Home

Thursday, June 28, 2012

Shahir AF8 Pun Baca Belog Jijah? Benarkah?Benarkah? *pangggggg

Korang masih ingat tak aku pernah buat entri tentang Hi Tea Bersama Shahir AF8? Ingat atau tidak? Jika korang masih ingat , aku ada bercherita sikit sambil di selitkan beberapa keping gambar Shahir gituh kan! Aku seperti biasa lah , kalau aku menulis apa-apa cherita aku akan peromot dekat semua peminat-peminat artis itu if aku tulis entri mengenai artis. Terutama bila banyak gambar yang aku nak kongsi kan , aku memang sangat suka untuk berkongsi untuk tatapan peminat mereka juga. 

Jadi bila aku sudah peromot entri-entri ini , aku sangat tidak menyangka artis yang aku bercherita tentang kehenseman dan kekachakan nya itu *guling-guling* turut membaca entri aku okes? Aku sama sekali tidak menyangka pun. Aku sedar belog aku ini sekadar belog picisan sahaja. Bukan belog yang gah seperti belog-belog hiburan yang lain. Tapi Shahir turut berkesempatan meluangkan masa untuk membaca belog aku yang penuh dengan dramatik ini kan? Hahahah , tetibe rasa malu sebab entri aku sangat lah banyak drama dan aku rasa aku sangat-sangat banyak merapu dalam entri itu. Ececece , tetibe malu banyak pulak bila Shahir dah baca entri kau ye Jah? *pangggggg

Anyway , bila kawan aku Shaza bagitahu yang Shahir baca entri tersebut , aku memang terus terasa nak terloncat , terlompat dan guling-guling sekaligus. Maafkan saya Shahir kerana terlebih excited. Saya memang begini. *tunduk malu* HAHAH , memang wajib di pangggggg Jijah ni ! Gedik sangat! Bila saja aku dapat tahu yang Shahir baca tu , aku terus suruh kawan aku buat video bukti okes? Hello wajib lah mek nak bagitahu semua orang khen retis pun masuk jejak sembah ratu membaca belog ai yang sekadar picisan ini khen?HAHAHAHA , ayat kau Jah memang betul orang terasa nak pangggg kau! Mohon bertabah semua! Ekekekek. 

And and and and and and okay enough Jijah. And I can't thank you enough to Shaza for this video. Video yang membuatkan Jijah tersenyum sampai ke telinga. Video yang membuat Jijah tengah marah pun masih mampu tersenyum. Keh Keh Keh Keh Keh. Tak mampu betul kawal perasaan yang over gediks begini. Sangat tak mampu. Maafkan saya sekali lagi. Hahahah.

Jommmmmm tengok video ini uols! :')


Hah! Shahir sebut nama Jijah!
Shahir sebut PANGGGGGGG!

okay Shahir Panggggg awak itu membuatkan Jijah tersenyum tersengih tak berhenti okes?
keh keh keh keh keh
maafkan saya -___-'

Video ini kawan aku yang ambilkan. Aku sangat-sangat berterima kasih dekat Shaza! Sangat-sangat berterima kasih sebab sudi ambilkan video ini. HEHE. Kawan awak yang seorang ni tengah excited , so saya yakin awak faham keadaan saya waktu itu :p Hahaha. Sayang sayang awak ketat-ketat ye Pah sebab sudi ambilkan video ini. Ekekekek. 

So , sebenarnya sengaja nak tulis secara gediks pasal ini. Aku sebenarnya lebih kepada terharu sebab Shahir sudi membaca tentang entri aku. Tak lupa juga peminat-peminat Shahir yang bakal menjadi peminat belog Jijah yang sudi membaca entri Jijah dan hampir kesemua menyukai entri tersebut. Amboi mampoooo uols peminat artis aku buat jadi peminat belog aku? HAHAHA *panggggg

Aku ada baca setiap komen yang orang komen tentang entri yang aku tulis tempoh hari. Ramai yang menyukai. Aku sangat terharu membaca setiap komen. Aku sangat menghargai setiap daripada korang yang datang membaca entri di belog picisan aku ini. Maaf andai kekurangan dalam penulisan aku. Aku cuma menulis berdasarkan apa yang aku rasa dan begitulah cara aku menulis. Andai korang rasa menarik dan best , maka aku juga akan turut merasai begitu dan bersyukur. Andai sebaliknya , aku akan cuba menulis dengan gaya yang lebih menarik tetapi masih tehtap dengan gaya dramatik aku kan? Ngeeeee. 

Okay lah. Aku pun rasa entri ini sudah cukup panjang , gedik dan dramatik kan? Lebih baik aku berhenti menulis daripada terus merapu , meraban , menggedik dan dramatik kan? Nanti makin panjang dan parah entri ini nanti. Ekekeke. Apa-apa pun terima kasih Shahir kerana sudi membaca entri yang lepas. Jijah sangat menghargai nya :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Sunday, June 24, 2012

Gambar Basi. Mampooooo?

Tadi meninjau-ninjau folder-folder gambar , terjumpa banyak gambar-gambar lama tapi masih dalam tahun 2012. Faham tak ayat aku? Mesti semua pening dan pelik kan? Aku pun pelik kenapa aku buat ayat berbelit-belit macam itu. Heh. Kalau korang perasan entri tentang ABPBH 2011 tergantung kan? Tak habis kan? Aku memang sengaja biarkan tergantung begitu. Nanti bila aku ada mood aku sambung balik. Tapi aku rasa tak akan bersambung lagi dah. Silap-silap aku sambung ABPBH 2012 terus kot? Eh!

Hari Ahad memang aku tak gemar sangat update belog. Tapi sebab aku tengah bosan dan tangan pun sama geletis nak ketuk kibod , maka terupdate lah jugak kan? Tehtap nak salah kan jari jemari tembun ni kan? Sebenarnya diri sendiri yang terlebih geletis nak juga meng-update ini kan? Erhiks. Kisahnya , sengaja nak keluarkan segala jenis gambar-gambar yang Jijah simpan elok dalam folder pic itu kan? Ngeeee. Simpan sajork tak guna kan? Haruslah menayang setelah lama peram gambar ni kan? Katanya! Hahahaha..



Dalam cable car! Dah balik baru gheti nak posing khen? Hilang terus perasaan kecut perut bagai tu khen? Hmmm rindu Genting! 


Jijah dan retis kesayangan , Aaron Aziz.

muak agaknya pembaca belog ni asyik tengok gambar Jijah dengan retis sajork khen? bertabahlah semua. nak buat macam mana khen? hobi Jijah memang bergambar dengan retis. ERKKK..


i ) Jijah & Fizz Fairuz
ii ) Aaron Aziz , Jijah & Diyana Halik
iii ) Abg Anas ( abang kandung Aaron Aziz ) & Jijah

gigih betul Jijah buat caption kan? 

Gaya tulis macam banyak sangat gambar yang nak ditayang kan? Sekali dua keping gitu jah? Janjiii hadooooo kan?! Begitulah kan! Semua gambar dekat atas tu masa dekat Genting Highland katanya. Masa Aaronators buat surprised party untuk Diyana Halik , wife Aaron Aziz gituh. Diva Jijah pun sempat lah khen turut serta! Sebenarnya banyak lagi gambar jimba ria nak tepek dekat sini tapi macam biasa tak berkesempatan katanya! Hailah , selalu sangat macam tu kan? Entah sibuk apa pun Jijah sendiri pun keliru dengan diri sendiri katanya! Heh!

Begitulah kan. Hujung minggu Jijah kali ini memang sangat rilek katanya. Santai sangat sampai asyik golek-golek atas katil aje kan? Haruslah! Bila rilek , rilek sangat! Bila terlalu sibuk dengan jimba ria , memang nak baring lima minit pun tak mampu okes? Gituew katanya! Eh ingat nak buat entri pendek-pendek aje. Tapi musnah jua. Tetap tulis panjang lebar kan? HEHEH , maafkan saya!

Dah tak mahu tulis panjang lagi dah. Korang semua apa aktiviti hujung minggu korang ni? Atau korang pun macam Jijah , bersantai di rumah saja? ;)

Last but not least , as usual lah kan? :p


ngeri tak nengok Jijah edit gambar pesen gini?
kbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Friday, June 22, 2012

Hi Tea Bersama Shahir AF8 !

Kali ini aku hendak bercherita tentang aktiviti aku pada hujung minggu yang lepas. Walaupun esok sudah masuk hujung minggu yang baru tapi ada Jijah kisah kan untuk bercherita pasal hujung minggu yang sudah itu kan? Ekekeke :p Kalau korang masih ingat Jijah ada letak satu gambar dalam entry Random 1 2 3 kan? Ingat tak? Ingat tak? Alah tak ingat lettuew! 

Sabtu lepas aku telah berkesempatan untuk menghadiri Hi Tea Bersama Shahir AF8 yang telah diadakan di PNB Derby Park. Kebetulan ketika itu aku tidak ada sebarang aktiviti lain maka dengan gigih nya aku pun join juga Hi Tea bersama Shahir AF8 bersama dua rakan aku iaitu Shaza dan Sakinah. Kedua-dua itu peminat Shahir AF8 dan err aku juga tidak terkecuali meminati Shahir okes? HAHAH , tehtap lah kau Jah kan? Bak kata kawan aku , semua artis Jijah minat kekdahnya. Oh kay. -__-' 


Sebenarnya aku join Hi Tea bersama Shahir AF8 ini pun sebab nak temankan kawan-kawan aku. Dah lama juga tak join event-event seperti ini dan maybe ini kali pertama aku join Hi Tea artis macam ini kot? Rasanya lah. Selalu just pergi event pesen lain kan. Kali ini pula lain siap ada tema baju bagai kan. Mujur tema nya hitam dan putih so tak susah aku nak mencari baju dan match kan bersama tudung. Save budget mak uols! HAHAH. Gitu lah kau Jijah! So aku sampai dekat PNB Derby Park ini dalam lebih kurang 1 petang. Tapi majlis bermula pukul 2 petang. Agak berdebar jugak nak tengok Shahir AF8 face to face. Boleh? Gedik sungguh kau Jah! keh keh keh ! :p

Lepas sejam macam itu , pergi ambil makanan dan masa tengah makan tiba-tiba terdengar suara orang menyanyi yang agak bergema. Aku tengah makan pun terhenti. Pusing belakang. Eh Shahir! Eh Shahir! Eh memang lah Shahir , kan ini Hi Tea dengan Shahir , Jah oiiii T_T Hahaha , tapi agak excited jugak lah tengok Shahir depan mata. Mujur mek tak terlompat masa tengah makan sebab terkejut opocot khen? HAHA , tak dramatik tak sah kan kau Jah? T_T






Tidak dapat dinafikan suara Shahir memang merdu. Sangat merdu. Tapi mujur Jijah mampu snap gambar Shahir dengan elok tanpa ada perasaan dramatik yang ingin guling-guling atas lantai atau sebaliknya kan? HAHA. Bila nampak Shahir depan mata terus terkedu lagi. Kachak betul abam Shahir ni ye uols? Hahahahah , Jijah dah mula merenyam balik dah! keh keh keh keh. Maafkan saya! :p

Aku suka Hi Tea bersama Shahir ini sebab tersangat santai. Shahir pun punya beramah mesra dengan semua peminat. Terasa macam tersangat dekat dengan Shahir meskipun baru pertama kali berjumpa. Itu apa yang Jijah rasa lah kan? HEHE. Shahir pun punya rajin berjalan ke sana dan ke sini. Jadi tak ada langsung rasa awkward or something kan? Jijah pula bila tengok Shahir macam itu lagi lah seronok dan senang nak snap gambar Shahir kan? Honestly Jijah snap gambar Shahir memang sangat banyak. Rasanya more than 100++. HAHA. Gila tak gila kan? Tapi itulah realiti if aku terlalu enjoy dengan suasana event tu. Gambar pun terlalu banyak sampai aku sendiri pun pening kepala mana satu nak kongsi dengan korang dekat sini.

Okay jom kita layan lagi gambar-gambar Shahir. Hihihihihi.





Ada beberapa aktiviti yang Shahir sempat bermain bersama peminat. Masa tu memang gamat kejap sebab macam-macam yang jadi khen? Nak buat lain jadi lain kekdahnya. Hahah. Paling penting Shahir memang nyanyi banyak lagu. Terpukau Jijah mendengar sebab suara Shahir memang sangat merdu bila live gituh. Terutama bila Shahir tiba-tiba menyanyi lagu Hindustan. Pergh , terus terasa nak tergolek-golek atas lantai perfeeling khen? *pangggg Hahahahaha.

