Home

Saturday, November 24, 2012

Masalah Datang Lagi?

Sekali lagi terasa nak terguling-guling dek kerana masalah datang lagi. Selalu hanya akan terguling-guling bila menonton Adam Dan Hawa semata-mata. Tapi kali ini nak tak nak terguling-guling juga dek kerana masalah dalam laptop muncul lagi. Fuhh , November memang banyak sungguh cabaran dan dugaan datang silih berganti.

Kisahnya begini. Beberapa hari yang lepas ketika aku sedang menggunakan internet melalui Google Chrome , tiba-tiba saja terkeluat satu notification. Dah kenapa pulak? Jijah agak termangu-mangu seketika. Aduhai. Apa lagi yang nak terjadi ini? Tapi aku tahu masalah ini tidak seserius dengan masalah virus FBI ini. Jadi aku cuba bertenang dan cuba bertanya pada rakan-rakan di FB. Tidak keruan juga perasaan untuk seketika memandangkan aku memang cukup selesa menggunakan Chrome berbanding Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Tapi tunggu punya tunggu respon kawan-kawan memang tak juga ada yang cuba menyelesaikan masalah. Lagi memeningkan kepala Jijah adalah kot masa tu? Heh. Tapi sabar lagi. Akhirnya nak tak nak terpaksa install Mozilla Firefox dan gunakan saja Mozilla Firefox.


The Server's Security Certificate Is Revoked!

How come?

Bila ternampak benda alah tu muncul agak stress juga. Sebab try google jalan penyelesaian memang semua nya tak berjaya. Sadis lagi. Lepas beberapa ketika baru lah ada kawan aku cuba kasi jalan penyelesaian. Dan akhirnya berjaya juga akhirnya. Alhamdulillah. Biasalah bila dah terbiasa guna Chrome memang agak kekok nak guna aplikasi yang lain. Terasa macam blur-blur gituh. Kowser sangat kan? Padahal mindset semata-mata. HEHE.

Hiks. Jarang Jijah update waktu weekend kan? HEHE , sebenarnya tengah bosan. Dah tak tahu nak buat apa. Maka update saja entry baru ini kan? Sekurang-kurangnya dapat juga buat sesuatu kan? Kalau tengah rajin memang on saja nak update apa-apa. Kalau tidak? Heh. Nak buka blogspot pun belum tentu katanya. Ekekeke.

So korang tengah buat apa di weekend yang indah ini? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

if ai jadik uols pun harus guling2 tahan stress :(

kak ina kl said...

wah kamu ni ashik berjimba dengan retis ajer ek..jeles tullah