Home

Monday, September 28, 2015

[Review Filem] Girlfriend Kontrak - Menghiburkan Atau Biasa-Biasa Sahaja? Lakonan Keith Foo & Risteena Munim.

Minggu lepas , Jijah turut mendapat undangan last minute ke Malam Gala Filem Girlfriend Kontrak yang telah diadakan di Cathay Cineplax , E@Curves. Memandangkan pada hari sebelumnya menonton filem psiko-thriller , haruslah bila tiba-tiba ditawarkan tiket untuk filem yang santai dan bersahaja diri ini terus sahaja terima kan? Itu pun kebetulan diri ini kelapangan. Kalau tidak , memang bye-bye sahaja tiket itu. HEHE.

Girlfriend Kontrak dilakonkan oleh Keith Foo , Risteena Munim , Azad Jasmin , Bront Palarae , Fara Fauzana dan ramai lagi. Jom kita baca sinopsisnya pula?



Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisa lakonan Risteena Munim. Dia mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah projek pembangunan. Projek tersebut dimiliki oleh seorang jutawan bernama Umar, lakonan Keith Foo. Umar ini jenis lelaki buaya darat.
Hendak dijadikan cerita, berlakunya satu konflik di mana Alisa terpaksa menjadi teman wanita kontrak kepada Umar dan dia menerima bayaran upah RM3,000 seminggu.

Apa akan jadi seterusnya? Berjayakah Alisa dalam misi menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya?
Best ke tidhokkkk filem ini sebenarnya?

Untuk diri aku sendiri filem ini sesuai untuk ditonton jika korang yang suka dengan filem santai dan bersahaja. Filem ini bukan sejenis filem berat untuk korang fikir apa yang bakal jadi NEXT dan kenapa ia terjadi BEFORE. Ia sebuah filem yang ringan dan santai. Cukup santai dan menghiburkan. Kalau korang yang teringin untuk menonton filem yang manis tetapi ada gelak ketawa sana sini , Girlfriend Kontrak sesuai untuk tontonan korang bersama insan tersayang :)

Jadi apa tunggu lagi khen? Pergilah menonton menyokong filem tempatan! Kalau bukan kita yang memberi sokongan padu pada filem tempatan siapa lagi kan? Sekurangnya jika ada kekurangan disana sini , kita juga boleh turut sama memberi pendapat dan komen untuk mereka berusaha gigih memberi yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang khen? Begituuuu!

Marilah melihat gambar sekeping dua Jijah di Malam Gala Girlfriend Kontrak pula jom? Tak ada bergambar sangat sebab keadaan pada malam tersebut cukup sesak sehingga Jijah rasa duduk dendiam di satu tepi sudut lebih baik! ;)



Jijah & Keith Foo!

Uishhhh lama betul tak jumpa dengan Keith Foo! Nasib heols masih ingat nama iols :p


Jijah & Risteena Munim.

Such a nice and humble lady she are! Keep it up Ris! :)


Nak kena perkenalkan lagi ke siapa insan yang cukup macho dan handsome ini?

kahkahkah dia buat perangaiii dah!

Yes , itu Bront Palarae!

Hi Bront! :)

Sikit sangat gambar Jijah kali ni khen? HAHAHA , nak buat macam mana nok nok sekalian. Jijah pun agak berpinar mata apabila melihat keadaan agak sesak. Daripada Jijah pengsan tak semena-mena lebih afdhol Jijah duduk dendiam dekat satu sudut khen? Nanti bukan ada jodoh Jijah nak tolong angkat Jijah punnnn kalau pengsan hahahahaha. Bukan main kau Jijah!

Jadi , jika korang ada kelapangan masa nanti jemputlah ke panggung wayang dan menonton filem Girlfriend Kontrak okay? Another nice movie to watch with your loved ones! Begituuuu.. so pergi tonton dan support filem tempatan okay? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

ana said...

Best nye dpt undgn

Anonymous said...

Cerita ni sungguh tak best..