Home

Tuesday, June 14, 2016

Edisi Hiburan : OST Seindah Takdir Cinta Nyanyian Fauziah Latiff.

Korang semua ada tengok tak drama Akasia di TV3 , Seindah Takdir Cinta sebelum berbuka puasa? Kalau korang perasan penyanyi bersuara merdua dan lunak telah membuat comeback untuk OST Seindah Takdir Cinta iaitu Fauziah Latiff. Korang semua dah dengar ke belum lagu tersebut yang diberi judul Takdir Cinta?

Mesti korang semua yang sesambil menantikan waktu untuk berbuka akan selalu dengar lagu Takdir Cinta nyanyain Fauziah Latiff ini. Kalau ada yang masih belum mendengar lagi , nah Jijah tepek youtube untuk korang dengar. Tahu dah , korang mesti malas nak mencari tu :p




Mesti ramai peminat Fauziah Latiff yang terubat rindu dengan comeback lagu terbaru ini. Jijah sendiri bila sudah lama tidak dengar lagu terbaru dari Fauziah Latiff turut terbuai-buai mendengar lagu ini. Walaupun mula-mula agak sukar telinga ini menyesuaikan dengan rentak dan melodi lagu ini. Tapi lama-kelamaan semakin asyik pula mendengar tau. Kalau tak percaya cuba korang dengar banyak kali! Mesti jatuh cinta dengan lagu ini punya! Hihiks!

Korang semua tengok tak drama Seindah Takdir Cinta? Sesambil nak menanti berbuka puasa tu boleh aje tengok drama ini dahulu. Lagipun drama ini juga berunsurkan keagamaan sedikit dan tidak sekadar manis bergula semata-mata. Elok juga untuk dijadikan pedoman sesambil menonton khen? Sesambil tu boleh juga dengar lagu terbaru Fauziah Latiff khen?!

Okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)