah dalam laptop muncul lagi. Fuhh , November memang banyak sungguh cabaran dan dugaan datang silih berganti.

Kisahnya begini. Beberapa hari yang lepas ketika aku sedang menggunakan internet melalui Google Chrome , tiba-tiba saja terkeluat satu notification. Dah kenapa pulak? Jijah agak termangu-mangu seketika. Aduhai. Apa lagi yang nak terjadi ini? Tapi aku tahu masalah ini tidak seserius dengan masalah virus FBI ini. Jadi aku cuba bertenang dan cuba bertanya pada rakan-rakan di FB. Tidak keruan juga perasaan untuk seketika memandangkan aku memang cukup selesa menggunakan Chrome berbanding Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Tapi tunggu punya tunggu respon kawan-kawan memang tak juga ada yang cuba menyelesaikan masalah. Lagi memeningkan kepala Jijah adalah kot masa tu? Heh. Tapi sabar lagi. Akhirnya nak tak nak terpaksa install Mozilla Firefox dan gunakan saja Mozilla Firefox.


The Server's Security Certificate Is Revoked!

How come?

Bila ternampak benda alah tu muncul agak stress juga. Sebab try google jalan penyelesaian memang semua nya tak berjaya. Sadis lagi. Lepas beberapa ketika baru lah ada kawan aku cuba kasi jalan penyelesaian. Dan akhirnya berjaya juga akhirnya. Alhamdulillah. Biasalah bila dah terbiasa guna Chrome memang agak kekok nak guna aplikasi yang lain. Terasa macam blur-blur gituh. Kowser sangat kan? Padahal mindset semata-mata. HEHE.

Hiks. Jarang Jijah update waktu weekend kan? HEHE , sebenarnya tengah bosan. Dah tak tahu nak buat apa. Maka update saja entry baru ini kan? Sekurang-kurangnya dapat juga buat sesuatu kan? Kalau tengah rajin memang on saja nak update apa-apa. Kalau tidak? Heh. Nak buka blogspot pun belum tentu katanya. Ekekeke.

So korang tengah buat apa di weekend yang indah ini? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, November 21, 2012

Rezeki November Lagi :: Alhamdulillah!

Sudah hampir seminggu tiada sebarang update dalam belog kesayangan kan? Memang ada perasaan malas yang berganda-ganda dalam diri ini sekarang. Tapi juga keadaan diri sendiri yang kurang sihat pun punca aku tidak berapa mahu aktif untuk mengupdate belog. Tidak tahu pasal apa , sejak kebelakangan ini selain daripada demam on off , aku pun asyik migraine on off. Sekejap okay , sekejap pula tidak. Aku agak mungkin ada kaitan dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.

Bila demam dan migraine silih berganti datang dekat aku , memang nak buat apa sekalipun pun tak mampu. Asyik terlentang atas katil atau tergolek-golek atas lantai khen? Comel sungguh perangai anak dara yang seorang ini kan? Gituew walaupun! Hahahah.. Haruslah semua perancangan nak update macam-macam terkulai layu begitu sahaja. Meski dekat Twitter aktif semacam , tapi bila nak mengupdate aje terasa lemau tahap langit ketujuh! Aisehmen.

Tapi mujur Jijah terperasan sesuatu yang membangkitkan semangat Jijah untuk mengupdate belog kan? Hihihihi. Tengok tajuk pun dah boleh agak apa dia kan? HEHE. Semalam saja check Nuffnang. Biasalah , nak jugak tengok seminggu tak update belogg berapa ramai saja yang masuk dalam belog kan? Konpem sendu saja katanya? Gituew. Bila check earning , macam biasa gedik-gedik saja dengan harapan dapat CPUV yang terbaru. Hiks. Sekali tengok memang betul dapat CPUV yang terbaru. Harus rasa macam bersemangat sikit nak update katanya!

Jangan ada yang salah anggap yang Jijah ni mata duitan sungguh. Tapi memang sekarang Jijah jadikan belog ini sebagai salah satu tempat Jijah nak menambah duit poket. Meski tak banyak mana pun , atleast ada juga daripada tak ada kan? Kumpul sikit-sikit lama-lama nanti jadi banyak jugak katanya kan? Cuma memang kena rajin betul-betul katanya. Dah kata nak buat tambah duit poket kan? Hiks.


Alhamdulillah.

Thank You Digi Prepaid Smartplan On...(motip tak habis ayat? ekekeke) :')

Thank You Nuffnang :')

Syukur dengan rezeki kecil ini. Alhamdulillah. Semoga boleh bertahan lama CPUV ini dalam belog kesayangan. Kalau dapat CPUV yang lain lagi pun Jijah tak kisah. Jijah suka suka suka! *panggggg* Ekekekek. Meski sekarang ni migraine macam sekejap okay sekejap tidak , tapi insyaAllah kalau ada masa, Jijah pasti akan update belog kan? Lagipun dah macam sendu pula belog Jijah sejak kebelakangan ini. Jarang sungguh Jijah update hari-hari macam suatu ketika dahulu tu kan?

Bila malas mula menyelubungi diri , memang payah juga rasanya. Bila nak update pun kadangkala jadi bertangguh. Mungkin sebab kadangkala cherita sudah basi. Nak update pun fikir banyak kali. Tapi insyaAllah akan ku gigih juga update cherita basi meski ada yang mencerca sekalipun khen? Lagipun update dalam belog sekadar untuk menjadi tanda ingatan untuk masa hadapan saja. Kadang-kadang bila bosan dan baca balik cherita-cherita lama pun boleh mengundang senyuman melebar. Sebab setiap kali pergi mana-mana ada saja kisah dramatik Jijah kan? Hiks. Begitulah kalau drama queen kan? 

Dah macam panjang lebar sungguh bercerita. Begitulah Jijah kan? Nak bercherita dapat CPUV baru. Tapi habis segala jadah cherita dia masuk sekali dalam satu entri kan? Ekekeke. So , korang semua ada yang dapat CPUV baru? Alhamdulillah kalau ada yang dapat. Yang masih tidak dapat, aku doakan suatu hari nanti korang dapat jugak , insyaAllah. Amin.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, November 15, 2012

Bertemu Kelorga Gebata.

Setelah sekian lama tidak bertemu dengan kelorga hangkut kesayangan Jijah iaitu Gebata , akhirnya semalam kami bertemu kembali setelah sekian lama tidak bertemu. Biasanya kalau bertemu , mesti orang tu ada , orang ni tak ada ataupun orang ni ada , orang tu pula tiada. Sadis kan? Meskipun semalam tak cukup ahli kelorga Gebata , tapi hampir kesemuanya ada. Memang terasa seronok sangat berkumpul kembali dengan mereka semua. Haruslah kan? 

Gebata ni memang tak ubah macam keluarga sendiri. Berborak semua bagai nak rak semua sampai masing-masing tak menyempat nak menyelit bercherita khen? Bila dah ketawa semua kalau boleh nak kasi gegar rumah orang sampai jiran sebelah dengan khen? Ekekeke. Tapi begitulah kelorga Gebata kesayangan Jijah. Sentiasa ada drama , sentiasa ada keriuhan dan kekecohan katanya! Hiks.

Jadi semalam punya semalam erkk sebenarnya tak dirancang langsung nak bertemu dengan semua ahli kelorga Gebata ni. Kebetulan nak pergi menjenguk rakan aku , Kekure (bukan nama sebenar ekekek kau mampooo tetibe ada ayat begitu? hahaha mati kena panah petir! panggg) yang tengah kurang sihat katanya. Jadi dah alang-alang melawat tu , gigih lah semua ahli kelorga Gebata datang bawa makanan , bawa perut juga yang pastinya muahaha untuk makan dekat rumah Kekure. Jijah kan sokmo eksaited kalau ada acara makan-makan. Memang Jijah yang kononnya nak jadi bibik dekat situ alih-alih menjadi orang pertama yang sibuk makan katanya. Memang tak gheti malu khen? Hahahah.

Bayangkan macam mana suasananya? Tambah lagi riuh bila Syafie Naswip (Ayie) pun join sekali dengan kitaorang. Siap bawa trofi kemenangan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2012 untuk weols posing-posing katanya! Masa Ayie menang hari itu , weols semua tak ada. Jadi masa kali ini lah weols nak feeling-feeling menang anugerah khen? Hiks. Jijah sebenarnya yang gigih catwalk ke hulu ke hilir dengan award tu sebenarnya. Dan masih belum terlambat untuk Jijah ucapkan Tahniah untuk Syafie Naswip diatas kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem tempoh hari. Ayie sememangnya memang layak untuk menang watak itu okes? Gegeh Jijah kasi ucapan gituh! Haruslah khen? Kata adik hangkut Syafie Naswip khen? Cepatttttt je mengaku khen?! *panggggg* Hahahaha.

Memang semalam lama juga kitaorang lepak-lepak dekat rumah kawan aku. Lagi tak menahan masa aku pergi rumah kawan aku , aku dah ghupe macam Dora The Explorer. Sebab banyak sangat barang bawak masa menuju ke rumah kawan aku. Kebetulan malam sebelum tu ada satu event aku join , jadi bila pergi ke rumah kawan aku tu , terus aje pergi tak balik rumah. Merasalah perfeeling anak perantau sesat di tengah kota walaupunnnn. Hahahaha.. Harus kawan aku baca statement dia lempang bertalu muka aku. Hahahah.. Iyerlah orang kasi direction , Jijah pi memandai tukar direction lain. Mujur masih selamat walafiat gituh. *nanges*

Bila sampai aje rumah kawan aku memang terus berguling atas lantai kan? Kata nak melawat orang sakit ? Tapi dah ghupe aku macam orang sakit sebab terlentang tergolek atas lantai khen? Hiks. Eh jom layan gambar uols. Ada beberapa keping gambar dari instagram kaka Nisa , kaka Koni dan juga abam Syafie Naswip. 




kelorga Gebata bersama trofi kemenangan Syafie Naswip.
hiks


Jijah dan Syafie Naswip. Sopan pula Jijah berposing tetibe.
keh keh keh.



kakak-kakak sayang!


gaya bebas. gaya kuak lentang tak sempat nak rakam.
tetibe kan kau Jah? hantar balik Myammar baru tahu. eh!


LOL


Raikan birthday Pawie dan kemenangan Ayie!


Bila DivaPora yang memegang award , memang terus terserlah aura kedivaan nya?
nampak tak? #sajatanya #eh

Suasana memang sangat meriah. Ikut kepenatan berganda memang tak mahu balik. Rasa nak tidur situ. Tapi tak ada pakaian untuk tidur, maka gigih pulang juga. Ayat paswah sangat nampaknya! Gituh lah kau Jijah! Lepas hampir seharian di rumah Kekure akhirnya Jijah pun melangkah pulang ke rumah katanya. Tak kan menyibuk nak bertapa rumah orang kot kan? Mahu kena tarbiyah dengan kelorga sendiri khen? Hiks!

Untuk Kekure tersayams semoga cepat sembuh. Nanti boleh berjimba ria bersama kelorga Gebata dekat tepi tasik pulak khen? Tehtap kau Jah dengan tepi tasik bagai khen? Hiks. Tapi sebelum mengakhiri entri ini yang panjang lebar katanya , nah terima lah sekeping gambar untuk tatapan korang semua. Projek filem Jijah dan Syafie Naswip untuk tahun 2013 nanti! Matilerrr! LOL :p



KL Sentral Aku Datang!

kau hengat kau Lisa Surihani Jijah nak perfeeling Istanbul Aku Datang Jijah? Jijah? Jijah? *pangggggg*

LOL!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, November 12, 2012

Bila Barang Kesayangan Buat Perangai. Agak-Agak Pengsan Tak? Pengsan Tak? Pengsan Tak? *pangggggggg*

Kali ini nak bercherita sedikit tentang macam-macam yang dah terjadi minggu lepas. Hampir sesak nafas memikirkan barang-barang kesayangan ini buat perangai tidak semena-mena. Sebenarnya yang menyesakkan fikiran Jijah apabila memikirkan segala harta karun yang berada dalam barang-barang kesayangan Jijah itu. Itu memang menyesakkan fikiran dan menyesakkan nafas untuk enam poloh saat.

Kisah pertama bermula apabila netbook kesayangan Jijah tiba-tiba sahaja buat perangai. Ketika sedang asyik menonton tiubkau (youtube) pula tu? Tidak kah Jijah terasa hendak hentak-hentak kaki sambil menjulingkan mata? Tapi hakikatnya Jijah sangkakan netbook Jijah buat perangai ala-ala manja sahaja. Bila off kan netbook. Buka balik , masih sama. Masih buat perangai. Jijah pelik. Jijah gusar. Apa semua ini?

Lebih menggusarkan Jijah screen netbook Jijah langsung tak boleh nak tekan apa-apa. Ada satu benda yang menutup semua screen dan ala-ala memberi amaran kepada Jijah yang Jijah ini ada membuat salah dan perlu membayar denda. Kau gila tak cuak? Hahahaha. Tetibe gelak? Kata cuak?! *pangggggg* Masa itu otak dah tak mampu nak berfikir. Macam kekurangan oksigen kejap. Apa semua ini? Apa yang Jijah telah lakukan? Oh tidaaaaaaaaak. *sila bayangkan sekarang!* keh keh keh.



Hah! Nampak tak benda alah ni? FBI? Gila cuak masa aku baca tu okes? Tak terfikir langsung semua ni virus! Serius tak terfikir langsung! Lepas call kawan aku , dia terus cakap virus tu. Tak mungkin tiba-tiba FBI nak menyerang netbook aku pulak kan? HEHE , tapi cuak jugak lah kan? Kalau virus, risaukan semua barang yang ada dalam netbook. Gambar, drama, muzik, and banyak lagi. Ish. Memang otak pun jadi sempit nak fikirkan apa-apa lagi. 

Bila snap gambar ini dan letak dalam FB , ada juga kawan aku bagitahu cara-cara nak selesaikan memang tak menjadi nak buat sendiri. Bila kawan aku ajar pun still tak jadi juga. Dalam kepala cuma risau ingatkan betul-betul punya amaran. Siap dengan akta bagai. Gila tak cuak? Prftttt. Bila kawan aku tengok gambar yang aku letak dekat FB memang dia cakap itu virus saja. Fuh, lega seminit risau berpoloh-poloh minit. Heh. Gambar memang tak ada back up lansung. Itu sahaja yang berada dalam fikiran Jijah.

Try juga godek-godek sendiri tapi memang tak berjaya. Makin hancur jadinya. Akhirnya pergi lepak rumah kawan aku dan dalam masa beberapa jam , terus selesai semua masalah. Alhamdulillah. Bila scan netbook aku , memang banyak sangat virusnya. Gila seram aku tengok semua tau. Tehtap nak seram menyerami ini kan? HEHE , thank you so much ye Ieja! Kalau tak mesti aku mati kutu tak tahu nak mintak pertolongan siapa khen? Paswah lah jawabnya masa itu katanya. HEHE.

Dan sekarang...



LOL. B*Pop semalam.
HIKS. GEGEH TAK? okay gegeh tapi tak perlu sampai capslock yer Jijah :p

HEHE , dah selesai kes pertama , ada pula masalah lain yang datang menerjah kehidupan. Again , barang kesayangan lagi. Tiba-tiba sahaja handphone aku jatuh gedebuk dekat lantai. Aku anggap biasa. Kononnya. Sekali masa tengah nak snap gambar , lihat-lihat sudah tidak berfungsi. Camera not funtions katanya. Aku gelabah sekali lagi. Mungkin Tuhan mahu uji aku. Untuk benda yang aku sayang. Oh aku sabarkan hati. Aku pujuk hati aku untuk bertenang. Makin aku gelabah , makin tidak menjadi apa-apa. 

Semakin dicuba , semakin tidak boleh. Aku marahkan diri sendiri. Careless. Suka menganggap benda remeh itu tiada apa-apa. Akhirnya aku juga yang kena menempuh segalanya. Amboi ayat. Ayat novel sangat kan? Hiks.


Kecewa tak bila kau tengok begini? Handphone aku handphone biasa saja. Tiada aplikasi yang menarik. Tapi tetap aku sayang ketat-ketat. Aku cuba benda lain , semua okay. Kecuali kamera. Aku agak kesal. Bukan agak lagi tapi sangat kesal. Kesilapan diri sendiri. Selepas itu aku terus lupakan saja. Malas nak ambil kisah. Mungkin handphone aku merajuk dengan aku. Mungkin. Suka berfikiran begitu kan? HEHE. 

Dan mungkin betul lah. Kamera aku merajuk saja. Semalam terasa macam nak ubah setting sedikit untuk kamera dan akhirnya bila aku mencuba , aku dapat juga menggunakan kembali kamera tersebut. Alhamdulillah. Syukur. Jijah tidak mampu nafikan perasaan Jijah cepat lemah bila barang-barang kesayangan ini tiba-tiba membuat perangai. Netbook dan juga handphone memang dua barang penting dalam kehidupan Jijah selain daripada makanan. Eh? Ekekekek. Jadi bila kedua-dua serentak buat perangai , Jijah memang terus buntu.

Tapi sebab Jijah agak bertenang sedikit. Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan. Memang terus rasa dapat menarik nafas dengan kadar yang lebih panjang. Ehehe , ter-over pulak :p Jadinya , bagaimana dengan hari-hari korang? Indah atau sebaliknya? Memang November ini Jijah dapat merasakan liku-liku yang unexpected gituh. Tak apa lah , sekali sekala Tuhan uji kita , baru diri ini semakin kuat iye dak? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, November 8, 2012

Kiriman Dari Singapura & Kiriman Dari Nuffnang Yang Paling Dinantikan. Persoalannya Apakah?

Tajuk bukan main panjang macam nak ajak orang berdebat atas pentas untuk menang Piala Perdana Menteri kan? Tapi malangnya memang Jijah tidak bertanding untuk apa-apa pertandingan. Sebaliknya mungkin Jijah sudah merindui untuk mengetuk kibod sementelah beberapa ketika berhenti mengupdate apa-apa dek kerana sering jiwa kacau tak tentu hala khen? Eleh , perfeeling jadi Ain Hawani lettuew nak jiwa kacau sokmo! Ahaks.

Sebab asyik sibuk dengan jiwa kacau sampai banyak sungguh cherita yang nak dicherita tak sempat nak dicheritakan. Hah! Kemain lagi ulang ayat sama kan? HEHE. Kisahnya , ada kawan aku di Singapura tiba-tiba bertanya pada aku.

"Jijah....ada banyak gambar abe Tapa dalam magazine Manja.. kau nak tak?"

Abe Tapa = Aaron Aziz

Masa tu , bila aku baca saja , boleh tahan nak terlompat juga. Gedik gelenya sangat. Heh. Tapi aku ni sebenarnya bukan jenis beriya sangat nak membeli majalah atau sebagainya. Maklumlah , diri sendiri pun bukan nya berisi sangat poketnya. Jadi nak melagho nak membeli pun kena fikir banyak kali kan? Sekali kawan aku cakap ... "tak payah fikir berapa ringgit nak bayar , aku hadiah kan aje!" Hah... suka tak suka tak? *pangggggggg* Hahahah , suka sangat katanya! Hiks.

Dekat seminggu juga menunggu dengan penuh kegirangan katanya. Mohtif girang bagai? Ada yang mahu minta pipi gebus di lempang khen? Hahahaha... tunggu punya tunggu... 


nampak tak ? nampak tak?

Jijah dapat 2 copy magazine Manja!

Masa buka bungkusan tu Jijah macam pelik sebab dapat 2 copy magazine Manja. Sekali terperasan ada nota kecil untuk Jijah. 

"Aku kasi kau 2 copy senang kalau kau tercakar salah satu magazine tu , still ada dalam simpanan lagi satu..." 

-.-'

Hahahahahahah...masa baca nota kecil yang ala-ala begitu ayat nya , terus Jijah rasa nak pengsan! Mentang-mentang Jijah kalau nampak aje gambar abe Tapa terus konon nya nak mencakar lah , nak pengsan lah , tapi tidak lah sampai dibiarkan terkoyak magazine itu. Hahahah. Anyway sangat terharu dengan kegigihan kaka Avi yang gigih menghantar 2 copy magazine ini. Ekekekeke. Gigih kasi hadiah magazine ni sebab tahu Jijah minat sangat-sangat dekat Aaron Aziz katanya! Hiks.

Terharu sangat katanya. Terima kasih kaka Avi. Nanti kalau ada magazine ada abe Tapa , kirim lah lagi. Eh! Hahahaha... :p


nampak tak kegigihan Jijah snap gambar? nampak tak? ok nampak. 
ekekekeke.

Hah , lepas itu pulak yang lagi buat Jijah kemain eksaited bila kiriman yang paling dinanti-nantikan telah pun tiba. Jeng Jeng Jeng. Cehhhh , tak payah nak jeng jeng jeng sangat lah Jijah. Dah terang lagi bersuluh Jijah dah tulis dekat tajuk entri itu kan? Hiks. 

Alhamdulillah , setelah pulun habis-habisan menulis,mengupdate dan apa saja lagi yang dibuat dalam belog kesayangan , akhirnya cek dari Nuffnang telah pun tiba ke tangan Jijah. Eksaited tu Tuhan saja yang tahu. Mungkin sebab itu hasil titik peluk sendiri kan? Maka perasaan dia lain macam sahaja. HEHE. Mungkin nilainya tidak setinggi orang lain. Tapi sebab itu hasil titik peluh Jijah , Jijah memang sangat bersyukur dengan rezeki tersebut. InsyaAllah selepas ini harus semakin gigih berusaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan ini dengan nilai lebih tinggi. HEHE.

Bila tengok hasil sudah dapat di depan mata , mesti lah semangat semakin naik mencanak-canak sebenarnya. Nampak tak Jijah terlalu jakun disitu? HEHE , maafkan saya. Alhamdulillah meski rezeki itu tidak sebanyak orang lain , sekurang-kurangnya dengan nilai kecil itu boleh juga Jijah simpan untuk kegunaan di masa akan datang bila memerlukan khen? Memang itu niat Jijah bila cek Nuffnang tu sampai. Gigih juga Jijah bercherita dan mengupdate pagi-pagi begini kan? Jarang sangat Jijah mengupdate pagi macam ini.

HEHE , korang semua apa cerita sekarang? Gegeh juga Jijah bertanya!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, November 2, 2012

Mendung

Salam Jumaat semua. Cepat sungguh masa berlalu kan? Sekarang sudah memasuki bulan November dan sekarang sudah menjejak hari Jumaat. Terasa macam baru minggu lepas menjejak hujung minggu dan tengok-tengok esok dah nak hujung minggu kembali. Cepat sangat masa berlalu kan?

HEHE , apa-apa pun cuma update ringkas sahaja. Bukan tak ada benda nak update. Cuma ada kemalasan sedikit untuk mengedit gambar. Bukan edit cantik-cantik kasi flawless ke, kasi cun tahap petala ketujuh ke apa. Bukan. Tapi untuk letak watermark semata-mata dan resize kan gambar sahaja. Kalau gambar hampir 50 keping , tak ke berpeluh jugak dahi nak buat satu persatu kan? Okay , itu cuma alasan. Jijah tahu. Paswah dengan diri sendiri.

Korang sudah ada perancangan untuk hujung minggu korang? :)


Terengganu .. suatu masa dulu ... :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)