Home

Wednesday, March 28, 2018

Food Review - Teringin Nak Makan Steamboat Tapi Tak Tahu Dekat Mana? Jom Ke D'Atap Gazebo , Sime Darby Convention Centre!

Korang pernah tak tiba-tiba tekak teringin sangat untuk makan steamboat tetapi korang tak tahu nak makan dekat mana? Ataupun korang teringin nak mencuba pelbagai pilihan hidangan yang banyak untuk steamboat dan grill tapi tidak jumpa tempat yang menawarkan harga yang menarik dan affordable? Itu belum lagi memikirkan tempat steamboat yang nak dipilih itu sesuai untuk membawa kanak-kanak atau tidak dan sebagainya kan? 



Kali ini Jijah hendak mengajak engkorang semua untuk mencuba steamboat dan grill di D'Atap Gazebo yang bertempat di Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara KL. Untuk pengetahuan engkorang semua, D'Atap Gazebo baru sahaja beroperasi di pertengahan bulan Mac tahun ini. Ia merupakan tarikan terbaru di Sime Darby Convention Centre bagi peminat makanan steamboat dan grill.

Apa yang menarik tentang D'Atap Gazebo adalah, mereka menawarkan lebih dari 100 jenis hidangan untuk engkorang semua pilih dan makan. Lebih menyeronokkan D'Atap Gazebo bertempat di tingkat atas yang tidak berbumbung (rooftop) dan pastinya menjanjikan pemandangan cantik dan santai sambil engkorang semua menikmati hidangan steamboat dan grill. D'Atap Gazebo dibuka setiap hari Isnin sehingga Ahad dari jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam.







Kenapa Jijah beriya-iya mengajak engkorang semua untuk mencuba steamboat dan garden grill di D'Atap Gazebo ni? Haruslah Jijah beriya-iya kerana sekarang mereka mempunyai harga istimewa bersempena dengan pembukaan D'Atap Gazebo ini dengan hanya RM 39 per nett sahaja! Tawaran ini hanya sah daripada 16 Mac sehingga 15 Mei 2018 sahaja! Jadi apa tunggu lagi khen? Alang-alang sudah ada harga pengenalan yang menarik begini dan dihidangkan dengan pelbagai pilihan, haruslah engkorang semua mengambil peluang yang ada ini!

Ketika tempoh hari diberi peluang untuk mencuba sendiri pelbagai hidangan yang melebihi 100 hidang tersebut (All You Can Eat) , Jijah serta kawan dan kakak Jijah terus jadi rambang mata. Makanan yang disediakan cukup segar dengan perapan yang cukup lazat! Jijah cukup suka perapan bagi kambing , daging dan ayam yang cukup menepati citarasa tekak Jijah. Malah perapan seperti udang , sotong dan pelbagai lagi makanan laut yang lazat tidak kurang enaknya yang pastinya membuat engkorang semua berulang alik untuk menambah kuantiti makanan tersebut. Dah kenapa pula? Dah kalau makanan sedap chuols, haruslah ulang sampai perut boncit! Eh? HAHAHAHA!

Bukan sahaja makanan sahaja yang banyak ya engkorang semua. Pilihan air yang disediakan juga boleh membuatkan engkorang semua rambang mata dan keliru. Silap-silap kena buat Ting Ting Tang Ting ala-ala lagu yang tengah viral sekarang , Comel Pipi Merah khen? HAHAHAH!






Selain daripada makanan perapan yang diperap dengan pelbagai sos dan rempah yang sedap belaka itu, D'Atap Gazebo turut menyajikan hidangan seperti Nasi Goreng, Sup Berempah Kambing, Fried Wantan Noodle dan bermacam lagi hidangan lain. Jujur cakap, Jijah berulang banyak kali ke stall yang menyajikan Nasi Goreng itu okay! Memang sedap yang tak tahu nak cerita macam mana. Engkorang kena rasa sendiri baru engkorang tahu kenapa Jijah sibuk cherita nasi goreng tu sedap okay? Sampai pejam-pejam mata sedapnya tau! Ini bukan saja nak buat dramatik tapi memang sedap sangat HAHAHAHA!

Memang jujur Jijah cakap, tak rugi langsung untuk datang ke D'Atap Gazebo ini sementara mereka sedang membuat harga pengenalan yang cukup berbaloi ini! Sesuai untuk engkorang yang teringin nak makan sambil bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang. Memang highly recommended! 








Myself , Reena , My Sister & Lina! Thanks Lina from Sime Darby Convention Centre for the invitation!


Pose majalah NONA bersama kakak tersayang itu wajib! Walaupun Jijah mungkin bakal disenduk dengan kakak sendiri HAHAHAH ok tak kelakar!

Dah tengok macam-macam gambar tu, agak-agak terliur ke tidhok tu? Tipu lah khen, tak terliur! Engkorang semua jangan tunggu lama-lama tau! Sebab tawaran bagi harga pengenalan itu sah sehingga 15 May 2018 sahaja! Selepas daripada tarikh tersebut harga akan menjadi pada harga asal iaitu RM 50 bagi orang dewasa dan RM 30 bagi kanak-kanak. 

Jom ramai-ramai ke D'Atap Gazebo, Sime Darby Convention Centre untuk nikmati pelbagai hidangan yang cukup sedap dengan harga yang menarik ini okay! Boleh hubungi contact number di bawah ini untuk tempahan!


Call : 03-2089 3799 
Email : halia.sdcc@simedarby.com 

OPEN :6.30pm - 10.30pm
Harga Promosi Pengenalan : RM 39 / NETT
(Sah sehingga 15 May 2018)
Harga Biasa : RM 50 (Dewasa) RM 30 (Kanak-Kanak)



No comments: