Home

Wednesday, December 30, 2015

MDO Dilwale Bersama SRKians Malaysia. Meriah Ke Tidhokkk?

Rasanya mesti ramai yang telah ke panggung wayang untuk menonton filem Hindustan , Dilwale bukan? Jijah pun antara salah seorang yang terawal menonton filem Hindustan tersebut. Siapa yang tidak mahu tonton kalau Shah Rukh Khan bergandingan bersama pasangan serasinya iaitu Kajol. Kan? 

Maka pada sehari selepas tayangan filem tersebut Jijah telah menonton beramai-ramai bersama dengan kelab peminat Shah Rukh Khan Malaysia atau lebih dikenali sebagai , SRKians Malaysia. Kerlast kau nama! HAHAHAHA , haruslah kerlast , FC International katanya! Kikiki. 


Jujur cakap , Jijah sebenarnya agak jarang untuk menonton filem Hindustan di panggung wayang. Mungkin kerana tidak ada teman yang sekepala tatkala filem Hindustan hit yang berada di panggung wayang. Mujurlah SRKians ada menganjurkan Movie Day Out untuk filem Dilwale ini. Tak adalah Jijah terasa kesepian keseorang khen? Kahkahkah , bukan main kesepian dia!

Komen mengenai filem ini? Aku terhibur dan teruja menonton filem ini. 2 jam setengah yang tidak membosankan aku langsung. Memang berkecamuk perasaan menonton filem Dilwale ni. Mungkin juga chemistry diantara SRK & Kajol membuatkan aku semakin teruja untuk menonton kan? Entahlah , susah nak cakap macam mana teruja dan terhiburnya aku sampai aku sanggup untuk pergi menonton berkali-kali selepas itu. Jarang sekali aku berbuat demikian. Tapi untuk Dilwale ini aku sanggup! Gituhhhh..

Mungkin lain orang lain pendapatnya. Cuma bagi aku , 2 jam setengah aku menonton tempoh hari bagaikan berlalu tanpa aku sedari. Tetengok , bateri phone aku pun dah habis. HAHAHAHA. Amboi punya syiok layan hindustan khen? Ekekekeke.

Eh punya kemain panjang si Jijah ni kasi komen walaupun ala-ala malas nak komen pada mulanya khen? Bila jari jemari start ketuk kibod , mana ada gheti nak tulis pependek khen? Ekekekeke. Sebelum nak kasi korang tengok gegambar sekitar MDO bersama SRKians , nak juga tulis disini MDO ini meriah sungguh apabila ada rerakan artis datang menyokong event pertama SRKians Malaysia ini. Kerlast khen? Antara artis yang datang menyokong serta mengikut tema Oren pada tempoh hari ialah Adi Putra , Anzalna Nasir , Rizman Khuzaimy & Zaryn Min. Ok , mohler kita tengok gegambar okes?




Kerlast ke tidhokkk doorgift MDO ini ?

Harus kerlast hokkay!


Jijah & Zaryn Min.


Jijah & Si cantik Anzalna!




Fullhouse!!












Begituuhhhhh banyak kan gambar Jijah kasi korang tatap gambar khen? Kikikiki. Biasalah, sesekali mengetuk kibod , haruslah sesekali itu satu entri penuh dengan gegambar khen? HAHAHAHA. Meh nak perkenalkan sikit admin SRKians Malaysia ini pada korang semua. 


Orang kuat & Admin SRKians Malaysia katakau , ShakinahKinah. Gittuew.


Jijah & Kak Eiza Hafiza.


Haaaa inilah antara admin SRKians Malaysia uols!

Shah Majid , Eiza Hafiza , Ridhwan & Shakinah. Tiada dalam gamabr katanya Nalinie & Eiyna. 

Ada macam dalam magazine sekolah tak , siap ada tiada dalam gambar lagi katakau! Ekekekekek

Haaaa begitu gigih dan rajin sekali Jijah tulis pepanjang dan tepek gambar bebanyak khen? Haruslah uols , sekali sekala khen? Daripada dibiarkan belog ini sendu tanpa sebarang entri terbaru , lebih baik kasi update pepanjang macam gini khen! Hihiks. Anyway , thank you SRKians Malaysia for your invitation. Sebuah event yang menarik walaupun cukup simple dan santai. Tak kisahlah , yang penting goodies meletop okeh? Kau hado konsepnya? HAHAAHAH. Good Luck and All The Best SRKians Malaysia! Kalau ada event-event lain nanti , ehems yang ada SRK ehems hahahaha , jangan lupa jemput okay? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, December 14, 2015

#NotaUntukDiriSendiri : Buat Baik.

Semalam sambil menanti masa untuk tidur , Jijah seperti biasa bila tak boleh tidur terus ambil telefon bimbit dan buka apa sahaja yang boleh dibuka ; Whatsapp , Instagram , Facebook dan Twitter katanya. Selepas itu , terjumpa pula satu gambar yang mempunyai satu ayat yang cukup membuatkan Jijah hensofff seketika.

Amboi , hensof terus!



Sebenarnya , seringkali Jijah berasa down dan tidak bersemangat bila terjadi macam-macam yang menimpa dalam kehidupan. Boleh dikatakan , tak ada semangat betul. Rasa macam , kenapalah hidup aku tak seindah seperti orang lain? Kenapalah itu dan kenapalah ini. Hingga boleh hilang rasa syukur dek kerana merungut dengan kehidupan sendiri. Faham kan , akan ada satu point dalam kehidupan kita yang kita akan mempersoalkan tentang kehidupan kita sendiri , kan?

Jangan kata tak pernah langsung , sebab itu menipu! Ewah statement kau Jijah! Kikiki. Tapi kalau betul korang tak pernah langsung merasai seperti itu , wow you guys are amazing! AMAZING! Begituuuuu.

Aku bersetuju dengan kenyataan di dalam gambar itu.

Fikir yang baik-baik.
Cakap yang baik-baik.

InsyaAllah yang baik-baik datang pada kita.

Ayat yang cukup mudah. Ayat yang kita seringkali dengar , sebenarnya. Ayat yang selalu mak ayah kita sendiri pun pesan pada kita. Tapi kita seringkali juga lalai dan buat tidak endah dengan pesanan mak ayah kita sendiri. Aku akui , bila kita sentiasa fikir yang baik-baik beserta cakap yang baik-baik mungkin tidaklah akan ada duit seguni jatuh dari langit , akan ada sebijik rumah ada orang hadiahkan. Tidak , sama sekali. Tapi ada banyak lagi perkara yang baik akan menyusuli kita. Tak begitu?

Mungkin ketika itu kita tertinggal wallet / purse kita , tiba-tiba ada kawan yang sudi nak belanja kita makan. Mungkin ketika itu kita punya kereta kehabisan minyak dan terberhenti di tengah jalan raya ada orang lain yang akan membantu tanpa sempat kita meminta bantuan. Mungkin dan banyak lagi kemungkinan yang kita rasa itu hanya "luck" semata-mata namun sebenarnya itulah orang kata kita buat baik , esok lusa akan ada orang buat baik dekat kita. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang konsepnya.

Entahlah , semenjak kehidupan menginjak usia 20an ini , aku rasa aku kena lebih banyak positif dari setiap sudut. Kalau aku asyik memikirkan nasib hidup sendiri yang tak ada kelebihan seperti orang lain , mungkin aku tidak berada di tahap yang aku ada sekarang. Tak begitu? Hehehe.

Jadi , marilah kita tanamkan sifat untuk fikir yang baik-baik dan cakap yang baik-baik bermula sekarang. Tak perlu tunggu 2016 , tapi kita mulakan sekarang juga. Supaya yang baik-baik juga akan datang pada kita. InsyaAllah. 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, November 30, 2015

Nak Tuan Anas Mikael Ke Nak Aaron Aziz?

Amboi! Tajuk entri ini bukan main lagi khen? Ada rasa nak cecubit manja pipi Jijah yang takde beza macam kuih pau ni tak? Kehkehkeh. Eh cecubit manja bukan sesedap percuma je. Sekali cubit termasuk GST RM 5.30 tau! Kahkahkah , merepek lah kau Jijah!

Sebenarnya Jijah ada satu entri basi yang nak diketuk-kibod-kan dan update di dalam belog picisan ini. Namun seperti alasan sebelum ini , masa cukup mencemburui Jijah. Kadang-kadang waktu untuk tidur pun tinggal sipi-sipi sahaja. Apatah lagi hendak membuka laptop dan mengetuk kibod khen? Begituuuulah sokmo alasannya. Ekekekeke.

Jadinya , macam biasa. Jijah kasi teaser dulu. Antara nak update mengenai Meet & Greet Tuan Anas Mikael bersama peminat atau nak Jijah update mengenai Aaronators FC 4th Anniversary yang baru aje berlangsung Sabtu lepas? Haaaa pilih cepat! Ekekekeke , bukan main lagi suruh pilih memilih khen? Dah macam pilih kain ghupenya :p




Tuan Anas Mikael atau Aaron Aziz?

Ewah!

Bukan main lagi si Jijah ni kasi pilihan khen? Biasalah Jijah kan? Suka aci acah-acah main teka teki begitu. InsyaAllah dalam minggu ini juga salah satu entri itu akan Jijah usahakan untuk ditulis sepantas yang mungkin. Lagipun nak share kemeriahan yang luar biasa Jijah lihat pada Meet & Greet Tuan Anas Mikael serta di Anniversary Aaronators FC. Semua ini wajib diketuk-kibodkan supaya akan tersimpan rapi bukan sahaja dalam memori tetapi dalam belog picisan ini juga. Dah lupa ke? Ini kan belog Aaron Aziz jugak *emotikon nangis ketawa* HAHAHAAHAHAH.

Jadi , sampai sini dulu lah ya? Nanti Jijah ketuk kibod lagi. Semoga kerajinan seiring dengan masa yang mencukupi untuk diketuk-kibod nanti. Almaklumlah , Jijah ni khen kena ada mood yang seiring baru lah entri nampak vogeh da vazz khen? Ekekekeke. Okbai!


Terima kasih sudi baca entri ini :) 

Friday, November 27, 2015

Gambar-Gambar Di Sekitar Kejutan Harijadi Siti Nordiana.

Kalau entri sebelum ini , Jijah ada memberi sedikit teaser untuk Kejutan Harijadi Siti Nordiana kan? Kali ini setelah mencuri sedikit masa tidur berdengkur ehhh dapat lah juga Jijah mengetuk kibod khen? Hihiks.

Nak dijadikan cherita , semenjak menonton Gegar Vaganza , Jijah memang tertarik dengan suara dan personaliti Siti Nordiana. Entahlah , dia semacam ada aura yang kau akan statik tengok persembahan dia berulang kali macam kena pukau. Hambik bahasa Jijah khen? Pukau terussss!

Jadinya minggu lepas , rakan Jijah , Kaka Lynn mengajak untuk ke Konsert Gegar Vaganza sekali harung pergi ke Kejutan Harijadi Siti Nordiana yang dianjurkan oleh fanclub Nana sendiri iaitu Siti Nordiana FC. Kerlast kau Nana! Hahahahaha..

Tulis pepanjang pun bakal membuat korang menguap beratus kali khen? Jadinya meh kita tengok gambar. Maaflah , gambar tak ikut susunan mana pun. Biasalah mengetuk kibod sesambil kalut khen? Hihiks.

Ooopssss , sebelum terlupa. Kejutan harijadi untuk Siti Nordiana ni telah dibuat di Hayaki Cafe , Shah Alam. Aduhaiiii , teringat kembali keenakkan Nasi Kukus Ayam Dara yang enak itu! Eh? HAHAHAHA. Okay jom tengok gambar :p



Emcee of the day!

Kerlasttt Kaka Lynn!


Simple but Nice.

Lepas ni mungkin boleh mintak sponsor yang lagi havoc khen ? :p

Ewah!



Kek Microfon!

Comel kan?


KEK INI SEDAP!

SERIOUS!

RED VELVET TAPI ADA COKLAT!

MAIGODDDD SEDAPPP KAU! Hahahahahaha

Bayangkan kejutan harijadi ini diadakan selepas habis tayangan Gegar Vaganza. Boleh bayangkan tak pukul berapa? Tapi nak tunggu Nana habis press conference dan datang ke Hayaki Cafe tu bukan main cincai dalam 10 minit 20 minit uolsss! Dalam pukul 12.45-1 pagi baru Nana sampai ke situ. Iyelah , dah namanya surprised kan? Kena lah pandai-pandai aturkan khen? Mana boleh habis Gegar Vaganza pukul 11.30 lepas seminit pergi buat kejutan khen? Ingat ini kejutan AF ke hapeee? HAHAHAHA.

Makanya , setelah beberapa tika menanti Nana untuk dikejutkan...


SURPRISEEEEEEEEE!!!!

HAHAHAH terusss bergegar gambar haku kau!

Ini lah effect Oppo R7 Lite katakau!


Gegar begini adalah seni untuk gambar okay?

HAHAHAH tak nak kalah!


Haaa ini bukan nak ajak berdangdut walaupun tema minggu ini dangdut rock khen?

Tapi masa ni Nana tengah alih posisi nak tepuk tangan!

Ekekekeke , kena explain nanti orang assume memacam kang!

choyyyyyy

Alhamdulillah , kejutan untuk Nana berjaya konsepnya walaupun ada huru hara sana sini sikit tapi pejam mata ajelah. Biasalah tu , masing-masing baru pertama kali khen? Mana ada orang terus perfect takde compang comping sana sini khen? Apa yang penting learn the lesson gituhhh. Bukan lepas tu buat lagi dan terus tak endahkan khen?

Begitulah tehtiber kau kasi nasehat kekonon bajet bagus lettuew? HAHAHAHA. Okay meh sambung tengok gambar sebelum haku kena baling tepung kang! HAHAHAHA.








COMEL KE TIDHOKKK NANA NI OI?!

Puas ke tidhokkk tengok gambar? Kihkih. Apaaaaaa? Tak puas? Uishhhhhh. Nah hamiklah lagi tengok gambar ittuew :p




Macam biasa , haku yang over! Nana duk lah sopan santun ayu begitu khen?!

HAHAHAHAH.


Kak Azza Elite yang super duper sweet :D


Kemahen Erry Putra pojaan hati Kaka Lynn memuncungkan mulut khen? 

HAHAHAHA mati kena tikam nanti keekekke



#PadihumaFC buat perangai walaupun muka masing-masing nampak lesu!

DAH PUKUL 2 PAGI OI MASA NI!

HAHAHA.


Kaka Lynn & Jijah bersama orang kuat Siti Nordiana FC ; Zuhdi :D





Orang-orang disebalik Siti Nordiana FC!

Panjang berjela ke tidhokkk entri ini? HAHAHA dah nama pun entri bergambar khen? Mestilah kena kasi tulis pepanjang dan cecantik khen? Iyer tahu Jijah memang cantik. kahkah perasan lah kau Jijah!

Anyway , Jijah berasa seronok pada tempoh hari. Cukup santai bersama Nana tapi semua orang pun happy! Orang kata , untuk sesebuah majlis artis bersama peminat bukanlah perlu sesuatu yang mewah dan gah. Tapi kadangkala cukuplah ianya ada privasi , santai dan menggembirakan setiap orang yang hadir. Congrats Siti Nordiana FC!

Untuk Nana , Happy Belated Birthday! Semoga Allah panjangkan umur , murahkan rezeki , diberikan kesihatan yang baik dan semoga terus berjaya dalam apa jua yang awak lakukan serta diberikan kebahagiaan untuk diri awak bersama anak awak Nana. Amin , insyaAllah. Jadi mana ynag meminati Nana tu , seronok ke tidhokkk baca entri ini? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)