Home

Wednesday, September 28, 2016

[Akan Datang] Telemovie Khas Sempena Maulidur Rasul : Syurga Dihujung Jalan Lakonan Iedil Putra & Nazeera Sardi Di TV9!

Kali ini Jijah hendak berkongsi sedikit teaser untuk tatapan pembaca kesayangan Jijah tentang telemovie khas bersempena Maulidur Rasul yang bakal ditayangkan di TV9 iaitu Syurga Dihujung Jalan. Memandangkan ini bukan entri yang penuh , jadi haruslah entri ini hanya sedikit sahaja isi ceritanya. Sekadar hendak kasi korang alert tentang sebuah telemovie yang wajib ditonton oleh korang semua pada Maulidur Rasul nanti yang pastinya bakal memberi airmata korang tumpah serta sarat dengan pengajaran. Gitchuew!

Sebelum terlupa , Syurga Dihujung Jalan merupakan arahan Zul Huzaimy dan dilakonkan oleh dua pelakon hebat iaitu Iedil Putra & Nazeera Sardi serta beberapa lagi pelakon lain. Apa yang istimewa mengenai Syurga Dihujung Jalan ini? Sudah tentunya tentang skrip yang ditulis ini sedikit istimewa kerana ia ditulis oleh rakan buat perangai Jijah iaitu Lynnda Sharudin. Jijah yakin telemovie yang sarat dengan pelbagai rasa ini bakal menambat hati kalian semua. Tambahan lagi barisan pelakon yang ada bukan calang-calang juga dari segi lakonan masing-masing. Jangan lupa nantikan pada Maulidur Rasul nanti di TV9 okay?

Nah sedikit gambar untuk buat korang cecakar apa yang patut. Eh? HAHAHAHA. Manis pulak Iedil Putra ni eh! HAHAHAHA. Okbai!


Hadif & Zaliya dalam Syurga Dihujung Jalan.

~andai dengan membenciku bisa membuat kau bahagia , aku relakan kau membenciku selamanya~


Kalau korang mempunyai kelapangan masa pada Maulidur Rasul nanti , jangan lupa untuk menonton telemovie ini okay? Nanti sekali lagi , Jijah akan kongsikan pula sinopsis telemovie ini beserta gegambar lain pula okay? 

Terima kasih sudi membaca entri ini :)

1 comment:

Uncle Zuan said...

dah lama tak tengok tV