Banyak juga lagu yang Shahir nyanyi masa hi tea tersebut. Memang menusuk kalbu sungguh nyanyian Shahir voleyh? Amboi Jah! Kemain lagi dia memuji khen? Hader ai kisah cak cak cak kan? Hahahahah! Oh Shahir juga sebenarnya turut menyanyikan lagu-lagu baru dia yang sudah pun boleh didapati di dalam album Shahir yang terbaru ini. Korang semua jangan lupa dapatkan album Shahir yang terbaru dan kesemua lagu-lagu yang terkandung dalam album itu semua best-best! Nanti Jijah kasi review k pasal album itu! Dah ada dalam draft cuma belum publish sahaja lagi. Heheh. Tak mahu cherita panjang meh cuci mata lagi tengok gambar Shahir! Ekekekeke :p


Pelancaran Album Shahir versi bersama Peminat.





sebenarnya masa ni Shahir pandang depan dan nak pusing ke belakang tapi harus terkejut tengok Jijah dekat belakang khen? hahaha maafkan saya!

selamat kachak heols memandang kamera! :p


Shahir memotong Kek Red Velvet yang Yummy yang diberi oleh fans Shahir.

masa lepas Shahir potong , Shahir tanya siapa nak , dengan tanpa rasa malu Jijah cakap Jijah nak. terus Shahir pandang belakang dia ala-ala nak kasi kek tu. Ekekek. *panggggg diri sendiri sebab tak tahu malu*

Lepas aje macam-macam acara yang dilakukan bersama fans , tiba masa yang dinanti-nanti oleh seluruh peminat Shahir yang hadir pada hi tea tempoh hari iaitu sesi autograf dan bergambar. Hah! Masa ni memang semua pun beratur dan bergambar! Korang rasa Jijah ada buat aksi dramatik tak depan Shahir?Ada tak?Ada tak? *pangggg Hahahaha. 






kawan saya - Kina & Shaza! :D



Pergh memang banyak kan gambar? Banyak kan? Memang sangat banyak! Rambang mata nak memilih. Penat juga nak letak watermark ni okes? Itu pun ada yang dah cilok gambar-gambar yang Jijah snap guna kamera kawan Jijah ni tau? Aiyoh! Tak tahu nak cakap apa dah! Please lah minta izin dulu k? Tak luak pun gambar tu kalau korang minta izin! Ish! Again if nak ambil gambar ini ambil lah , tapi atleast give some credit to us lah kalau dah tak mahu minta izin kan? Amboi Jijah penat-penat snap korang senang-senang pulak buat gambar tu macam korang yang berguling snap gambar tu kan? Babap karang! 

Okayyyyyy jom layan lagi gambar! Maafkan Jijah sebab banyak betul tepek gambar kan? Habis tu dah snap banyak-banyak buat apa peram buat jeruk perkasam kan? Eh! 


Album Shahir! Dapatkan di Pasaran!
:)


Shahir kena "buli" kekdahnya! Jijah tengok dia pakai topi errr then Jijah kata buka topi tu Shahir , lagi hensem! Hahahahah 
Terus dia pergi dekat cermin betulkan rambut! Alahai bagusnya Shahir ni. Terharu tetibe! Erkkk.


Shahir , Kek Kurma dan Shaza.
kihkihkih !



ngeh ngeh ngeh!

Jijah dan Shahir !

memang ada drama sikit. biasalah Jijah = Drama -__-' 

Lepas aje sesi autograf dan bergambar , semua peminat Shahir dan Shahir sendiri pergi ke arah swimming pool untuk bergambar secara berkumpulan. Pergh , perfeeling magazine Mangga kejap! Hahahahaha! Korang hado? *pangggg 





Hah! Tak puas bergambar dekat dalam! Bergambar dekat luar!

Jijah memang tamak haloba T_T




Fuh! Akhirnya! Habis juga tepek menepek gambar dan bercherita ala kadar tentang Hi Tea bersama Shahir ni kan? HEHE , minta maaf lah kalau korang rasa macam besarrrr sangat Jijah letak gambar dan banyakkkkk sangat gambar nya kan? Sekali sekala nak perfeeling macam ini. Kikikikikiki. Over all aku rasa hi tea ni cukup santai dan Shahir sangat pandai melayan peminat. Jijah yang minat biasa-biasa pun terus jadi minat luar biasa tau? keh keh keh. Kemain sangat ayat Jijah ni tau! :p

Terima kasih Kelab Peminat Shahir untuk event ini , layanan yang sempoi dan goodies beg yang comel ! InsyaAllah next year akan join lagi ! Paling penting akan terus menyokong Shahir uols! Itu yang penting! Itu yang penting! Wah! Gituew kau Jah! Ekekekekek :p


Comel goodies beg ini ! :)

Akhirnya selesai sudah entry ini. InsyaAllah next time Jijah akan cuba untuk review album terbaru Shahir. Jijah dah dengar kesemua lagu-lagu dalam album tersebut dan tidak dapat dinafikan kesemua lagu-lagu dalam itu sangat sedap meskipun kuantiti lagu dalam album itu tidak banyak seperti yang diharapkan gituh. But it's okay atleast ada lagu-lagu yang berkualiti dan sedap gitu! :) So uols , ada yang masih meminati Shahir AF8? Kalau yang tak pernah dengar suara Shahir , pergi aje youtube! Mesti korang pun akan mengiya-iyakan statement aku yang suara Shahir merdu! :D

Last but not least. 


sebahagian daripada peminat Shahir! :)


Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Thursday, June 21, 2012

[Review Movie] Gambar-Gambar Di Sekitar Malam Gala Filem Aku Kau & Dia. Jangan Lupa Untuk Menonton Pada 28 Jun Nanti !

Minggu lepas aku telah berkesempatan untuk menghadiri Malam Gala Filem Aku Kau & Dia yang telah berlangsung di Cathay Cineplax e@curves. Aku memang tidak melepaskan peluang untuk menonton filem Aku Kau & Dia setelah mendapat jemputan untuk menyaksikan preview filem ini. Memang sudah lama juga aku menantikan filem ini memandangkan sudah acap kali juga aku menonton trailer filem ini di Youtube sebenarnya. Gigih sangat kan? HEHE. 






Filem Aku Kau & Dia ini merupakan terbitan Tayangan Unggul dan telah diarahkan oleh Pierre Andre. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Remy Ishak , Zarina Jamalullail , Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Oleh kerana sebelum ini aku sering melihat trailer filem ini , maka keinginan untuk menonton filem ini memang berganda-ganda. Mungkin juga aku teringin untuk melihat kemunculan Remy Ishak di layar perak. Mungkin juga aku tertarik kerana aku ingin mengetahui jalan cerita ini bagaimana. Banyak mungkin yang menyebabkan aku sangat excited untuk menonton filem ini. 


Sebelum aku memberi pendapat aku tentang filem ini , aku rasa lebih baik aku menepek sinopsis filem ini untuk memberi korang gambar tentang filem ini. Aku tidak mahu memberi sebarang spoiler tentang filem ini tetapi cukup sekadar sedikit pendapat aku yang tidak seberapa ini.

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu.  Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut.  Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. 

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan.  Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakah Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan? 




sejujurnya Jijah gigit jari melihat abam Wemy pakai baju warna putih ini.
kachak! @_@

*panggggggg

Komen Jijah :

Bagi Jijah filem Aku Kau & Dia ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan tersendiri. Ada banyak persoalan yang akan korang turut sama tertanya-tanya tatkala menonton filem ini. Bak kata Harun Salim Bachik semasa di Malam Gala tersebut , dia turut bermain dengan imaginasi tatkala melakonkan filem ini begitu juga tatkala korang menonton nanti sebab akan ada banyak benda yang bermain di fikiran korang. Eceh. Boleh dikatakan untuk jalan cerita filem ini tidak mengecewakan aku sepanjang menonton. Cuma mungkin jalan cerita ini dipermulaan agak lambat sedikit , sedikit aje , jangan bimbang , namun itu tidak membantutkan perasaan aku untuk menonton dan mengetahui kisah seterusnya. Mungkin itu hanya perasaan aku sahaja dan korang perlu menonton sendiri untuk mengetahui bagaimana jalan cerita filem ini yang sebenarnya!

Jijah sebenarnya suka melihat karakter Remy Ishak yang sedikit berlainan dalam filem ini. Tidak seperti kebiasaan yang kita lihat dalam layar perak mahupun dalam kaca tv. Watak Remy Ishak sebagai Izlan banyak memberi warna dalam filem ini. Sedikit sebanyak tidak lah korang akan terasa sendu sepanjang cerita ini sebalik akan tertawa dan tersenyum selain berduka melihat Mia yang sedih kerana cinta. Sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan , watak Zarina Jamalullail tidak begitu mengecewakan. Mungkin masih banyak lagi yang perlu diasah namun a good try! Iyelah watak yang dilakonkan pun sebenarnya agak berat kerana asyik bermain dengan emosi. Lakonan Pekin meskipun hanya seketika sahaja namun tidak pernah mengecewakan bagi yang menontonnya. Percayalah cakap Jijah. Errr tapi kalau korang rasa lain , mohon jangan kejar Jijah okes? :p

Apakah yang akan terjadi di pengakhiran filem ini nanti? Adakah Mia bakal bersatu dengan Izlan? Atau sebaliknya? Jadi jangan lupa untuk menonton filem Aku Kau & Dia pada 28 Jun nanti okes? Oh sebelum terlupa , Jijah kasi 3 bintang dari 5 bintang untuk filem Aku Kau & Dia ini. 

HEHE , Jijah sebenarnya bukan pandai sangat untuk memberi pendapat tentang sesebuah filem. Cuma sekadar memberi pendapat apa yang Jijah nampak dan rasa sahaja. Mungkin pandangan kita lain-lain dan mungkin korang suka dan mungkin juga korang tidak suka. Itu terpulang.  Tapi dalam tidak tahu mengomen dan memberi pendapat pun masih panjang berjela Jijah kasi komen kan?! Begitulah kan. Mungkin juga agak terlambat Jijah meng-update pasal ini tapi tidak mengapalah masih belum basi lagi khen? Hehehe. Asyik bercherita tentang pendapat sahaja , mari lah pulak tengok gambar-gambar di sekitar Malam Gala Filem Aku Kau & Dia ini pula. Agak sadis bila abe Remy Ishak tidak datang pada malam tersebut dek kerana demam panas. Tapi tak mengapa lah sebelum itu dah berjumpa kan? So di maafkan ! Eh? :p










Malam Gala Filem Aku Kau & Dia meriah dengan diserikan Dina Nadzir sebagai hos pada malam itu dan juga Shila Amzah penyanyi OST-OST Aku Kau & Dia. Waduh , makin beremosi apabila mendengar lagu Deja Vu dan juga Aku Kau & Dia! HEHE , tehtap nak feeling emo-temo dimana-mana kan Jijah? Ngeee. Apa-apa pun terima kasih Tayangan Unggul untuk goodie beg dan peluang untuk menonton filem ini pada Malam Gala tersebut. Best uols goodie beg nya! Dapat jersey Aku Kau & Dia lagi! Tak semua orang hader hokkay! Mek terasa melerts gitu tetibe! Tetibe je kan nak melerts bagai! Hahahah. Nanti mek tayang dekat uols jersey melerts ituew! Katanyaaaaa...

Jadi hanya ini sahaja pendapat dan perkongsian gambar-gambar pada Malam Gala Filem Aku Kau & Dia tempoh hari. Maaf andai ada yang tidak setuju dengan komen Jijah. Semua ini hanya lah komen dan pendapat peribadi Jijah. Apa-apa pun korang jangan lupa untuk menonton filem Aku Kau & Dia pada 28 Jun nanti okay? Pastinya ia sebuah filem yang romantis dan sangat sesuai untuk korang menonton bersama dengan orang yang korang sayang. Bak kata Pekin dalam trailer filem yang ada di bawah ini .. "Belajarlah menghargai apa yang di depan kita sebelum terlambat".. 




trailer Aku Kau & Dia
Jangan Lupa Menonton 28 Jun nanti !


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!