Home

Monday, August 21, 2017

Filem Balun Lakonan Beto Kusyairi & Izara Aishah Di Pawagam Bermula 17 Ogos 2017.

Siapa diantara pembaca belog picisan Jijah ini yang gemar menonton wayang? Tetapi korang sedikit buntu untuk menonton filem apakah yang sedang ditayangkan di pawagam? Jijah faham, kadang-kadang bila terlalu banyak pilihan filem yang sedang ditayangkan, kita akan jadi sedikit buntu untuk pilih sebuah filem yang menarik dan menepati citarasa kita. Ada orang sukakan filem yang perlu untuk mereka berfikir. Ada orang sukakan filem yang santai dan boleh membuatkan mereka hilang ke dalam dunia komedi tanpa fikirkan apa-apa masalah. Ada orang yang suka filem cinta yang membuatkan empat belas kotak tisu habis serta merta. Lain orang lain citarasanya kan?

Kali ini, Jijah ingin mengajak korang untuk menonton sebuah filem melayu yang bertajuk Balun dilakonkan oleh dua pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi , Beto Kusyairi & Izara Aishah. Selain daripada mereka, turut berlakon di dalam filem ini ialah , Wan Raja, Dato' Eizlan Yusof , Reen Rahim & Allahyarham Dato' Aziz Singah.




Jijah tahu korang semua mesti malas nak membaca Jijah membebel entah apa-apa khen? Meh kata baca sinopsis terus!

Filem Balun mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.

Setibanya Hassan di pekan Kamunting, Hassan terlibat dengan dua insiden iaitu yang pertama dengan kumpulan gangster yang dikejar polis dan keduanya diekori oleh kumpulan penyamun kampung yang berjaya ditumpaskan oleh Hassan semasa mereka  dalam cubaan merompak kedai serbaneka di sebuah stesen pam minyak.

Dalam adegan kejar mengejar itu, membawa Hassan ke kampung halamannya yang telah ditinggalkan hampir 17 tahun sehingga memaksa Hassan memandu masuk ke kawasan rumah Tok Penghulu dan hampir terlanggar Nur Ain (Izara Aishah) yang sedang duduk di bangku bersama Munirah.

Bertindak atas kejadian itu, sekumpulan pesilat kampung yang diketuai oleh Uwais (Saiful Zelwany) yang sedang berlatih di halaman rumah Tok Penghulu meluru menyerang Hassan, tetapi dihalang oleh Tok Penghulu (Namron). Melihat akan wajah Tok Penghulu membuatkan Hassan begitu pasti bahawa dia telah sampai ke kampungnya, namun Nur Ain masih tidak berpuashati terhadap Hassan walaupun permohonan maaf telah dibuat kerana Hassan hampir melanggarnya.

Kepulangan Hassan ke kampung tidak disenangi oleh Orang Kaya Tuan Seman yang sememangnya berniat membunuh Hassan dan ayahnya 17 tahun lalu dengan niat mengambil kesempatan menukar nama pemilik tanah yang dimiliki oleh ayah Hassan ketika menyandarkan tanahnya seluas 13 ekar untuk membuat pinjaman wang tunai dari Orang Kaya Seman. Tanah seluas 13 ekar itu diingini oleh Orang Kaya Seman   kerana telah diketahui olehnya mempunyai Emas. Shaid Blond (Datuk Eizlan Yusof) yang merupakan ketua kumpulan gangster yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian ayah Hassan.

Kalau korang semua membaca sinopsis itu sampai habis dan berminat untuk menonton filem seperti ini, cepat-cepat ke panggung berhampiran korang okay! Kalau bukan kita semua yang menyokong filem melayu , siapa lagi iye dok? Terutama peminat filem aksi, lagi lah digalakkan untuk pergi menonton dan menyerbu pawagam berhampiran engkorang semua.

Untuk pengetahuan korang semua , filem Balun ini merupakan arahan Bob Singah dan sebenarnya filem ini telah melakukan penggambaran pada tahun 2012. Namun setelah lima tahun, baru filem ini dikeluarkan di pawagam. Jadi, engkorang semua kena lah datang ke pawagam dengan memberi sokongan buat filem tempatan ini.

Baca sinopsis sudah, mari kita tengok gambar-gambar sepanjang filem ini di dalam penggambaran. Mesti korang nak tengok juga selain daripada membaca sinopsis kan? Haruslah!










Last but not least, jangan lupa untuk menonton filem tempatan ini okay! Kalau bukan kita semua untuk menyokong filem melayu tempatan, sudah tentu sudah tiada lagi pihak lain yang akan menyokong filem tempatan. Jadi, jangan lupa ramai-ramai ke panggung wayang untuk menonton filem Balun yang sudah pun mula ditayangkan pada 17 Ogos yang lalu. Jom kita sama-sama menyokong filem tempatan! 


Terima kasih sudi membaca entri ini :)

No comments: