Home

Sunday, September 20, 2015

Edisi Kehidupan : Dah Tua!

Dah banyak hari hati ini teringin untuk mengetuk kibod. Tetapi diri sendiri selalu kalah dengan mata akibat terlalu penat katanya. Tak sangka sekarang diri sendiri sudah pandai kalah dengan tubuh badan sendiri. Tak tahu sama ada patut bangga atau sedih dengan pencapaian diri yang sebegini. HAHAHAHA.

Sekarang diri ini cukup menyayangi hari cuti dan hujung minggu. Kalau dahulu kala , aku rasa diri ini paling sukar nak nampak bayang. Ada sahaja aktiviti bersama rerakan. Tak kira lah sama ada pergi event atau pergi berjimba ria bersuka ria. Memang orang kata tak melekat dekat rumah betul. Tapi sekarang rasanya semua sudah jadi terbalik. Rerakan pula yang akan pelik dengan diri kerana lebih senang untuk duduk berdiam diri di rumah berbanding bersesak di mana-mana tempat. Cukuplah hari-hari biasa kena bersesak dengan orang di dalam LRT untuk menuju ke tempat kerja. Aku dah tak perlukan lagi untuk sesakkan lagi diri aku di tempat lain lagi. Diva ke tidhok statement mak nok? 

Bukan saja nak mendiva tapi begitulah realitinya. Cuma tak ada lah sampai tak bertemu langsung dengan rerakan. Tapi bila dah bekerja ini , kena sedar diri yang waktu rehat sudah mula terhad. Kalau dulu , pulang lambat ke rumah akan ada waktu lain untuk qada' tidur. Sekarang ini , memang kirim salam awal-awal ya Jijah? Kau balik lambat dari berhibur , rasakan kau mengantuk esoknya sampai kau berpinar otak dan mata kan? HAHAHA. Siapa suruh cari pasal kan!

Ada sampai satu tahap tu , aku rasa macam aku dah tua sangat. Iyelah sampai perasaan malas dan nak duduk di rumah itu melampaui batas. Mungkin juga keadaan aku kena menaiki kenderaan awam yang sesak itu selama hampir 30-45 minit Isnin-Jumaat menyebabkan aku rasa penat. Tapi nak cari sesuap nasi tu bukan senang kan? Kita bukan anak raja yang duit terus bertaburan tepi katil , celah kerusi dan atas meja mekap khen? Jadi sila lah sedar diri dan berusaha seadanya selain daripada berusaha mencari jodoh. Eh? HAHAHAHA , tak ada kena mengena langsung!

Begitulah kan Jijah? Sikit-sikit selit pasal jodoh sekarang kan? Begitu gigih mencari jodoh katanya! Kalau ada jodoh , adalah. Kalau tak ada jodoh , aku tetap nak jodoh yang itu. Eh? Okay tak ada kena mengena lagi. Kembali pada topik asal. Ya , sekarang rasa macam orang tua sangat sebab lagi suka nak duduk di rumah. Lagi suka dapat bergolek atas katil sendiri. Orang kata peluk bantal peluk lagi sedap dari menapak di luar rumah. HAHAHA. Aku rasa ini mungkin peringkat permulaan lah kot. Orang kata belum habis lagi penat fasa awal pekerjaan. Cuba nanti kau tengok aku lagi sebulan dua. Entah-entah kembali mengejar retis. Kembali dengan event sana sini kan? Ke cuma nak mengejar jodoh saja? Kejar sampai dapat konsep dia! Eh? HAHAHAHA.

Soalan di sini ; adakah normal untuk orang yang baru bekerja selama lima bulan ini berasa penat dan letih seterusnya hanya mahu duduk bersimpuh eh di rumah sahaja? Kekadang rasa macam tak normal kejap HAHAHAHA. But I hope not and it's normal for those yang baru bekerja macam aku. Kikiki.

Konsepnya , hari ini tulis saja. Nak kena letak gambar ke? Bukan cantik pun. Tapi cantik lah jugak kot. Kalau bukan diri sendiri yang memuji , siapa lagi kan? HAHAHAHAremmm! Nah lah sekeping gambar. Ulang tayang dari Instagram sendiri. Kalau ada yang belum follow , sila lah follow ; ijahemotemo. One and only DivaPora , Aaron Aziz kata :p


I think , this Royal Blue is really suits me well.

Isn't? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: