Home

Tuesday, February 19, 2013

Tayangan Media Kerat 14 Bersama Aaron Aziz & Siti Saleha

Beberapa minggu yang sudah , Jijah berkesempatan untuk menghadiri tayangan media Kerat 14 yang telah diadakan di GSC , 1 Utama. Kebetulan Jijah lapang dari sebarang aktiviti lain , maka Jijah pun turut menyertai menonton bersama media dan juga pelakon-pelakon utama Kerat 14 iaitu Aaron Aziz dan Siti Saleha. Agak teruja juga untuk mengetahui jalan cerita filem ini setelah menonton trailer Kerat 14 di YouTube sebelum daripada preview tersebut.




Kerat 14 merupakan filem arahan Arjin Uppal ini dilakonkan oleh gandingan serasi Aaron Aziz dan Siti Saleha serta ramai lagi pelakon lain. Filem Kerat 14 sudah pun ditayangkan diseluruh pawagam bermula 14 Februari yang lepas. Okay mungkin masih ada yang belum menonton lagi boleh membaca sinopsis filem ini.


Kerat 14 merupkan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq dan Nuzara. Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara kekasihnya. Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nuzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman. Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara.

Hah? Agak ngeri baca sinopsisnya bukan? Tapi kalau nak tahu keseluruhan filem ini , apa kata korang pergi menonton sendiri filem ini. Gituh katanya. Jijah hendak berkongsi sedikit gambar yang sempat Jijah rakamkan pada tayangan bersama media lepas. Turut memeriahkan tayangan bersama media yang lepas ialah kelab peminat Aaron Aziz (Aaronators) & juga kelab peminat Siti Saleha. Nak bercherita banyak, Jijah pun terasa macam lost pulak tiba-tiba. Jadi apa kata kita tengok saja gambar-gambar yang Jijah tepek di bawah ini jom? ;)




Jijah & Kinah


Jijah & Kak Dayah



Aaronators :)

dan..

itu dia...

Aaron Aziz pun tiba ... 

katanya ...!





Lagi menarik tayangan media Kerat 14 ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah lagi yuolz! Nasib Jijah tak berapa nak bertuah bila kerusi disebelah Jijah yang dapat cabutan dari Aaron Aziz & Siti Saleha sendiri. Mungkin aura Diva Pora tak menyerap secara penuh kot pada hari tersebut, itu sebab tak bertuah. Tetibe kan? Khurafat sangat si Jijah ni khen?! Hahahaha...

Gambar sebenarnya ada banyak lagi. Jijah kalau snap gambar mana pernah reti snap sikit kan? Cuma entah apa pasal, asyik kurang menjadi saja gambar yang Jijah snap katanya. Agak sentap sendiri jugak kan? Hahaha, tetibe nak sentap sendiri pulak kan? Ekekeke.. Asyik gambar Aaron Aziz saja kan? Nanti orang jemu pula katanya. Jom tengok gambar Siti Saleha pula. Ini pertama kali Jijah jumpa katanya. Memang cantik Siti Saleha dekat luar ni. Friendly pun iyer jugak khenn. Gittuew.






Memang cantik kan? HEHE. Jijah rasa entri hari ini bakal dipenuhi dengan gambar-gambar sahaja kan? Haruslah kan? Rasa macam dah lama jugak tak ada entri yang penuh dengan gambar-gambar Aaron Aziz eh? artis-artis kan? Ngee. Nak update entri basi macam tak termampu pula nak update kan? Aduhai Jijah ini pun. Apa yang susah sangat pun tak tahu. Mungkin susah part nak edit letak watermark dekat gambar kot? HEHE. 

Nak cherita macam-macam, Jijah pun ala-ala lupa ingatan kejap kan? Hampeh sungguh Jijah kan?! Heh. Kalau macam itu , kita tengok gambar lagi nak? Hiks.


Syafiq , Kak Aini & Kak Dayah.




Pelakon Kerat 14 bersama Pengarah Kerat 14.



Para Pelakon Kerat 14






Bercampur aduk watermark tu kan? Sekejap pesen itu, sekejap pesen ini. Jijah pun pening lalat tengok watermark sendiri katanya. Eh itu baru sikit gambar. Ada lagi gambar katanya. Memang sengaja nak balas dendam sangat kan penuh satu entri dengan gambar sahaja katanya kan? Hiks. Sekali sekala apa salah nya kan? Walaupun... hahahaha.. 


Diyana Halik & Jijah



Aaronators with Aaron Aziz

*pengsan tengok bang Tapa posing macam tu* 



Siti Saleha & Jijah



Fuh. Akhirnya selesai juga tepek menepek gambar-gambar yang sempat Jijah snap tempoh hari katanya. Lagipun nak bercherita macam-macam tetibe hilang ingatan kejap. Maka lagi molek kalau entri ini dipenuhi dengan gambar-gambar semata-mata kan? Cuci mata katanya! Hahaha , suka hati kau je Jah! :p

Sebelum Jijah semakin merapu tak tentu hala lagi baik Jijah noktahkan penulisan Jijah disini katanya. Hiks. Karang juling mata orang nak baca sambil tengok gambar kan? Eceh, macam ramai saja orang nak baca entri basi Jijah ini kan? HEHE. Apa-apa pun terima kasih pihak Kerat 14 yang sudi menjemput Jijah tempoh hari untuk tayangan media Kerat 14! :)

Oh oh oh last but not least. Haruslah ada sekeping dua gambar Jijah bersama abe Tapa kan? kan? kan? *pangggggg*


Diva Pora bersama retis kesayangan katanya?

macam-macam ekspressi muka ada. -_-'

Korang dah tengok Kerat 14? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

kak ina kl said...

alahai sajer nak bagi akak meleleh air mata ek tgk gambar kamu sama hero idaman malaya ..