Home

Thursday, January 15, 2015

Gambar-Gambar Sekitar Tayangan Perdana Suamiku Encik Perfect 10! Jangan Lupa Menonton Lakonan Hebat Aaron Aziz & Lisa Surihani Bermula 22 Januari 2015!

Kalau entri sebelum ini Jijah menulis panjang lebar memberi pandangan serta komen mengenai filem Suamiku Encik Perfect 10! Tapi untuk entri kali ini Jijah nak berkongsi dengan korang pula gambar-gambar di sekitar Tayangan Perdana Suamiku Encik Perfect 10! Mesti tak sabar lettuew khen? Gegambar ini Jijah cuma guna Samsung Galaxy Mega 2 sahaja tapi Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan! 

Pada malam tayangan perdana tersebut memang ramai pelakon yang turut datang memberi sokongan kepada Astro Shaw , Global Station serta para pelakon Suamiku Encik Perfect 10! Antaranya ialah Hisyam Hamid , Aqasha , Zain , Nadiya Nisaa , Izara Aishah , Fazura , Beto Kusyairi dan ramai lagi! Haruslah ramai yang datang menyokong memandangkan ini merupakan filem romantis yang dinanti-nantikan oleh umum. Jadi apa tunggu lagi? Jom tengok gambar-gambar ini okay!





Hisyam Hamid & Isteri , Kak Mel :)



Beto Kusyairi :)









Cakra Khan & Dato Siti Nurhaliza

Untuk pengetahuan korang , OST bagi filem Suamiku Encik Perfect 10 dinyanyikan oleh penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato Siti Nurhaliza berduet bersama penyanyi dari seberang iaitu Cakra Khan. Khas untuk korang , Jijah ada merakam alunan indah live dari Dato Siti Nurhaliza bersama Cakra Khan di tayangan perdana tersebut. Enjois!




Persembahan yang cukup memukau lagi mantap khenss!


Memang berhantu sungguh OST Suamiku Encik Perfect 10 ini tau! Aku pun tak jemu untuk repeat lagu ini ! Sampai rasa macam.. eh aku takde lagu lain ke dalam phone ni? HAHAHAHA. Cukup ke tidhok tu gambar-gambar Jijah kongsikan tu? Macam tak lengkap aje lagi kan? Meh kita tengok lagi meh!














Sekali lagi salute dengan Aaron Aziz! Jijah tahu sejak Aaron naik atas stage muka Aaron sedikit berkerut melawan kesakitan di leher beliau tetapi Aaron tak lekang dengan senyuman. Jijah betul-betul salute! Tak semua artis yang masih boleh tersenyum tatkala sedang berlawan dengan kesakitan :) Jijah doakan yang baik-baik agar kesakitan yang dihadapi abg Tapa akan pulih selepas ini. Again , Aaronators love you and please take care of yourself and please please please have a good rest too! 

Dah cukup belum gambar yang Jijah kongsikan? Tak cukup ke? Okay ini last gambar-gambar yang Jijah nak kongsikan dengan korang tau! Perghhh banyak betul gambar Jijah kongsi ni. Puasss lettueww korang cuci mata khen? Hihiks!


OMG! Cakra Khan! Cakra Khan! *pangggggggg


Jijah & Hisyam Hamid.


Jijah & Fazura.


Jijah & Aqasha.


Jijah & Beto Kusyairi.


Jijah & Nadiya Nisaa.


Jijah & Kak Mel ( wife Hisyam Hamid ).

Fuhhh Fuhhh Fuhhh.. *tiup kuku* akhirnya selesai juga perkongsian semua gambar ketika Tayangan Perdanan Suamiku Encik Perfect 10 di dalam belog picisan ini. Perkongsian ini sekadar suka-suka serta untuk mengajak korang untuk menonton filem romantis 2015 ini bermula 22 Januari 2015 nanti! Amboi, amboi , dah belanja gambar sebegini banyak meh lah support filem ini pula okay? InsyaAllah tidak akan merugikan duit korang pun untuk melabur menonton filem ini. Sebab apa? Sebab ia sebuah filem yang penuh rasa diadunkan dengan begitu baik sekali. 

Jadi , jangan lupa ya semua? Ada yang tak sabar menanti filem ini tak? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: