Home

Thursday, September 11, 2014

Gambar-Gambar Di Sekitar Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah.

Siapa yang tidak kenal dengan karya hebat novelis Ahadiat Akasyah , Lagenda Budak Setan bukan? Baru-baru ini , Jijah telah berkesempatan menghadiri Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah. Pastinya Jijah cukup teruja untuk menghadiri serta menonton filem ini memandangkan Jijah tidak pernah ketinggalan menonton Lagenda Budak Setan & Lagenda Budak Setan 2 : Katherina katanya. Haruslah ingin juga Jijah menonton untuk sambungan yang terakhir ini kan?


Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah merupakan sebuah filem yang diarahkan oleh Sharad Sharan dan menampilkan barisan pelakon popular dan berbakat seperti Farid Kamil , Maya Karin , Bront Palarae , Ayu Raudhah , Iqram Dinzly dan ramai lagi. Melihat pada barisan pelakon pasti kita juga mengharapkan filem ini menjadi sebuah filem yang menarik bukan? Tipu lah, kalau kita tidak mengharapkan apa-apa bukan. Tambah pula bila kita melihat barisan pelakon yang bukan calang-calang jua, haruslah kita pun ada menitip harapan sedikit kan? HEHEHE.

Okay meh baca sinopsis ringkas dahulu.

Filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah diadaptasi dari novel popular nukilan Ahadiat Akasyah, siri filem ketiga dan terakhir ini mengisahkan Kasyah yang ingin memulakan hidup baru di samping Katerina. Mereka telah mengambil anak saudaranya sebagai anak angkat dan hidup berumah tangga. Namun, segala impian untuk hidup bahagia mula diduga apabila bekas suami kepada Katerina dan bekas rakan sekerja Kasyah mempunyai niat jahat terhadap mereka.

Dah baca sinopsis kan? Teruja ke tidhokkk? HAHAHA. Komen Jijah ringkas saja untuk filem ini. Filem ini memang membuat kau meremang bulu roma melihat tahap psiko yang ditonjolkan oleh Bront Palarae. Memang kau pejam celik pejam celik ketika menonton. Boleh tahan meremang bulu roma juga melihat segala scene psiko yang cuba ditonjolkan dalam filem ini. Well , Bront Palarae memang tak pernah menghampakan dalam setiap lakonan beliau. Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain. Tapi korang kena tengok sendiri filem ini. Jijah kasi 3 bintang untuk filem ini!

Maklumlah , selera orang lain-lain. Karang Jijah cakap tak best , korang cakap best. Bila Jijah cakap best , korang pulak cakap tak best. Jadi lagi elok untuk korang menonton sendiri dan nilai sendiri okay? Lagipun Jijah bukan orang yang pakar pun untuk mengomen dalam hal-hal sebegini. Cuma kalau tanya jujur tentang filem ini memang Jijah akan cakap psiko habis masing-masing dalam filem ini. Kalau korang jenis suka filem berbentuk begini , memang layak pergi ke panggung dan kasi sokongan filem Malaysia okay? Oh ya tak dilupakan scene honeymoon Maya Karin & Farid Kamil juga menarik. HAHAHAHAHA. Okay jangan fikir lain. Pemandangan ketika honeymoon tu memang cantik lah! :p

Dah..dah.. Jijah tahu , korang ni bukan membaca sangat pun kan? Jom kita tengok gambar-gambar di sekitar Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah ok? ;)





Para Pelakon Utama ; Bront Palarae , Maya Karin , Farid Kamil bersama Pengarah LBS3 , Sharad Sharan bersama Penerbit LBS3 , Renu Sharan. Turut hadir memberi sokongan isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle.

eh skemanya ayat Jijah kan? hahahaha..

Jijah boleh katakan Jijah sangat suka dengan suasana Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah tempoh hari. Sangat santai dan para pelakon juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama penonton yang hadir. Sudah agak lama tidak menghadiri malam gala yang sesantai seperti tempoh hari. Haruslah Jijah seronok kan? Tak adalah rasa kekok segala bagai kan? Malam semakin galak untuk mengambil gambar bersama mereka dan juga berborak sekali.

Jom tengok gambar lagi!


Jijah bersama dengan Ahadiat Akasyah.


Jijah bersama dengan Zakuan Adha. Tak sempat pula nak bergambar dengan Ayu Raudhah.


Jijah bersama dengan Gayatri Pillai.

Such a sweet and nice person! 


Eh comel lah gambar ni!

Sukewww :p


Mak hayam dan anak-anak hayam! 

HAHAHAHA *jangan charut aku mak hayammm..


Jijah bersama dengan Kasyah ; Farid Kamil.



Sweet and sporting Diana Danille with Mak Hayam and anak-anak hayam's. HAHAHA.


Auwchhh.. beautiful Maya Karin!


Jijah bersama dengan Bront Palarae.


Jijah bersama dengan Lalang FC.

Hidup Lalang FC!

HAHAHAHA.


Jijah & Diana Danielle yang super duper sweet!

Dah puas tengok gambar ke belum? Gila kau tak puas kan? Haruslah puas kau! Sekali bergambar sampai penuh satu entri kan? HAHAHA. Gittuew lah Jijah kan? Sekali sekala dia update belog memang bebetul penuh satu entri kan? Memang ala-ala balas dendam gittuew! HAHAHA.

So , korang pun jangan lupa menonton Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah bermula hari ini jika Jijah tidak silap. Jom kasi sokongan untuk filem tempatan dan sekaligus korang pun turut membantu industri perfileman negara katanya. Tak rugi pun kalau korang menyokong. Nanti haruslah para-para penulis skrip mahupun pengarah akan berjuang lebih tinggi lagi untuk menghasilkan filem yang lebih bagus dan skrip yang lebih berkualiti. Tak begitu bukan? Kalau bukan kita yang membantu menjadi tunjang belakang , siapa lagi kan?

Amboi bunga-bunga bahasa kan? HAHAHAHA. Oh ya , last but not least a special shout out for my lovely mak hayam sayams! Thank you for the tickets and the oppurtinity! Jijah sayams kefit kefit mak hayam! Hahahahaha, oh pujian dan sayams serta kefit-kefit ini tidak bermaksud lelain ye mak hayam yang menjadi silent reader itu. Ikhlas dari lubokkk hati katakauuu! HAHAHAHAHA.


Serius.. gambar ini memang sangat shantek!

Jijah & My One And Only Mak Hayam (so far hahahahahahahaah)!

Thank you Abang Hafiz from feverpictures for the picture!

Sumpahhhh shanteeeek :D

Ok dah bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :) 

3 comments:

Dhea Ahmad said...

suka akak bace novel lagenda budak setan nih...

btw... maya berlakon mmg best..

sitiezahim said...

Salam jijah.. Amboi rajin plak menulis skarang ye.. Bagus2 heheh..

ctsueraya said...

jijah..ahkak jemah kenal tau mak ayam yang last tuh haha