Home

Friday, June 21, 2013

21 Jun.

21 Jun.

Kembali mengetuk kibod setelah beberapa minggu tidak ada langsung sebarang update. Akhirnya dapat juga mencuri masa untuk menulis. Setiap hari berazam kononnya nak update belog. Tapi hanya tinggal angan-angan saja. Sadis juga kadang-kadang bila masa tak mengizinkan langsung untuk menulis entri baru untuk belog ini. Terlalu sibuk mencari sesuap spagheti. Alhamdulillah , bisnes kecil-kecilan iaitu Popia Roll Mini memang disambut baik oleh mereka yang pernah mencuba. Rasa bersyukur dan terharu sekali harung.

Bila belajar berniaga kecil-kecilan begini , bukan setakat belajar berniaga. Tapi belajar mengenali ragam manusia. Ada macam-macam peel sampai rasa nak keketuk hati sendiri supaya jadi beku. Supaya bersabar banyak-banyak. Iyelah , customer is always right. Tapi kalau asyik macam-macam peel tapi belinya tidak , ada juga rasa nak juling mata ke atas sambil catwalk depan theyols ni. Tapi macam biadap pula. HAHAHA , tengok tu sempat berangan kan? 

Tak apalah , peel manusia ni kadangkala yang membuat aku belajar untuk tak menjadi seperti mereka. Ada macam-macam ragam. Ini baru perniagaan kecil-kecilan. Kalau mereka yang jual barangan nilai yang beratus beribu ringgit itu macam mana pula ya? Pergh, baru sekarang otak berkembang nak berfikir khennn? HEHE. Begitulah ringkasan tentang kehidupan baru ini kekdahnya. Seronok. Tapi kadang-kadang bila banyak sangat kena fikir itu dan ini , boleh tahan migraine juga. Tapi insyaAllah semoga Allah permudahkan segala-galanya.

Apa yang menarik tentang Jun? Entah. Nak kata banyak aktiviti berjimba dan lagho , tak juga. Lagipun dalam misi untuk berniaga secara serius dalam Popia Roll Mini ni, rasa macam nak kurangkan sikit aktiviti berjimba dan lagho ni. Rasa nak serius dalam satu bidang saja. Lama-lama bidang blogging ini pun ditinggalkan jugak kot? Hehe , I don't know how it feels kalau betul-betul dunia blogging tempat meluah perasaan , meluah kegembiraan , kesedihan , kemarahan ditinggalkan tu ek? Hmm , we'll see how. Eceh. Tapi esok lusa update juga kan? HAHAHA.

Kalau ada yang kekonon teringin nak tengok dan baca entri basi , akan cuba sedaya upaya untuk update soon. InsyaAllah. Tak janji. Tapi akan cuba sedaya upaya. Tengok gaya macam payah tapi kalau ada masa pasti cuba untuk update juga. Dah lama sungguh aku peram setiap entri dengan gambar tu kannnnn? Gituh! 

Ada unsur-unsur nak tulis dengan lebih jiwang. Sebab? Sambil menulis sambil dengar instrumental guitar Ketika Cinta Bertasbih. Mampoooo? Nan hado khennn?! HAHAHA. Kemain liat otak ni nak terjemahkan ayat sampai terpaksa dengar instrumental bagai untuk kasi lagi jiwang. Biasalah , otak kadang-kadang berkarat juga bila jarang menulis. Ehems. Kononnyalah. HEHE.

Apa lagi yang nak tulis? Mungkin nak share satu gambar kot. Dapat dari instagram Yuyu Zulaikha. Dah repost dekat instagram sendiri. Tapi terasa nak share juga dalam belog sendiri. Sharing is caring kan? :)



Hate no one , be happy and be positive. InsyaAllah hidup akan jadi lebih tenang dan tenteram. Buat apa untuk fikir perkara yang tak perlu? Lagipun ada banyak lagi perlu kita fikir dan hadapi selain daripada membenci mereka yang sebenarnya layak untuk dibenci itu kan? Tak rugi apa pun untuk tak membenci mereka yang salah pada kita. Sebaliknya kita untung kerana sentiasa sematkan rasa kasih sayang untuk semua orang. Kannnn?

Kan dah kata, akan tulis dengan nada yang sangat jiwang. kah kah kah. Nak salahkan lagu yang dia dengar lettuew khen? Ramadhan akan menyusul tak lama saja lagi. Puasa ganti dah berganti belum uols? Jijah dalam proses mengganti lagi ni. Hehe , masa awal-awal dulu takmo ganti. Sekarang terkedek-kedek mengira nak habiskan puasa gantikan? Rasakan ko Jijah! okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

sitiezahim said...

wah dah menjadi bisnesswomen rupanya..hehehe...tahniah2..time nak raya ni mesti lagi sukses :D