Home

Wednesday, February 4, 2015

Akan Datang : Drama Nasuha Menampilkan Tasha Shilla , Fattah Amin & Shah Iskandar Di Slot Ratu TV9 , Jam 8.30 Malam Bermula 10 Februari!

Sekali lagi Zeel Production bersama dengan pengarah tersohor , Shuhaimi Lua menampilkan sebuah drama yang menarik untuk tontonan korang semua. Sebuah drama yang bakal ditayangkan di slot Ratu ini pasti bakal menarik tangkai perhatian korang untuk menonton bersama keluarga yang korang sayangi.



credit to : Instagram Tasha Shilla Team :)


Drama apa yang Jijah maksudkan ini? Amboi , drama sungguh korang kan! Ke Jijah yang drama? Eh! HAHAHAHA. Drama yang Jijah maksudkan ialah Nasuha. Nasuha menampilkan barisan pelakon yang cukup dikenali oleh semua orang iaitu Fattah Amin , Tasha Shilla , Shah Iskandar , Faye Kusyairi dan ramai lagi. Menarik tak barisan pelakon drama ini? Haruslah menarik chuols! Tapi yang lebih menarik pastinya jalan cerita drama ini! Kalau pelakon saja menarik tetapi jalan cerita tak kuat pun tiada guna kan? Jom kita baca sinopsis dahulu!

Nasuha mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Dan kerana itu juga, dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya. Kerana keadaan keluarganya yang daif, Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta dan tidak lagi dapat melihat keindahan dunia. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid. Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Kerana hutang bapanya yang tidak berbayar, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster .Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya ‘mati’ dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah. Kehilangan Zahid benar-benar member tamparan kepada Nasuha. Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat  Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha. Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar?
Bila Jijah membaca saja sinopsis drama ini , Jijah yakin ia sebuah drama yang berat serta sarat dengan emosi penonton kelak. Bila sudah bermain dengan emosi begini , Jijah percaya ia akan mencambahkan lagi minat korang untuk menonton. Terutama bila ia disiarkan pada setiap hari Selasa & Rabu jam 8.30 malam. Elok sangat lah tu kan? Tengah duduk nak rilek-rilek sambil menanti waktu tidur , layan dulu drama Nasuha kan?

Lagipun Jijah percaya dengan kredibiliti Shuhaimi Lua sebagai seorang pengarah , pasti banyak adegan yang bakal membuat korang sendiri akan ternanti-nanti dari episode ke episode seterusnya. Juga lakonan Tasha Shilla yang tidak pernah tidak bagus pasti menambahkan lagi minat korang untuk menonton drama ini nanti. Malah setiap pelakon dalam drama ini pasti mempunyai setiap satu tarikan untuk korang terus menonton drama ini sehingga ke penghabisannya nanti. Kan?

Meh sini , Jijah nak share beberapa keping gambar untuk tatapan korang semua. Mana boleh entri ini sepi tanpa sebarang gambar kan? Hihiks.









Hiks! Macam mana? Okay ke tidhokkkk gambarnya itu? Haruslah okay sajork kan! HAHAHA , apalah nasib korang asyik kena iya-kan saja apa yang Jijah tulis kan? Abaikan saja lah kan semua itu. Janji ada juga gambar untuk tatapan korang! Paling penting memang khas dan ekslusif untuk korang gittuew! Kerlast tak belog picisan ni noks sekalian? Hihiks!

Kasi gambar pun sudah. Kali ni meh kasi korang tengok video promo Nasuha pula. Kasi korang ambil feel sebelum bermula 10 Februari nanti. Okay?


Jangan Lupa Menonton Nasuha bermula 10 Februari ini setiap Selasa & Rabu jam 8.30 malam okay?

Amacam? Dah tengok gambar. Dah tengok video promo. Ada rasa teruja nak menonton tak? Harus ada kan! Jadi kalau ada yang tak sabar terutama bagi peminat para-para pelakon ini , kena lah setia menanti 10 Februari ini okay? Janji?! Hihihi. Okay last but not least , sekeping lagi gambar Jijah bersama tuan pengarah Nasuha ; Shuhaimi Lua.


Antara pengarah yang cukup humble yang Jijah kenali. Siap ajak lepak dan belanja makan selalu. Macam mana baik hati dan bermurah hati tuan producer HajiZil , macam begitu juga baik hati dan bermurah hati tuan pengarah , Abg Mie. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi belanja Jijah dan rerakan belanja makan tempoh hari. Semoga Abg Mie dimurahkan lagi rezeki dan semoga drama Nasuha ini juga bakal mencapai fenomena dan kejayaan luar biasa juga. Amin :)

Jadi , sekali lagi , jangan lupa pada 10 Februari ini okay? Untuk apa? Untuk saksikan episode pertama Nasuha di TV9 , jam 8.30 malam okay!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: