Home

Friday, May 27, 2016

Edisi Kehidupan : Penat

Pernah atau tidak , diri sendiri terasa cukup penat. Cukup penat dengan keadaan yang dihadapi. Cukup penat dengan orang sekeliling. Cukup penat dalam semua segi baik perkara yang kau suka atau yang kau benci. Pernah atau tidak? Tipu jika aku kata aku tidak pernah mengalami saat seperti itu. Tambah lagi , bila kau mula terasa yang nasib tidak baik asyik mengiringi diri kau sehingga kau terasa semakin penat dan lelah untuk mengharungi kehidupan kau sendiri.

Maybe , I just need a break. A little break from a tough life. Or maybe it just me , yang selalu fikirkan semua benda payah , semua benda susah atau semua benda tak bertuah. Well , sometimes. Bila kau rasa penat dengan segalanya mula lah anasir negatif mula menghantui kehidupan kau yang penuh pancaroba itu. Begitulah katanya khen? Biasalah , siapa yang tak penat dengan kehidupan sendiri kan? Cuma ada turun dan naiknya aje yang membuatkan kita terus menggagahkan diri menghadapinya.

Kenapa tiba-tiba tulis begini? Entah. Aku rasakan , aku perlu untuk tulis sedikit di dalam belog ini supaya aku tidak terus men erus memendam rasa apa yang sedang aku rasa. Dah kata belog picisan ini umpama diari kan? Haruslah ditulis apa yang patut kan? Hehehe. Maaflah entri kali ini lebih kepada unsur peribadi. Namun sekali sekala , apa salahnya kan? Hehehe.

Aku rasa bulan Mei ini adalah bulan yang paling banyak menguji kesabaran aku , paling banyak menguji fizikal dan mental aku sekali. Terlalu mencabar sehingga aku sendiri tidak tahu nak gambarkan kepenatan fizikal dan mental aku. Serius. Mungkin aku kekurangan rehat. Mungkin juga aku sudah mula lemah dengan perasaan sendiri. Sehingga menjadikan aku cukup letih dan lelah dengan bulan ini.

Tipu lah , kalau kita boleh berterusan bertahan tanpa pernah rasa lelah dan lemah kan? Biasalah , kita pun akan ada masa yang kita sendiri jatuh dengan keadaan yang dihadapi. Antara kita hendak tunjuk atau tidak saja kan? Hehehe. Tak apalah. Jijah berterusan berdoa agar diri ini diberikan kekuatan serta ketabahan yang tinggi mesti kadangkala terasa nak jatuh tergolek dengan segala dugaan yang mendatang. Orang kata , Allah tak akan membebani kita dengan keadaan serta dugaan yang kita tidak mampu hadapi. Kan? :)


Just breathe out and decide.
:)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

Myra Jay said...

Banyakkan bersabar dan berdoa semoga urusan kita dipermudahkan..
MJ pun pernah lalui, kita rasa terlalu penat dengan keadaan sekeliling, dan kekadang boleh mendatangkan stress..
So Ijah, pls take a break & rest k.