Home

Monday, December 18, 2017

Edisi Kehidupan : Welcoming December!

Jijah mengambil masa yang cukup lama untuk menulis entri ini. Ada sahaja yang terganggu tatkala ingin menulis entri ini. Sekejap tulis, sekejap simpan di dalam draft, sambung kembali dan simpan kembali di dalam draft yang selepas itu ulang lagi empat poloh enam kali. Kesudahannya, Disember sudah hampir ke penghujung yang tidak perlu di welcome kan lagi tetapi sudah tiba untuk dilambai-lambai bagi memberi peluang tahun baru 2018 pula membuka tirai baru.

Bulan terakhir untuk 2017 ini sebenarnya tidak ada beza pun dengan bulan-bulan lain. Sentiasa sibuk dengan hal duniawi. Masih makan gaji seperti bulan-bulan lain. Masih banyak urusan kerja di office yang tidak lagi berjaya dilangsaikan. Masih itu dan ini yang tidak ada kurang dan lebihnya pun. Tapi masih bersyukur tanpa hiraukan keluhan kepenatan diri sendiri dari dalam hati. Siapa yang tidak penat dengan kehidupan sendiri bukan? 

Setiap orang ada kepenatan mereka tersendiri. Kepenatan menghadapi hari-hari yang bukan sahaja hanya fizikal sahaja yang penat tapi lebih daripada itu iaitu mental sekali. Dengan kepenatan fizikal dan mental itu mudah sahaja terdorong kepada tekanan yang bukan-bukan sampai hilang airmata, hilang rasa dan mungkin hilang pedoman lama kelamaan. Get it? Tapi kalau hendak dilayan sentiasa kepenatan itu pun tak kemana pun. Cuma biasalah, bila sesekali rasa nak meratapi tu, mula lah mengeluh dalam belog picisan ini khen? Dengan harapan ada orang tepuk bahu dan bagitahu diri ini, macam mana hendak hilangkan segala mak nenek keluh kesah mak esah ini khen? 

Walaupun 2017 punya liku-liku lebih banyak daripada biasa. Ada tangisan yang terburai tidak disengaja. Ada amarah yang terlepas tanpa dipinta. Dan banyak-banyak lagi hal lain, tapi 2017 inilah yang paling banyak kenangan pahit manis yang tersendiri. Banyak juga benda yang tak sangka boleh buat tapi rupanya betul boleh buat. Banyak achievement unlocked untuk tahun 2017 ini. 

Bagaimana pula dengan engkorang semua? How was it, so far? Semoga yang baik-baik sentiasa mendatangi kalian dan juga Jijah. Semoga dan semoga urusan untuk tahun 2017 sentiasa berjalan dengan lancar sebelum ia melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Menjelang beberapa hari lagi sebelum tahun 2018 muncul dan umur baru muncul, aku tidak mengharapkan apa-apa kecuali semoga semuanya berlangsung baik-baik sahaja.

Dalam kehidupan kita ini, kadang-kadang kita bukan mahu gaji yang besar, kita bukan mahu rumah yang besar bak istana, ataupun bukan kita mahu semuanya yang indah dan cantik sahaja. Sebab bila kita kembali duduk ke dalam dunia realiti, semua itu tidak penting mana pun tapi ehems kita manusia biasa. Ada masa, kita juga teringin untuk merasa semua itu. Manusia mana pernah kenal erti cukup kan? Tapi semoga kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa mengenal erti cukup walau gajinya kecil, sentiasa berasa syukur walaupun rumahnya kecil dan sentiasa redha dengan kehidupan sendiri yang ada masa cantik bak pelangi, dan ada masa kelam bak awan mendung.

Semoga yang baik-baik sentiasa berada dalam setiap titip perjalanan dalam kehidupan kita, tidak kira di hari yang baik atau buruk kita nanti. Engkorang semua sudah ada azam untuk tahun 2018 atau masih lagi menyempurnakan azam untuk tahun 2017?





Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, November 27, 2017

Filem Pinjamkan Hatiku Lakonan Shaheizy Sam , Ayda Jebat & Farid Kamil Sarat Dengan Emosi? Nantikan Di Pawagam Bermula 30 November 2017.

Minggu lepas, Jijah telah berkesempatan untuk menonton filem terbaru arahan pengarah tersohor yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Osman Ali. Filem yang berjudul Pinjamkan Hatiku telah dibarisi pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Ayda Jebat, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri dan ramai lagi. Untuk pengetahuan korang semua, filem ini diterbitkan dengan kerjasama AuraWhite sebagai penaja utamanya dan juga Nuansa Film

Sebenarnya, Jijah cukup menantikan filem ini bukan kerana para pelakonnya yang berlakon dalam filem ini sahaja, namun Jijah cukup menggemari dengan OST filem Pinjamkan Hatiku ini. OST filem ini telah dinyanyikan oleh heroin utama filem ini iaitu Ayda Jebat bersama-sama dengan Adi Priyo vokalis utama kumpulan 6th Sense. Bila mendengar sahaja OST filem ini, Jijah menggambarkan filem ini cukup sarat dengan emosi. Terutama bila mendengar suara Ayda Jebat dan Adi Priyo mendayu-dayu begitu! Ewah! Meh kita tonton trailer untuk filem ini dan sedikit sinopsis filem ini.



Mengisahkan cinta tiga segi antara Laila (Ayda Jebat) , Naufal (Shaheizy Sam) dan Hasnan (Farid Kamil). Laila berada dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal, atau Hasnan, doktor yang merawatnya ketika sakit.



Dah tengok trailer Pinjamkan Hatiku yang Jijah share di atas ini? Korang rasa filem ini nanti macam mana? Korang ada rasa filem ini menarik tak? Atau sarat dengan emosi ke? Atau korang ada rasa nak speku lain? Begitu sekali Jijah khen? HAHAHAHA.

Setelah Jijah menonton filem Pinjamkan Hatiku ini, Jijah cuma dapat katakan filem ini memang cukup lain daripada yang Jijah sangkakan. Biasalah, kalau kita biasa tengok drama atau filem Melayu, sangkaan kita mesti filem ni mesti sama macam filem melayu yang lain. Filem ini nanti mula-mula sedih lepas tu bahagia. Dan the list goes on. Tapi tidak untuk filem ini. Jijah sejujurnya jatuh cinta dengan lakonan Shaheizy Sam di dalam filem ini. Sam betul-betul membawakan wataknya dengan cukup baik! Cukup baik yang sampai Sam menangis, Jijah nangis. Sam ketawa, Jijah ketawa. Amboi! Hahahaha! Mungkin Jijah sudah lama tidak menonton Sam membawakan watak yang syahdu dan airmata sebegini kot? Jadi bila sekali Sam kembali dengan watak begitu, terus rasa WOW BETUL KE SAM YANG BERLAKON NI? Ah begitu sekali! HAHAHAHA.

Seperti biasa, filem dari arahan Osman Ali tidak pernah gagal menunjukkan scenery yang cantik meskipun penggambarannya di Malaysia! Sumpah cukup cantik dan memukau mata yang menonton! Tak percaya? Engkorang kena pergi menonton sendiri dan pasti akan bercakap perihal yang sama juga. Kalau tanya pada Jijah filem ini best atau biashe biashe saja? Well, setiap orang ada penilaian sendiri. Mungkin bila Jijah kata filem ini best, tapi bagi orang lain merasakan ianya biashe biashe sahaja. Untuk Jijah yang hanya melihat pada trailer begitu dan begini, I would say, filem ini menarik untuk ditonton sekali lagi sebab lakonan para pelakon tidak menghampakan. Mungkin ada kekurangan sedikit di sana sini, but hey, kalau bukan kita yang menyokong filem tempatan yang membarisi para pelakon berbakat serta sinematografi yang cantik, apa salahnya kita pergi menonton bukan?

Jadi, kalau hendak tahu apakah pengakhiran untuk filem Pinjamkan Hatiku ini, engkorang kena ramai-ramai ke panggung wayang bermula 30 November ini. Tak lama sahaja lagi tu. Jom kita support filem melayu tempatan kita okay? Paling penting Jijah cukup terkesan dengan ending filem ini. Kenapa? Sebab itu engkorang kena pergi menonton di pawagam berhampiran korang ya! Paling penting, kalau engkorang sejenis hati tisu, siap sedia tisu siap-siap okay?

Okay cukup mengenai review filem tersebut. Disebabkan engkorang semua rajin membaca sampai habis, Jijah hendak tayangkan pula gambar-gambar disekitar Malam Gala Pinjamkan Hatiku yang berlangsung di GSC Pavilion, Selasa lepas. Thanks to feverpictures & ipong7+ ku untuk gambar-gambar dibawah ini. Enjoy the photo gais!




























Bila sesekali Jijah share dengan engkorang semua gegambar di Malam Gala Pinjamkan Hatiku, terus berdezzzuppp banyak khen? Haruslah chuols! Bukan selalu pun khen? Hihihi. Malam Gala Pinjamkan Hatiku memang cukup meriah dengan kehadiran para pelakon utama serta rakan artis lain yang turut datang menyokong filem ini. Cukup meriah! Malah anak kepada pelakon utama Shaheizy Sam, Sheriv pun turut datang menyokong Malam Gala Pinjamkan Hatiku tau! 



Mak Hayam's squad LOL!



Entri ini pun sudah panjang lebar beserta gambar-gambar pun telah banyak Jijah taburkan khas buat pembaca belog picisan ini. Jadi engkorang semua jangan lupa untuk ke pawagam yang berhampiran dengan engkorang semua untuk menyokong filem Pinjamkan Hatiku. Kalau ditanya kepada Jijah, adakah Jijah akan pergi menonton lagi, jawapannya YES! Sebuah filem yang cantik dan bukan filem yang mempunyai jalan cerita yang streotype seperti filem lain. Pasti bakal menyentuh banyak hati yang menonton nanti. 

Cuba lah, pergi menonton Pinjamkan Hatiku bermula 30 November nanti okay? Lagi beberapa hari sahaja lagi! Kalau bukan kita yang pergi menyokong filem tempatan, siapa lagi kan? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, November 15, 2017

Edisi Keliru : KL Sea Games 2017 vs Golden Jubilee Polo Tournament.

Sebenarnya memang setiap hari Jijah mengomel kepada diri sendiri , untuk mengupdate belog picisan ini. Tetapi setiap kali setiap hari itu hanya mengomel sahaja NAK UPDATE BELOG NAK UPDATE BELOG NAK UPDATE, pengakhirannya hanya tergantung sepi sahaja okay? Memang sebenarnya bulan lepas adalah bulan yang cukup sibuk untuk Jijah. Sibuk dengan kerja hakiki yang tidak pernah habis. Sibuk pergi mengejar anak raja HAHAHAHA amboi bukan main lagi! 

Memang bulan lepas, hampir setiap minggu ada sahaja acaranya. Ada sahaja programnya. Sehingga terasa sangat kurang rehat. Tambah lagi, bulan lepas juga Jijah akhirnya berjaya juga menjejak Korea untuk pertama kalinya. Alhamdulillah. Jika ada kesempatan yang lebih, Jijah akan berkongsi gambar dan cerita di dalam belog picisan ini okay? Hendak menulis tentang percutian ni, memang kena betul-betul berada dalam mood bercuti. Kena ada sedikit rindu. Kena ada info yang tepat supaya tidak tersalah cherita khen? Nanti Jijah cuba try curi sedikit masa okay untuk berkongsi cherita dengan para pembaca belog picisan Jijah ini. Kikiki.

Berbalik kepada tajuk entri ini. Jijah sebenarnya memang banyak benda hendak dikongsikan di dalam belog picisan ini. Tetapi masa yang cukup mencemburui Jijah ini sudah membawa Jijah ke mana-mana hala entah. Sehingga belog picisan Jijah ini sudah bukan lagi berdebu, tapi bersawang dengan lalang barangkali. Sadis kuasa patpolohpat!

Seperti Jijah bagitahu di awal tadi, bulan lepas Jijah telah pergi ke Brunei secara mengejut atau bahasa lain unplanned trip dengan rerakan yang turut meminati Prince Mateen. Biasalah Jijah, mana pernah buat benda yang plan elok-elok. Semua aci taram last minute gaya macam ada duit sepoloh jota dalam akaun bank (amin kan jelah mana tahu one day HAHAHAHAHA) lepas tu main aci taram sahaja terus ON ON ON katakau! Okay macam over excited pulak tulis pasal ini khen? HAHAHAHA! Maafkan Jijah. Well, well!

Jijah sebenarnya tengah keliru. Keliru sama ada hendak mengupdate tentang yang mana satu dahulu , diantara KL Sea Games 2017 atau Golden Jubilee Polo Tournament? Haruslah keliru sahaja apa-apa yang berkaitan dengan Prince Mateen khen? Lagipun, memang hendak update segala kerja gila yang Jijah lakukan dalam belog picisan ini. Antara kenangan yang Jijah rasa tidak boleh dijual beli. Walaupun orang rasa macam amboi, geletisnya dia! Tapi orang tak tahu pahit manis sesebuah kenangan ittuew! Ewah!

Lagipun sayang ambil gambar banyak-banyak, bersesak sakan, pergi sampai tiga empat kali ke sana ke sini, tapi tak sharing is caring dalam belog picisan khen? HAHAHA! Eleh, macam ada orang nak baca kan! Kezzahhh diknon! Habislah kena kecam kan!

So what entry should be NEXT? 

  • KL Sea Games 2017 (EDISI PENUH KEGIGIHAN MENAPAK SAMPAI 10K STEPS AT PUTRAJAYA)
OR
  • Golden Jubilee Polo Tournament (EDISI ADA DUIT JOTA-JOTA DALAM AKAUN BANK, PRINCE MATEEN COME BY COME BY ON SUNDAY, TERUS BOOKED TICKET PERGI BRUNEI) 

HAHAHAHA meminta-minta betul edisi untuk entri akan datang ni tau! InsyaAllah ada kelapangan nanti, Jijah akan gigihkan diri untuk mengupdate belog picisan ini okay? Harap masih ada yang sudi untuk membaca.




  • KL Sea Games 2017 (EDISI PENUH KEGIGIHAN MENAPAK SAMPAI 10K STEPS AT PUTRAJAYA)




  • Golden Jubilee Polo Tournament (EDISI ADA DUIT JOTA-JOTA DALAM AKAUN BANK, PRINCE MATEEN COME BY COME BY ON SUNDAY, TERUS BOOKED TICKET PERGI BRUNEI) 
LOL! Pilih sekarang! Cepaaaaat!! Aaaaagitchuewlah! :p

Terima kasih sudi membaca entri ini :)



Tuesday, September 5, 2017

Pengalaman Bertemu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen Di Bandar Seri Begawan.

Sebulan yang lepas, Jijah ada berjanji dengan engkorang semua untuk menulis tentang pengalaman kerja gila Jijah ke Brunei untuk tempoh 24 jam sahaja demi bertemu Prince Charming idaman kalbu katanya. Korang masih ingat lagi atau tidak dengan janji ittuew? Kihkih! Siapakah Prince Charming yang Jijah maksudkan itu? Beliau yang Jijah maksudkan adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Sebenarnya semenjak tahun lepas, Jijah memang mengikuti sedikit sebanyak mengenai Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen melalui sosial media beliau sendiri serta beberapa sosial media yang lain. Almaklumlah, bila sudah minat memang kadar kegigihan menjadi luar biasa sedikit. Kihkih. Nak dijadikan cerita, sejak tahun lepas, memang rakan-rakan Jijah di Brunei ada memberitahu Jijah yang ada terdapat satu majlis di Brunei yang membolehkan kita dapat bergambar berselfie bersama kerabat-kerabat diraja termasuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Waktu itu, mungkin korang boleh bayangkan bagaimana bersinar mata Jijah umpama baru sahaja mendapat enam belas mangkuk kuey tiow goreng bahagia rasanya. HAHAHAH, memang bercahaya bersinar mata Jijah katanya.

Majlis yang Jijah diberitahu oleh rakan-rakan di Brunei tersebut ialah Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat & Junjung Ziarah Bersama Rakyat yang diadakan untuk meraikan sambutan hari jadi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Majlis tersebut diadakan di empat daerah seperti di Tutong , Temburong , Belait & Brunei Muara ( Bandar Seri Begawan ). Masa diberitahu, otak Jijah terus, perlu ke Jijah pergi ke semua daerah yang diberitahu ittuew? Ewah! Banyak kau punya cantik khen Jijah? Kikiki. Ala-ala tak bekerja punya statement nak pergi semua daerah khen? *panggggggg

Meskipun Jijah mendapat tahu lebih awal tentang tarikh serta daerah yang terbabit, Jijah sebenarnya membuat keputusan untuk pergi Brunei lebih kurang seminggu sebelum Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat di daerah Brunei Muara berlangsung. Walaupun Jijah punya excited a few months before, tapi Jijah tak ada pun nak membeli tiket kapal terbang terlebih dahulu. Bukan sebab apa, ada banyak perkara bermain di dalam fikiran Jijah masa itu. Salah satunya ialah, adakah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen akan ada ketika di acara majlis tersebut? Almaklumlah, bila melihat media sosial Pengiran Muda 'Abdul Mateen , beliau banyak berada di UK berbanding di Brunei. Jadi diri sendiri terus 50-50 untuk berani mati membeli tiket kapal terbang ke Brunei atau pun hold dulu walaupun harga tiket kapal terbang ehems mencanak mahal khen?

Dan sebenarnya Jijah pun hampir-hampir tidak pergi ke Brunei pun untuk Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat tersebut dek kerana Jijah seolah-olah pasghah menyengah tak pergi pun tak apa kot, ada rezeki lain kali kot dan macam-macam lagi ayat pasghah Jijah khen? Tapi nak dijadikan cerita beberapa hari sebelum sambutan hari jadi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah , Jijah melihat sosial media yang Jijah ikuti mendapati Pengiran Muda 'Abdul Mateen sudah pulang ke Brunei. And guess what? Jijah terus membeli tiket kapal terbang ke Brunei serta merta daaaaaannnnn, yes dek kerana last minute decision's, I did another craziest thing in life. Jijah mengambil tiket kapal terbang yang pertama pada jam 6.35 pagi dan pulang ke Malaysia pada hari yang sama jam 4.10 petang. Agak-agak kerja gila ke tidhok? *okay tutup muka dengan bantal takut kena kecam,LOL!*

Jadinya, mari kita tengok gambar-gambar pula okay? Mesti korang tangan dah di bahu mata juling ke atas dengan kisah penuh dramatik pasghah menyengah Jijah khen? Bertabahlah. Panjang lagi kisah ni nak sampai ke penghujung HAHAHAHA.






Jadinya, pada 23 Julai yang lepas Jijah telah pergi ke Brunei seorang diri hanya semata-mata untuk bertemu dengan Prince Charming , Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Mesti ramai yang tertanya-tanya, berbaloi ke pergi balik hari tidak sampai 24 jam hanya untuk bertemu dengan Prince Charming , Pengiran Muda 'Abdul Mateen? Sebenarnya bab-bab begini, susah untuk Jijah nyatakan. Itu terpulang ke atas individu. Ada orang jenis tidak kisah dan tidak berkira  untuk menghabiskan duit dalam perkara-perkara tertentu. Dan sama juga seperti Jijah yang tak berkira mana bab-bab itu. Asalkan dapat tengok depan mata dan bertemu katanya. Lain orang, lain caranya nak berhibur kan? Eh berhibur ke tuew!?! Hehehehe.

Berbalik kepada kepergian Jijah ke Brunei, Jijah bertolak dari KLIA2 pada jam 6.35 pagi dan sampai di Brunei pada jam 9 pagi begitu. Kawan Jijah, Kak Hazlina ambil Jijah di Brunei International Airport dan kami terus menuju ke tempat Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat iaitu di Taman Sir Haji Omar 'Ali Saiffuddien. Memandangkan kebanyakkan jalan-jalan nak menuju ke tempat berkenaan ditutup, jadi kawan Jijah mencadangkan untuk kami menaiki bot. Oooopsss, bot? Ya, benar! Demi hendak bertemu  Pengiran Muda 'Abdul Mateen, air sungai pun ku redahi konsepnya! HAHAHAHA!

Secara jujurnya, Jijah agak berdebar saat tiba ke Brunei tempoh hari. Sebab masih samar dengan keadaan di tempat kejadian. Ada rakan Jijah bagitahu yang orangnya terlalu padat tetapi masih berpeluang untuk bertemu dan bergambar. Almaklumlah, bila kita berada di negara orang, haruslah perilaku kita pun dijaga sekali. Takkan pula, Jijah hendak berguling bergolek dek kerana nak bergambar khen? Kikiki. 





Selepas menaiki bot hampir 10-15 minit kalau tidak silap, Jijah pun sampai di tempat kejadian. Memang betul kata kawan Jijah, terlalu ramai orang. Haruslah ramai chuols, bukan selalu mereka berpeluang bertemu untuk beramah mesra dan bergambar kan? Harus semua mengambil peluang yang ada dengan baik.

Masa sampai di tempat tersebut , Jijah melihat terlalu banyak khemah dan orang yang sedang menanti di dalam khemah yang terpasang disitu untuk bersalam dan bergambar dengan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah serta kerabat-kerabat diraja yang lain. Masa itu Jijah sedikit berdebar dek kerana excited dan nervous saling berkait. Ohoihoi! Mahu tak nervous khen? Tambah lagi bila rakan Jijah bagitahu Jijah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan kerabat-kerabat diraja sudah mula berjalan ke tempat Jijah berdiri. Dan...

Jijah sudah nampak kelibat Pengiran Muda 'Abdul Mateen dari jauh. Oh Tuhan! HAHAHAH, tapi jangan risau tiada adegan jeritan pekik tatkala Jijah melihat kelibat Pengiran Muda 'Abdul Mateen okay! Jijah sangat well-behave. Paling-paling pun, Jijah kekuis lantai sajork! HAHAHAHA melampau! Apabila berada di majlis tersebut, Jijah cukup kagum dengan kesantunan rakyat Brunei ketika sesi bersalaman serta bergambar bersama kerabat diraja. Mereka tidak sekalipun berkasar, menolak dan sebagainya. Malah, setelah habis giliran mereka, mereka terus memberi peluang kepada orang lain untuk bergambar pula. Tahu tak perasaan terharu melihat keadaan begitu? Hehehe, walaupun tiada apa-apa penghadang mahupun pagar di letak di sepanjang jalan dan khemah, tetapi keadaan cukup terkawal. Kalau korang berada di situ pasti korang juga akan memuji bagaimana kesantunan dan kesopanan mereka sepanjang sesi bersalaman dan bergambar bersama kerabat diraja.

Dan setelah beberapa tika Jijah ala-ala seperti tidak percaya melihat Pengiran Muda 'Abdul Mateen di hadapan mata , baru lah Jijah memberanikan diri untuk menyelit di celah-celah yang boleh di celah untuk bergambar. Oh dan kemudiannya memang Jijah dapat selfie bersama seperti yang diidamkan... 

Cuma...

Perlulah...

Tangan Jijah menggigil T___________________________T



Setelah berpuluh orang kau redahi Jijah, dan ini sajork hasilnya? T___T Tahu tak rasa kecewanya bagaimana? HAHAHAHA! Rasa nak berguling atas padang di Taman Sir Haji Omar Ali Saifuddien okay? Ekslusif sangat Jijah tayang gambar tak jadi dalam belog picisan ini okay? Haruslah tak berani nak upload gambar tak jadi begini dalam Instagram ada Facebook takut dikecam ummah rerakan khen? Berani engkorang semua? Kehkeh!

Tapi atas dasar kegigihan, Jijah sekali lagi pergi mencelah ke hadapan untuk bergambar sekali lagi. Namun ketika keadaan menjadi sedikit sesak. Namun kalau sudah namanya rezeki, tiba-tiba bodyguard Pengiran Muda 'Abdul Mateen memberi peluang untuk Jijah mencelah dan bergambar sekali lagi. Dan hasilnya.. haruslah lebih cantik daripada yang pertama itu. HAHAHAHA.


EXCUSE MY EXCITED FACEEEE!

Alhamdulillah, berkat kegigihan memang membuahkan hasil. Walaupun membeli tiket disaat akhir, tapi serius Jijah rasa sangat berbaloi dengan kerja gila ini. Bukan selalu pun diri sendiri hendak lakukan kerja gila begini. Erm, ke selalu? HAHAHAHA! After all, rasa happy sangat. Teruja dan happy saling silih berganti okay. Mahu kan tidak? Kalau sebelum ini hanya melihat gambar Pengiran Muda 'Abdul Mateen di dalam sosisal media sahaja. Tapi kali ini dapat melihat depan mata, boleh faham tak rasa excited tu macam mana? Ekekeke! Okay mungkin kena tulis macam gini, BOLEH FAHAM TAK?! Aaaaagtichuew!

Dah sudah, nak feeling dramatik. Karang kena kecam, menangis tepi sungai baru tahu! HAHAHA, okay jangan kecam sis okay. Jijah cuma nak kongsikan pengalaman sahaja di negara orang. Harap yang membaca pun baca dengan tenang-tenang sahaja. Jom kita tengok gambar yang sempat Jijah snap dari kamera handphone sajork. Kualitinya biasa-biasa sahaja. Sila jangan kecam lagi. Pergi main gelongsor sana kalau nak mengecam larikkk!






Kalau engkorang tengok gambar di atas itu, itu adalah sebahagian daripada khemah yang terdapat pada Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat tersebut. Korang dapat bayangkan tak sepanjang-panjang Taman Sir Haji Omar 'Ali Saiffudien itu dipenuhi dengan beratus khemah untuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan kerabat-kerabat diraja mencemar duli dan beramah mesra bersama lapisan masyarakat di Brunei. 

Kalau tidak silap Jijah, hampir dua jam juga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan kerabat-kerabat diraja mengelilingi khemah tersebut. Kagum tak? Jijah sendiri kagum dan fully respect kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan kerabat-kerabat diraja yang tidak lekang dengan senyuman serta cukup mesra dengan rakyat. Malah Jijah sendiri yang bukan dari kalangan rakyat Brunei pun turut terharu dan seronok okay!







Gambar diatas ini pula adalah di mana rakan Jijah memohon tandatangan Pengiran Muda 'Abdul Mateen untuk ditandatangani diatas buku majlis tersebut. Sebenarnya rakan Jijah menyuruh Jijah memohon sendiri tapi Jijah memang tak kuat nak keluarkan suara pun. Makanya, duduk lah Jijah di tetepi itu menyaksikan dari tetepi Pengiran Muda 'Abdul Mateen menandatangani buku majlis itu. Ada lah jugak kenangan selain daripada bergambar khen? Iyelah datang sekali sekala chuols, haruslah nak jadikan sesuatu untuk dijadikan kenangan masa hadapan. Boleh lah bagitahu anak cucu nanti, mak engko ni gigih mengejar anak raja HAHAHAHA *pangggggg

Rajin pula menulis panjang-panjang khen? Entah-entah engkorang scroll lelaju aje nak tengok gambar khen? Macam lah kita tak tahu khen? Kikiki. Nah, tengok lah gambar lagi. 










Bila saja Pengiran Muda 'Abdul Mateen berdiri dan berhenti di hadapan Jijah , korang dapat bayangkan tak macam mana riak wajah Jijah walaupun sudah berkali-kali bergambar sepanjang di khemah HAHAHAHA. Haruslah terus teruja dan macam OMG OMG OMG Pengiran Muda 'Abdul Mateen ada depan Jijah chuols! Masa itu haruslah terus menjadi excited ala-ala fangirling chuols! Tapi tapi tapi, Jijah tak ada lah ala-ala fangirl yang melompat terkinja-kinja, menjerit tak tentu hala khen? Mahu dikecam masyarakat Brunei chuols! HEHEHEHE. Jijah masih well-behave dalam fasa teruja ittuew!

Dan gambar di bawah ini pula Jijah nak kongsikan dengan korang adalah diantara gambar-gambar yang sempat rakan-rakan Jijah ambilkan menggunakan kamera telefon dan DSLR mereka. Jijah cukup terharu dan sayang mereka berkali-kali okay! Apa sahaja untuk Jijah katanya HAHAHAHA. Walaupun dalam hati hensoflah Jijah! HAHAHAH.



Sempat bersalaman dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.


Once a lifetime chances katanya. A very humble king even though , Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah adalah antara raja-raja yang paling kaya di dunia. A big salute and fully respect to his humble and down to earth!




Aman-aman sahaja kan? Kikiki.




Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Fuhhhh, betul-betul banyak gambar Jijah kongsikan untuk tatapan engkorang semua ni. Harapnya tiada kecaman pula bila melihat gambar dan kegigihan Jijah ini. Lagipun tak salah pun untuk berkongsi pengalaman ini dengan engkorang semua. Mana tahu, tahun hadapan engkorang pula boleh kumpul duit dan datang ke Brunei pula kan? 

Sebenarnya entri ini bukan saja-saja nak ditulis pun. Sekadar nak berkongsi pengalaman yang Jijah rasakan once a lifetime chances begitu. Bertemu dengan Sultan Brunei yang cukup humble, kerabat-kerabat diraja yang humble juga dan paling penting misi untuk bertemu sendiri dengan Prince Charming idaman hati katanya. Alhamdulillah, ini memang trip paling singkat Jijah ke Brunei tapi antara trip yang paling bahagia katakau! HAHAHAHA.



Thanks Kakang Juhaida! (ok harap tak salah spell your name! hahaha matiklernak!)


Muka mission accomplished be like... kemain berlagak kau Jijah! kihkih!


Thank you Kak Hazlina and family! 


Wajah-wajah diatas ini adalah yang paling beriya-iya menyuruh Jijah datang ke Brunei untuk merasai sendiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat ini. Mereka juga yang sanggup mengambil dan menghantar Jijah di airport. Juga sudi meredah lautan manusia untuk bertemu dengan Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Faham tak rasa terharu tu macam mana? Sungguh susah nak balas jasa-jasa kalian. Terima kasih rerakan sayang sentiasa tabah dan redho melayan kerenah Jijah yang tak habis-habis angau dengan Pengiran Muda 'Abdul Mateen katanya HAHAHAHA. 

But guys, don't take it seriously. Jijah sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. Biasalah, sekali sekala nak perfeeling.. Kasi chance lah? :) 


I guess, ini untuk ke berapa kali Jijah bergambar hahaha. Terima kasih Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang tidak lekang dengan senyuman walaupun keadaan dan cuaca yang cukup panas tempoh hari. Syukurlah selfie menggunakan kamera Oppo ini tiada kesan gigilan HAHAHA.



Rasanya entri ini memang sudah panjang berjela dengan celoteh dan pengalaman Jijah ini. Pengalaman yang tak seberapa tapi hendak juga berkongsi dengan engkorang semua. Mana tahu tahun hadapan ada yang nak ke Brunei untuk melakukan aktiviti kerja gila begini kan? Lagipun boleh juga melawat tempat-tempat menarik sambil-sambil cuci mata khen? Hihiks! After all, ia memang sebuah pengalaman yang menyeronokkan. I love the country and the people it self. They are so nice and kind! Jika ada rezeki lagi tahun hadapan, tak salah untuk memeriahkan lagi acara ramah mesra dan junjung ziarah kan?


Since Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen menjadi viral bersempena Sukan Sea 2017 yang lalu, ada tak yang gigih mengejar di Ekuestrian Park , Putrajaya yang lalu? :)


Terima kasih yang sudi baca entri ini :)