Home

Friday, February 22, 2013

Tiada Tajuk

Memang tiada tajuk yang sesuai untuk entri kali ini. Jijah sekadar mahu mengetuk kibod tanpa menulis apa-apa kaitan tentang aktiviti riang ria Jijah mahupun aktiviti lagho tanpa sudah Jijah itu. Sekali sekala hendak juga mengetuk kibod tentang perkara rawak. Biasalah , bila fikiran tengah berserabut dan jiwa kacau , macam-macam benda yang nak dilakukan untuk menghilangkan segala rasa yang entah apa-apa ini. 

Sekali sekala nak juga menulis dengan bahasa yang paling skema. Walaupun hakikat sebenarnya pasti tidak akan mampu untuk berbuat demikian. HEH. Entri ini memang tiada arah tuju. Sekadar untuk menulis dan melepaskan segala rasa yang sibuk bertandang tak diundang dalam kehidupan ini. Amboi Jijah , gawangnya ayat? HEHE. Terasa macam sudah terlalu lama tidak membuat entri luahan perasaan dalam belog sendiri. Entah. Terasa macam makin tak sesuai untuk meluah apa yang diri sendiri rasa. Maka terus ku pendam sebuah duka katanya. Dramatik habis kan?

Mesti ramai yang bosan baca entri ini. Sebab entri ini memang bosan pun. Tak ada benda nak cherita apa pun. Sekadar menulis tanpa arah tuju. Jiwa pun turut sama kosong tatkala menulis. Tapi dalam masa jiwa dan fikiran agak berserabut memikirkan macam-macam. Kehidupan mana yang tak ada rasa sesak dengan macam-macam dugaan dan cabaran bukan? Kadangkala semua itu yang menguatkan diri kita sendiri tanpa kita sedar bukan? Betul lah tu. Cuma keadaan sekarang memang melemahkan segala urat sendi dan juga emosi. Eh tiba-tiba urat sendi kan? HAHAHA. Over sangat Jijah!

Entri ini memang dah menjadi merapu pula kan? Saja nak released kan tension dengan cara begini. Nak hiburkan hati dengan cara lain macam tidak mampu. Buat apa sahaja dengan cara lain asalkan mampu menenangkan jiwa yang berserabut katanya. Kan? Jadi , hujung minggu tiba lagi. Apa plan korang semua? Jijah pun tak tahu macam mana weekend Jijah nanti. Sendu atau sebaliknya kan? HOHO , macam sendu pulak entri ini tanpa sekeping gambar kan? Sebelum berundur, nah ambil sekeping gambar. Teaser untuk entri akan datang barangkali.


muka jiwa kacau sangat kan?

bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: