Home

Saturday, April 26, 2014

Bila Diva Pora Menyinggah Ke Tempat Shooting Tollgate Asmara katanya! Saksikan Tollgate Asmara Malam Ini Di TV3 , Jam 10 Malam Lakonan Keith Foo & Izara Aishah.

Kesempatan yang lalu , Jijah telah berpeluang untuk menyinggah dan menyibuk di tempat shooting Tollgate Asmara. Kalau menyinggah tetapi tidak menyibuk apa gunanya kan? HAHAH. Gurau-gurau saja. Mana ada menyibuk pun. Kalau menyibuk mahu mak hayam dan abang hayam haku campak haku dari tempat shooting tu kan? HAHAHA.



Tollagate Asmara merupakan sebuah telemovie yang diarahkan oleh pengarah tersohor , Osman Ali. Ia dilakonkan oleh pelakon yang sedang meniti naik namanya iaitu Keith Foo , Izara Aishah , Azzad Jasmin , Ainul Aishah dan ramai lagi. Kebetulan ketika itu kononnya sedang gigih mengejar Keith Foo kan , jadi haruslah kaki semakin gatal untuk menuju ke tempat shooting tersebut kan? Eh tetapi Jijah bukan pergi mengkhinzir buta saja. Haruslah sudah mendapat keizinan dan restu tuan pengarah tersebut kan? Harus jua mak hayam dan abang hayam turut merestui sama kan? Jijah masih tahu tatatertib mengunjungi tempat shooting orang hokkay! Tatatertib katakau! HAHAHA.

Rasanya tulis panjang-panjang tiada guna kan? Mesti korang semua tergeletis mahu melihat gambar sahaja kan? Jijah tahu sangat dah korang tu!





Keith Foo & Izara Aishah sedang mengambil mood masing-masing katanya.

Setiap kali berpeluang untuk ke tempat shooting , memang ia sebuah pengalaman yang cukup menarik untuk diri aku sendiri. Bukan apa , ketika itu kita boleh melihat bagaimana penat lelah seluruh tenaga kerja bersama pelakon dan pengarah untuk menjayakan sebuah cerita yang bagus. Masa itu baru kita tahu macam mana susah untuk kekalkan mood marah , mood sedih mahupun mood daripada tergelak tatkala scene memerlukan untuk tidak ketawa. Memang setiap kali berpeluang ke tempat shooting , ia sebuah perasaan yang menyeronokkan namun apabila menunggu sehingga shooting selesai perasaan penat mula hadir dalam diri. Siapa kata tak penat apabila berada di tempat shooting?

Memandangkan Jijah tidak mempunyai sinopsis telemovie ini untuk dikongsikan bersama korang. Jadi apa kata kita tengok lagi gambar jom?


Nah untuk peminat Keith Foo!

Manis ke tidokkk senyumannya? Hahahaha..






Eh bunga tu untuk sampe?

Untuk Jijah ke? Eh? *pangggggggg




Hamboi kan? Banyak juga gambar-gambar ini kan? Haruslah banyak chuols! Sebab Jijah telah berkesempatan untuk pergi ke tempat shooting ini sebanyak dua kali katanya. Kebetulan saja semua ini. Tak ada rancang mana pun. Mungkin semua ini rezeki Jijah sahaja. Kan? Lepas tu harus lah korang jua akan muak tengok gambar Jijah dengan Keith Foo sajork selepas ini kan? Ala-ala kena sediakan baldi siap-siap katakau! Eh ada sampai tahap macam itu ke? HAHAHA , melampau benar!




Kaedahnya datang tempat shooting orang datang buat perangai sekali kan? HAHAHAHA. Ini jadinya bila seharian dekat tempat shooting. Terus jadi macam-macam ragam dengan peel yang pelik-pelik kan? Orang dekat luar sibuk shooting , orang dekat dalam rumah buat perangai memacam kan? HAHAHA.

Itu yang jadi kalau Jijah dengan abang hayam seorang ini mula buat perangai kan? 








Nampak tak Keith Foo buat perangai tu? HAHAHA.

Kekonon nak ambil gambar Yana mak hayamku berlatar belakangkan Keith Foo katanya. 
Kekonon nak ambil gambar curi-curi.

Sekali? 
Keith Foo yang sibuk menyelit memuncungkan mulut kan? 

HAHAHAHAHA Dushhhh!


Lepas tu gelak sorang-sorang dekat belakang kan?

Ceh!






Hah! Suka ke tidhok? Mesti lah suka kalau korang peminat Keith Foo tu kan? Suka lah bila Jijah tepek banyak-banyak gambar kan? Siap sekali dengan gambar Jijah buat perangai kan? HAHAHAHA. Mana tahu korang rindu Jijah ke kan? Boleh lah tatap sekali gambar tu kan? HAHAHAHA *panggggg

Kaedahnya mana gambar-gambar Jijah bersama para pelakon ni khen? Banyak ke tidhok gambar Jijah dengan Keith Foo khen? Eh banyaknya persoalan!



HAHAHA buat perangai sangat!


Jijah & Izara Aishah.

Alhamdulillah , selepas beberapa tika kami bertemu kembali. It was a good feeling to meet her after a few years tak bertemu katanya.


Jijah & Ainul Aishah




Konsepnya duduk sekerusi. Korang hado? Tasbih mana tasbih!

HAHAHAH -__-'



HAHAHAHAHAHA.

Aku rasa Keith Foo pun ngeri kot setiap tika aku asyik bergambar dengan dia.

Bila aku post gambar banyak-banyak ni dalam entri ini aku pun ngeri dengan diri sendiri! HAHAHAH -___-'


Jijah & Arul , manager Keith Foo.

Nice to meet you Arul :)


Jijah & Abg Osman Ali.

Terima kasih kerana sudi benarkan Jijah untuk menyinggah ke tempat shooting Abg Man. Lain kali jemput lagi. Eh? HAHAHA.

Mesti korang ala-ala menyesal scroll entri ini sampai ke bawah kan? Iyelah Jijah sekali harung kasi gambar dengan Keith Foo macam tiada lagi hari esok kan? Eh! Haruslah! Sekali sekala menunjuk dalam belog sendiri apa salahnya khen? HAHAHAHA *pangggg 

Kalau tidak riak memang tidak sah kan? Rasa nak lelempang buaya pipi sendiri kan? HAHAHA. Tak adalah. Bukan nak riak , bukan nak menunjuk. Rezeki setiap orang berbeza. Mungkin hari-hari esok korang pula boleh jadi macam Jijah. Tayang gambar bersama artis kesayangan korang seberapa banyak yang boleh kan? Lagipun Jijah sebenarnya bukan saja-saja pun tulis entri ini. Haruslah menulis dan menayang gambar untuk tatapan korang jua kan? 

Tengok gambar , tengok gambar jua. Tapi jangan sesekali lupa malam ini korang boleh menyaksikan telemovie ini di TV3 jam 10 malam okay? Jijah dah tayang gambar begitu banyak ini untuk korang merasa lagi teruja untuk menonton malam ini hokkay. Ekslusif sangat katanya gambar-gambar ini. Memang khas untuk pembaca belog picisan Cherita Emo-Temo sajork tau! Hah ekslusif tak ekslusif tu kan? HAHAHA.

Oh mungkin ada sekeping lagi gambar khas untuk peminat Keith Foo lagi. Jijah faham sekarang memang ramai tengah meminati Keith Foo katanya. Jadi Jijah pun gigih jua snap untuk tatapan peminat Keith Foo khen? Itupun kalau ada peminat Keith Foo yang masuk menyinggah baca dalam belog Jijah khen? Ekekekeke.

Nah untuk korang lagi!


Suka ke tidhokkk?

Suka lettuew!

HAHAHA. Jijah tahu entri ini terlalu banyak gambar yang Jijah kongsikan bersama korang. Celoteh merepek pun boleh tahan banyak. Harap korang semua seronok melihat gambar-gambar ini jua tidak pengsan melihat Jijah buat perangai bersama mak hayam dan abang hayam khen? HAHAHA. Biasalah kami sekadar berseronok tatkala orang lain sedang sibuk bershooting khen? HEHE. Sebelum terlupa , sekali lagi Jijah ingin ucapkan terima kasih untuk Abang Man kerana sudi dan membenarkan Jijah hadir ke tempat shooting tempoh hari. Juga untuk mak hayamku dan abang hayamku terima kasih kerana memberi restu ala-ala restu nak ambil SPM khen? HAHAHA. Kalau tiada mereka-mereka ini , tak ada jua Jijah terpancul di Bukit Ampang tempoh hari mahupun di Kota Damansara khen? HEHE.

Jijah sangat teruja untuk menonton Tollgate Asmara malam ini di TV3 jam 10 malam okay! Haruslah teruja untuk menonton sementelah melihat bagaimana mereka bersusah payah dan bekerja keras untuk menghasilkan sebuah cerita ini dengan baik khen? Korang semua jangan lupa okay saksikan Keith Foo & Izara Aishah serta ramai lagi dalam Tollgate Asmara malam ini Jam 10 malam hanya di TV3! 

Ada yang teruja macam Jijah tak? Eh nah sekeping lagi gambar khas untuk korang yang mungkin merindui Jijah.. ahaks!


Rindu tak?

Eh bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

Ena Tarajimah Lee said...

What can I say.....Jelesssnyewwwwww.....nak gak selfie with Keith Foo...huhuhu

Ena Tarajimah Lee said...

Jelesnyewww.....nak gak selfie with keith foo