Home

Monday, January 5, 2015

Filem Arahan Pertama Aaron Aziz ; Romeo Kota Bermula 8 Januari 2015!

Sebut sahaja nama Aaron Aziz , pasti ramai yang mengenali beliau tidak kira lapisan usia sekalipun. Selain daripada sibuk menguruskan cafe miliknya Kidz & Creme di Setia Alam , Aaron Aziz turut melakarkan sejarah yang tersendiri kerana filem pertama arahannya bakal muncul di pawagam pada 8 Januari 2015 ini. Pasti ramai Aaronators ( kelab peminat Aaron Aziz ) yang tidak sabar melihat hasil pertama filem arahan Aaron Aziz ini kan?




Romeo Kota yang turut dilakonkan sendiri oleh Aaron Aziz bergandingan bersama Nabil Ahmad , Hanis Zalikha , Fizo Omar , Sofi Jikan dan ramai lagi. Pada asalnya Romeo Kota ini diarahkan oleh Ahmad Idham namun beliau telah memberi tanggungjawab ini kepada Aaron Aziz untuk mengarahkan filem ini. Sebagai peminat Aaron Aziz , Jijah juga excited untuk melihat hasil filem arahan pertama beliau! Siapa yang tidak excited kan kalau dah nama peminat kan?

Okay apa kata kita lihat terus sinopsisnya!

MARIA, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah. 

Koperal ROMI dan Lans Korporal FAKRUL merupakan dua anggota penyiasat yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut. Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod 'KRIPTIK' Mereka berdua diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya. 

Melalui beberapa petunjuk, mereka memasuki kolej Bestari dan Koperal Romi, menyamar selaku pensyarah dan Lans Koperal Fakrul sebagai pelajar kolej. 

Pada masa yang sama, EMA, antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di kolej, telah menawan hati Koperal Romi dan Lans Koperal Fakrul, hingga melibatkan berlakunya cinta tiga segi antara mereka. Tetapi, ELINA pula menaruh hati dengan Romi. 

Bagi Romi pula, dia mempunyai sejarah silam apabila dia sering gagal dalam perhubungan yang dijalin selama ini. Manakala bagi Fakhrul pula, dia sentiasa percaya, jodohnya akan tiba pada bila-bila masa. 

Siasatan terus berjalan, dan mereka berdua telah menemui beberapa petunjuk sehingga membawa kepada seseorang yang disyaki iaitu BOTAK. 

Perancangan telah dibuat oleh Romi dan Fakhrul, dengan bantuan Elina yang juga menyamar sebagai pelajar untuk memberkas mereka yang terlibat dalam kes dadah tersebut. 

Atas kerjasama itu, dan kecekapan pihak Polis, telah berjaya menumpaskan mereka dan membawa yang bersalah ke muka pengadilan. 


Jijah belum lagi berpeluang menonton filem ini di tayangan media tempoh hari. Kebetulan ketika itu masih lagi dalam tempoh berehat dari aktiviti lagho ini. Namun atas sokongan untuk Aaron Aziz , haruslah Jijah tehtap jua promote dalam belog picisan ini kan? Eceh! Jadi macam mana korang setelah membaca sinopsis tersebut? 

Nak kongsi gambar pun , tak ada pula koleksi gambar filem Romeo Kota ini untuk dikongsi bersama korang. Karang ulang-tayang gambar Aaron Aziz yang lama dalam koleksi aku sendiri , mahu korang baling roti berjemaah dekat aku kan? HAHAHAHA. Korang semua jangan lupa untuk menyokong dan menonton filem arahan pertama Aaron Aziz yang bakal bermula 8 Januari ini okay?

Tapi sebelum entri ini berakhir , tehtap juga nak buat perangai. Gambar lama Jijah dengan Aaron Aziz. Masa sehari sebelum hari jadi tahun 2013 katanya. Ehems.


Jangan Lupa Tonton Romeo Kota bermula 8 Januari okay?

okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini.

No comments: