Home

Friday, February 7, 2014

Hello 20!

20 tahun , 2014.

Mungkin agak lama aku menyepi dari menulis sebarang update dalam belog picisan ini. Masa dan waktu agak mencemburui diri sendiri. Langsung tidak punya masa untuk mengetuk kibod walau cuma sedetik sekalipun. Alhamdulillah , akhirnya aku punya waktu untuk mengetuk kibod. Jua untuk melafaz rasa syukur dengan umur baru. Ya , umur aku sudah menginjak setahun lagi usianya.

20 tahun. Satu angka yang aku sendiri macam tidak percaya aku sudah menggapainya. Benarkah aku sudah 20 tahun? Benarkah semua ini? Atau ini semua hanya mainan tidur? Hamboi! HAHAHA. Alhamdulillah. 11 Januari lepas , usia aku sudah genap 20 tahun. Satu angka yang sebenarnya telah banyak buat aku berfikir dan terfikir macam-macam. Masa untuk fokus kepada satu perkara yang lebih serius. Itu dalam fikiran yang pertama saat usia mencecah 20 tahun , tempoh hari. Tapi selepas itu kembali tidak serius sibuk mengejar artis khen? Eh! HAHAHA.

Aku sebenarnya hendak mendedikasikan entri ini khas untuk semua orang berada dalam sekeliling aku tidak kira yang pernah hadir , yang pernah menjengah , yang telah pergi meninggalkan mahupun yang masih terus setia bersama aku. Perasaan bersyukur tidak pernah sedetik pun terlepas dari sudut rasa. Dikekelilingi yang menerima baik dan buruk aku memang satu perasaan yang kau sendiri tidak reti untuk meluahkan sehingga kau akan rasa betapa bertuahnya kau memiliki mereka ini dalam kehidupan kau. Mungkin juga ada yang tidak boleh menerima apa yang aku lakukan dan itu diluar bidang kuasa aku. Bila usia menginjak seperti sekarang ini , aku rasa lebih penting untuk aku fikir tentang diri aku dan tentang mereka yang benar-benar berada dengan aku di tiap kali jatuh dan bangun aku di tiap masa baik dan buruk aku. Aku tidak boleh memaksa apatah lagi memujuk. Aku rasa sudah tiba masa untuk meneruskan kehidupan dengan satu perasaan yang apa yang aku rasa lebih penting daripada mementingkan apa yang mereka rasa. Kan?

Oh panjang berjela ayat-ayat ucaptama aku kan? Biasalah bila diri ini diahrung rasa terharu yang amat sangat memang aku tidak boleh berhenti untuk mengetuk kibod dengan jayanya. Heh. But deeply inside , memang aku benar-benar terharu , aku benar-benar bersyukur memiliki semua yang berada di sekeliling aku. Alhamdulillah. 

Tahun ini memang tahun yang paling diraikan. Iya , terlalu ramai orang sekeliling termasuk keluarga tersayang meraikan usia 20 tahun aku. Perasaan syukur semakin berganda. Ramai rupanya yang menyayangi aku ya? HEHE. Biasalah ada sudut lain bila kita bermonolog sendiri dalam hati kita rasa yang ramai orang tidak suka pada kita , ramai orang yang tidak senang dengan kita dan macam-macam lagi. Itu bila terbit rasa negatif dalam diri. Katanya. 

Rasa gembira. Rasa bersyukur. Rasa bahagia. Memang itu yang aku rasa semasa mereka semua meraikan hari jadi aku yang lepas. Tak pernah mengharapkan apa-apa pun. Cukuplah dengan menerima aku seadanya. Cukuplah ada bersama jatuh bangun aku. Itu sudah cukup. Tulis panjang-panjang saja mesti melilau mata membaca kan ? Haruslah Jijah selang-selikan gambar untuk entri penuh kesyukuran dan kebahagiaan ini kan? HEHE.



Kek Pertama meraikan usia 20 tahun.

Happy Birthday KitjahFoo katakau!

HAHAHAHA.

Gara-gara drama Ariana Rose , juga kerana kesawanan teruk terhadap Keith Foo terus nama manja Jijah bertukar menjadi KitJahFoo! HAHAHA , nak jugak sama dengan Keith Foo tetibe katakau. Dapat pulak rerakan yang jenis sepesen sengalnya , haruslah kek itu dinamakan KitjahFoo kan? HAHAHAH. Sebenarnya tak jangka pun rerakan tersayams , Kinah & Kak Deina nak buat sweet surprised dekat Jijah kan? Kekonon nak lunchdate sambil sambut awal birthday Jijah katanya. Sekali bila tengok kek ada nama manja baru itu , haruslah terjerit kecil sambil ketawa kan? HAHAHAHA. Hamboi hamboi suka betul kau Jijah kan? HAHAHA.


Thank You Kinah & Kak Deina !

Sayams Ketat-Ketat!


KitjahFoo! HAHAHAHA.

Macam nokhaghammm.

Wajah tak ada perasaan dengan tudung senget , begini lah hasilnya!

HAHAHAH.

Ya entri ini bakal menjadi lagi panjang. Bila dah terlalu lama tidak mengetuk kibod memang sengaja tulis panjang-panjang dengan gambar yang akan ditepek dalam kadar yang banyak-banyak jua. Kata entri penuh penghargaan kan? HAHAHA. Katakau! 


My Beloved Family!

Yang sentiasa ada jatuh dan bangun. Yang sentiasa ada tika marah sedih gembira bahagia mahupun kecewa.

Sayang ketat-ketat!


Geng Terjun Sungai!

HAHAHA , thank you so much Moller & Cess.

Hugs!!

Sebenarnya memang sangat-sangat terharu dengan mereka yang berada disekeliling aku. Semua memang tidak putus-putus membahagiakan hati. Terasa sangat dihargai sangat tahun ini. HAHAHAH. Memang tidak putus-putus mereka membuat kejutan dan menyambut hari kelahiran aku. Memang aku rasa macam sangat terkejut dan tersentuh melihat kegigihan semua. Entahlah terasa macam tak percaya ada juga yang sanggup membuat kejutan untuk aku. Aisehmen memang sangat terharu.

Paling kelakar bila aku tak boleh syak sedikit pun ada rerakan nak buat surprised untuk aku. Semua memang aci pandai berlakon. Semua memang pandai betul buat-buat macam tak tahu apa-apa. HAHAHA. Ini semua bila Geng Terbalik Meja ( amboi nama geng macam nama kumpulan kongsi gelap sangat! LOL! ) buat surprised yang betul-betul surprised yang betul-betul tak dapat hidup sikit pun oleh tuan punya badan. Itu memang betul-betul terkejut! HAHAHA. Bila di bawa oleh salah seorang rakan ke The Curve baru sedar yang ada surprised untuk diri sendiri. Bila tengok semua rerakan yang kononnya busy bak menteri dah duduk sebaris meja tersenyum memandang Jijah. Hamboi , pandai betul memasing kan? HAHAHA. Alhamdulillah. Jijah sangat terharu dengan mereka-mereka ini. HEHE.


HAHAHAHA.

Dah bagitahu kan dekat gambar atas kan? 

Tak boleh nak buat apa-apa dah. 

Semua nak tukar nama manja Jijah jadi KitjahFoo :p



Wajah-Wajah Geng Terbalik Meja yang berjaya dikumpulkan keseluruhan ahlinya!

Thank You Guys!

Sayang Ketat-Ketat!


Terima Kasih Geng Terbalik Meja & Geng Terjun Sungai!

Terima kasih untuk semua hadiah ini. Tahu tak rasa terharu? Tahu tak?

Rasa terharu yang amat dalam!

Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan lagi rezeki korang. Amin.


My Lesbo Partner , LOL!

Thank You Kinah.

Awak memang manis macam gula tahu tak? :p


Terharu.

Thank you to you know who you are. Memang tuan yang memberi ini tak nak namanya disebut. Cukup sekadar mengingati. Amboi. Ayat kemain lagi kau Jah!

HAHAHA oh dan gambar Keith Foo tetap menjadi gambar hiasan disebalik handbag itu kan?Kikikiki. *panggggggg

Panjang kan entri ini? Memang bebetul balas dendam kan? HAHAHAHA. Sebenarnya kalau ikutkan memang terlalu banyak nak letak lagi dalam entri ini. Tapi kena juga bataskan. Mahu orang montah hijau dengan Jijah kan? Kalah retis betul si Jijah ni kan? HAHAHA. Maafkan Jijah. Jijah benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan doa yang baik bersempena hari jadi Jijah tempoh hari. Tidak kira di Facebook ke , Twitter ke , Whatsapp ke mahupun Instagram , Jijah sangat-sangat terharu dan sangat-sangat bahagia dengan setiap titipan yang korang titipkan itu. Terasa macam bahagia sungguh 11 Januari yang lepas.

Juga untuk semua retis kesayangan. Terima kasih untuk ucapan dan doa. Sayang ketat-ketat semua!


Thank you my dear Kak D , my sweetie Anzalna & my dear Zara Zya!

Hugs ketat-ketat!


Thank you my dear Shila Amzah , aiismishyu! eh macam shila masuk baca kan? HAHAH.

oh well well well , Keith Foo , thank you so much! hahahha comel lah haih! eh bai.


Thank You Aaron Aziz. 

Ucapan yang nampak biasa-biasa tapi sebenarnya buat Jijah senyum terharu.

Tak boleh peluk ketat-ketat , bukan muhrim. Wakakakaka.

Tapi kan... tetap riak nak tunjuk bukti kan? 

HAHAHAHA.

Finally , finally , selesai juga satu entri yang penuh dengan gambar , yang penuh dengan ayat-ayat dramatik dan penuh dengan ucapan penuh tulus dan ikhlas untuk semua yang sentiasa tidak kira jatuh dan bangun , senyum dan tangisan yang silih berganti. Alhamdulillah untuk semua ini.

Hello 20! Tiada harapan tinggi-tinggi untuk diri sendiri bersempena umur sudah mencapai 20 ini. Cukup sekadar untuk menjadi lebih baik dan lebih fokus kepada bisnes Popia Roll Mini. Cukup sekadar itu sahaja. Not more than that because less is more. Tapi tetap nak tayang satu lagi gambar terakhir sebelum entri ini menitik-noktahkan tulisan.


To my beloved Umi , 

Terima kasih untuk segala pengorbanan , penat lelah , kasih sayang , bebelan tidak pernah henti dan untuk segala-galanya.

Ijah sayang Umi hingga hujung nyawa.

I love you Umi !

... dah nak sambung nangis baca entri panjang berjela macam ni. Lol.!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: