Home

Wednesday, October 1, 2014

Jom Tonton Dollah Superstar Bermula 2 Oktober Ini Lakonan Awie , Sharnaaz Ahmad & Neelofa!

Mesti ada diantara korang merupakan peminat setia Awie , Sharnaaz Ahmad atau Neelofa bukan? Tipulah jika tak ada langsung kan! Mesti ada punya! Sekiranya korang merupakan peminat setia dan setiasa menyokong kerjaya mereka , korang jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Dollah Superstar yang akan ditayangkan bermula esok iaitu 2 Oktober 2014 di pawagam!

Suka ke tidhokkkk?


Apa kata kita baca sinopsis dulu? Mana tahu yang bukan peminat mereka pun akan terdetik hati nak pergi menonton kan? Eh kena lah tonton! Sebab ini merupakan filem arahan pengarah tersohor , Khabir Bakhtiar! 

Dollah Rimau (Awie) , seorang gangster veteran yang memendam impian untuk menjadi seorang pelakon.  Dollah mendapat peluang keemasan apabila seorang pelakon popular, Shah Dazzle (Sharnaaz Ahmad) memintanya menjadi mentor untuk sebuah filem aksi.  Namun di lokasi penggambaran, gangster yang bermula sebagai pelakon tambahan ini berjaya menenggelamkan watak bintang utama filem tersebut menggunakan kesamsengannya hingga pelbagai masalah timbul dan pembikinan filem itu menjadi huru-hara.  Penggambaran filem itu terbengkelai di tengah jalan dan Dollah telah dipersalahkan.  Dollah membuat keputusan untuk memperbaiki keadaan dengan satu-satunya cara yang dia pakar… cara gangster.
Menarik ke tidhokkkk? Konpem menarik jua ni untuk menonton di pawagam chuolsss! Hihihi. Oh ya baru-baru ini berkesempatan jua untuk datang ke media preview Dollah Superstar yang berlangsung di e@curve Damansara. Jadi sempat juga bertemu dengan para pelakon utama. Tapi kali ini gambar tidak lah serancak mana memandangkan Jijah pun tidak membawa kamera DSLR katanya.


Jijah bersama dengan Awie!


Jijah bersama dengan Sharnaaz Ahmad.


Jijah bersama dengan Zara Zya.

Zara Zya datang memberi sokongan katanya!

Sikit ajekan gambar? Alahhhhh.. kalau letak bebanyak nanti , korang juga yang potpetpotpet banyak betul gambar si Jijah ni letak kan? Penat scroll lah! Penat nak tengok lah! Eh eh ewah ewah ewah! HAHAHAHA.

Janji ada gambar kan? Kau hado? HAHAHAHA. Dah , dah , tak mahu merepek lagi. Apa yang penting jangan lupa tonton filem Dollah Superstar ini yang akan mula ditayangkan pada hari esok iaitu 2 Oktober 2014 okay? Jom support industri filem tempatan! Kalau bukan kita siapa lagi kan? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: