Home

Tuesday, April 21, 2015

Hati Perempuan...not!

Masa entri ini ditulis , jam sedang meniti pukul 3 setengah pagi. Kalau dahulu kala , mungkin itu perkara biasa untuk aku. Menulis ketika hening pagi , supaya tidak ada siapa-siapa datang ganggu , tidak ada siapa-siapa yang datang mengacau baik diri ini mahupun perasaan ini. Aku memang sejenis , tika menulis aku tidak suka ada gangguan. Sebab bila menulis meskipun ia hanyalah entri borak kosong , aku tetap pastikan entri itu bukan entri bodoh yang membuang masa orang untuk membaca. Tapi kebanyakkannya memang banyak membuang masa..kot? HAHAHAHA.

Tapi sekarang sudah berbeza. Aku tidak boleh sewenang-wenang untuk mengetuk kibod tika pagi hening sebegini. Situasi aku sudah jauh berbeza. Jadi sekarang aku sangat menghargai masa tidur aku. Kalau dulu ada aku kisah sangat dengan waktu tidur aku meskipun menjadi zombie kan? HAHAHAHA. Masa berubah dan keadaan juga berubah dan situasi jauh berubah sekarang. InsyaAllah , untuk masa hadapan sendiri.

Berjela pula taip. Sebenarnya malas tulis panjang-panjang. Sebab tahu orang pun malas untuk membaca. HAHAHAHA. Sudah lah diri ini rasa bersalah kerana entri yang dijanji-janjikan masih belum sempat untuk ditulis secara terperinci. Bila masa sudah mencemburui aku , semua jadi serba tak sempat. Semua jadi kelam-kabut dan semua jadi tak cukup masa. Sadis!

Rasanya , masih ada yang masih mahu menanti dan menunggu entri-entri basi tak? HEHE , mesti orang pun sudah muak dengan janji aku. Tapi insyaAllah aku cuba cari masa yang terbaik untuk menulis entri yang dijanjikan itu. Hmmm , apa kena mengena entri ini dengan tajuk Hati Perempuan ni? HAHAHAHA , macam biasa , tajuk kena gempak chuols! Baru orang nak masuk baca khen? HAHAHAHA. Hampeh!

Dah , dah. Jijah nak sambung tidur. Tapi sebelum itu , nah hamik sekeping gambar Jijah bersama hero kegilaan masa kini , #TengkuZaril , Syarul Ridzwan!


Bila Tengku Zaril & Yuhabis buat perangai!

HAHAHAHA YUHABIS SANGAT!

HAHAHAHAH *diamlah!*

Ada yang menantikan entri Hati Perempuan lagi ke? Mungkin gambar-gambar sepanjang Jijah mengikuti mereka ke tempat shooting? Ada yang nak tengok ke? HEHEHE. Sabar okay. InsyaAllah , kalau ada masa nanti , pasti entri itu akan muncul hihiks! :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

Kak Vit said...

hihihi..layaannn..