Home

Wednesday, November 16, 2016

Fattah Amin X Far8 : Mudah , Kacak & Bergaya. Korang Nak Kacak Macam Fattah Amin Jugak Tak? Eh!

Baru-baru ini Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri ke majlis pelancaran koleksi pakaian jenama sendiri oleh pelakon yang sedang mencanak popular dan meningkat naik namanya , Fattah Amin. Jijah rasa sudah tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan pelakon kacak yang sedang popular dengan gelaran Ejaz Fakhri ini sudah cukup dikenali oleh ramai gegadis serta makcik gegadis HAHAHA. Mukadimah entri ini pun sudah terasa hendak dicepukkan kembali muka si Jijah ni khen? Kahkahkah.
Untuk pengetahuan korang semua , koleksi pakaian Fattah Amin yang diberi nama Fattah Amin X Far8 adalah gabungan kolaborasi diantara Fattah Amin bersama pengasas butik Altelia Amani iaitu Mohamad Farid Omardin. Koleksi yang diberikan tagline "Mudah , Kacak & Bergaya" ternyata bukan sekadar tagline semata-mata. Hampir keseluruhan koleksi yang ditayangkan pada pelancaran tempoh hari menunjukkan tagline yang digunakan selari dengan koleksi yang dilancarkan. Paling memukau mata Jijah ialah Jaket Bomber. Memang boleh menyerlahkan kekacakan si pemakainya nanti. Tak percaya? Percayalah! Selain daripada jaket bomber , kolaborasi diantara Fattah Amin X Far8 turut mengeluarkan koleksi lain seperti seluar jogger, polo dan baju-T serta aksesori tambahan iaitu kaca mata hitam.

Tulis pepanjang pun tiada guna kalau tiada gambar khen? Meh cuci mata meh! Eh? HAHAHAHA!








Hah! Suka ke tidhok tu? Mesti dah tersengih-sengih melihat Fattah Amin kacak berkaca mata tu khen? Hehhh , dah tahu sangat dah korang tu! Kehkehkeh! Sebelum Jijah menambah lagi gegambar untuk tatapan mata engkorang. Jijah nak bagitahu jugak dekat korang yang Fattah Amin X Far8 bukan sekadar kolaborasi semata-mata. Malah Fattah Amin turut turun padang untuk memilih material kain yang selesa , jenis dan pattern pakaian yang dilancarkan tersebut. Pendek kata , semua koleksi yang dikeluarkan adalah hampir 100% citarasa Fattah Amin sendiri bersama Far8.

Haaa engkorang yang mana nak tengok suami korang ke , boipren korang ke atau skandal korang ke eh! , tampak kacak bergaya macam Fattah Amin , apa tunggu lagi khen? Pergilah serang butik Altelia Amani di Shah Alam. Gitchuew! Jijah tahu, engkorang semua sibuk nak tengok gambar lagi. Nah tengok lagi!





















Bukan main sakan lagi si Jijah ni snap gambar Fattah Amin khen? Tangan pun tak reti nak rasa lenguh iye dak bila buat benda lagho camgini khen? Kahkahkah haippppp! Alah! Jijah snap pun bukan untuk siapa jugeeeek khen? Untuk tatapan engkorang jugek! Asyik buat perangai dalam Instagram. Nanti orang tanya , tak ada untuk belog ke pulek? Hamboi!

Ini pun sudah habis lambat Jijah ketuk kibod hendak menulis mengenai pelancaran Fattah Amin X Far8 ni tau. Harap-harap ada yang masih sudi untuk membaca dan melihat gegambar yang tak adalah cantik mana pun. Tapi boleh lah buat stok cuci mata engkorang HAHAHAHA! Dahler! Sambung tengok gambar lagi :p













Begitu sekali kegigihan Jijah menayang gambar kepada engkorang semua khen? Kihkih. Sekali sekala gigih , apa salahnya khen? Erhiks! Puas hati ke tidhok tu? Kalau tak puas hati jugek , Jijah cecubit kang! HAHAHA. Pada hari yang sama juga turut diadakan Meet & Greet bersama Fattah Amin. Memang tak dinafikan , terlalu ramai peminat Fattah Amin yang hadir sementelah namanya sendiri sedang melonjak naik ini. Malah para media pun turut ramai yang hadir bagi menyokong Fattah Amin X Far8 gitchuew!

Punya kemain banyak gambar Fattah Amin , tak akan Jijah tak ada selfie bersama Fattah Amin? Eh mana mungkin! Haruslah ada juga! Nak tengok jugak ke? Ok saja tanya soalan bodoh! HAHAHAHAH! *pangggggg


FA Team , PR FA Style yang gah dan vogeh hahahaha , Acca & Jijah


Ejaz Fakhri & Jijah katanya..ke Warjah? :p



One with FA Team , Fattah Amin & En Mohd Farid Omardin.

Akhirnya selesai juga Jijah mengetuk entri yang penuh dengan gambar Fattah Amin kesayangan engkorang khen? Engkorang semua yang meminati Fattah Amin bolehlah menyokong koleksi pakaian jenamanya sendiri dengan walk in ke Butik Altelia Amani di Seksyen 7 , Shah Alam. Terbaru , korang juga boleh membeli secara online di alteliaamani.com okay? Harga koleksi Fattah Amin X Far8 bermula dari RM 69 - RM 199 sahaja! Cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok!

Good luck dan all the best buat Fattah Amin & team Altelia Amani untuk koleksi ini. Terima kasih buat FA Style yang sudi menjemput Jijah ke majlis pelancaran ini. Sekiranya ada peluang lagi , pasti Jijah akan join lagi untuk memeriahkan majlis seperti ini bersama Fattah Amin! :)

Ada yang berminat tak dengan koleksi Fattah Amin X Far8 ini? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: