Home

Wednesday, December 21, 2016

Pesta Makanan Thailand @ The 19 USJ City Mall. Best Sangat Ke?

Macam sudah lama pula Jijah tidak menulis mengenai makanan di dalam belog picisan ini khen? Kikiki. Kali ini Jijah nak berkongsi cherita dengan korang tentang pengalaman Jijah pergi ke Pesta Makanan Thailand-Malaysia yang berlangsung di The 19 Subang City Mall , Subang Jaya. Mula-mula Jijah ingin pergi bersama rerakan Jijah. Kemudian bila Jijah bagitahu pada Umi dan Kakak Jijah , mereka berdua pula berminat untuk pergi ke pesta tersebut. Iyelah, pesta makanan , siapa yang tak mahu pergi khen? Ihiks!

Makanya pada Sabtu lepas Jijah dan kelorga pun sempatlah mengunjungi Pesta Makanan Thailand-Malaysia tersebut. Bila tahu sahaja lokasinya di Subang Jaya memang bayangannya ialah sesak! Yeap , memang sampai sahaja di tempat tersebut , sesak dengan kereta! Masa itu hampir putus harapan , mahu meneruskan ke tempat pesta tersebut atau tidak. Biasalah bila berjalan dengan keluarga ini , yang sesak macam begini sebolehnya dielakkan. Tapi memandangkan dah alang-alang sampai , gigih juga lah masuk ke dalam mall dan mencari parking. Alhamdulillah , tak sampai sepuluh minit begitu terus dapat parking di dalam mall dan kemudiannya boleh terus ke tempat pesta makanan tersebut.

Bila masuk sahaja ke tempat pesta makanan tersebut , memang masa itu nafsu makan dan kekeliruan sama naik bersilih ganti. Kahkahkah! Masakan tidak? Terlalu banyak sangat pilihan sehingga sudah terlupa hendak mencuba makanan Thailand yang mana satu khen? Padahal sebelum pergi tu cuma aim pada beberapa makanan yang jarang kita dapat jumpa di Malaysia ataupun restoran Thailand di sini sahaja. Namun hampeh betul si Jijah ni khen? Bila masuk sahaja ke ruangan pesta tersebut terus lupa diri HAHAHAHA!

Memang terlalu banyak pilihan makanan yang cukup menyelerakan mata , hidung dan tekak! Kalau tak kawal nafsu , mesti habis semua benda dikaut belinya khen? Hihihi. Nak tulis pepanjang pun tiada guna lagi. Meh kita tengok beberapa keping gambar yang sempat Jijah snap kengkonon ala-ala macam tourist gitchuew ambil gambar makanan teruja-teruja gituh! HAHAHAHA!


Ini bukan makanan Thailand tau HAHAHAHA k tak kelakar :p












Hah! Dah sapu belum air liur basi ittuew? Kihkihkih! Rata-rata gerai yang jual makanan Thailand ini Jijah lihat memang sedap-sedap belaka. Cuma kena telan air liur dengan harga yang diberikan mereka ini. Ada sesetengah harga yang merepek sedikit. Namun memandangkan teringin punya pasal. Pejam mata sekejap. Lagipun jangan berkira sangat ye dak bila bab-bab makanan ni khen? Tapi jangan pula dalam tidak berkira-kira tu sampai membazir pulak khen? Kihkihkih!

Alhamdulillah , kalau tanya pada Jijah mengenai kesedapan makanan pada pesta makanan tempoh hari , memang Jijah nyatakan sangat sedap. Semua sedap-sedap belaka. Tak ada satu pun terasa menyesal beli. Meskipun kena beratur punya kemain panjang dan lama. Tapi puas hati dengan setiap rasa yang cukup sedap itu. Demi makanan katakau! Kahkahkah! Alahai, sekali sekala saja. Apa salahnya khen?

Lagipun bukan selalu satu kelorga gigih nak ke pesta makanan begini. Bila pergi tu haruslah dicuba serba sedikit kan? Bukan beli banyak-banyak pun. Sekadar kongsi sedikit seorang saja. Kitaorang pun bawa balik tapau sahaja since keadaan terlalu padat dengan manusia kan? Lagipun makan dirumah lebih heaven katanya muehehehehe! Overall , memang seronok dan best bila sesekali ke pesta makanan begini. Cuma kena pastikan kocek dan dompet tebal dan penuh lah ye. Kikiki.

Jadi, ada tak diantara korang yang sempat terjah dan pergi Pesta Makanan Thailand tersebut? Puas hati ke tidhok?

Terima kasih sudi baca entri ini :)



No comments: